Bukan Pakatan Rakyat tetapi Pakatan Webkomik
Aug
11
11
Ninja Cipan : Satu web komik experimental
Posted by meo188
Wah, kali ni kena gi Tawau, Sabah. Di jadualkan dari 7/8/07 – 30/8/07. Tawau best jg, ingat cikai2 j. Rupanya, bleh tahan jg. Tawau ni merupakan 5 bandar utama di sbh. Nanti akan di postkan gambar di Tawau ni.
Buat masa ni nak crita ttg katun meo sndiri. Terkini, Ninja Cipan telah dicipta semasa terkena demam campak ketika audit di cawangan Bintangor, Sarawak. (audit 2 cawangan – Sarikei & Bintangor – 2 bulan siot!). Ninja cipan ni merupakan inspirasi setelah menonton cite TMNT, tergelak2 baca web komik tentang kambing yg xberapa kambing http://www.kamilstudios.net.tf/ dan berita dunia di rtm. Gabungan dari tu maka terciptalah cite Teenage Mutant Ninja Cipan.
Cite nya berkisarkan tentang 4 cipan bersaudara ingin mengubah dunia menjadi lebih aman damai dari segala penindasan & jenayah. Di pertengahan jalan, akhirnya mereka menemui jalan yg lebih berkesan.
Ninja Cipan ni menampilkan gaya persembahan web komik yg diperkenalkan oleh scott mccloud & choose-your-own-adventure. Di mana, tiada had panel yg di gunakan dan pembaca bleh memilih apa yang mereka inginkan untuk jalan cerita seterusnya. Di samping itu, teknik cut & paste byk digunakan. Lukisan lebih kurang 10 panel je. Lain2 diedit guna komputer & ada juga gambar2 ekslusif dr web. Penampilan khas e-zan untuk bahasa yang digunakan. Maklumlah, xterel dlm bahasa2 ni. Baik melayu atau omputih. Dua2 xbgus.
Ringkas j cite ni. Tp ia satu permulaan. Akan datang pecubaan yang lebih berani lagi. Harap ada kesempatan dari Tuhan untuk meneruskan hobi ni lg. Ninja Cipan ni pun dihasilkan masa tengah demam campak – mc lama wow!





Komentar Terkini