14
Edisi Kelima In Progress
Posted by meo188
Masa aku menaip posting kali ini, negara ni masih lagi dlm keadaan post-shock-pilihanraya. Ini xterkecuali dengan kampung terbest di Ipoh, Kg sungai rokam turut terasa bahang. Di mana Kg Sungai Rokam kini dijajah oleh pihak parti super mega sekular ‘roket’. Siapa sangka, dlm kita sedang menyokong perjuangan menentang korupsi, tiba2 ada parti syaitan yg mengambil kesempatan. Em, mungkin Tuhan nak tunjukkan sesuatu kepada kita. Harap2 Kg Sungai Rokam tak disekularkan seperti singapura.
Lupakan itu skjp, kerana aku bukanlah ahli politik atau penganalisis politik(cewah). Malam ni aku bertungkus lumus menyiapkan kartun baru ‘as the dateline for Meozeq 5th Edition is near’. Kartun yang terbaru ni kisah tentang frustration lagi. Subjek yg paling aku gemari. Frust, kecewa, syok sendiri dan cinta ditolak. Bestlah topik nie. Menusuk dikalbu.
Cite terbaru ni tentang seorang lelaki bernama Amie, seorang pekerja di syarikat swasta di KL berjumpa dengan human timebomb (Mat jeling) yang frust cinta ditolak di dlm LRT. Mat Jeling mahu meletupkan diri dlm lrt kerana kecewa. Dan Amie cuba menyelesaikan masalah itu. Dapatkan kesudahan cite yang ‘belum diberi tajuk’ ni April ini.
Esok, Insya-Allah, aku akan berjumpa Zeq. Yes, Zeq (engineer ni) kini sedang menjalankan projek di perlis, sanggup berkorban masa untuk pulang ke kampung (ipoh) untuk meneruskan usaha murni webcomic syok sendiri ini.
Kami bercadang membuat usahasama untuk menghasilkan satu karya ala2 cite Ninja Cipan. Pastinya surprise untuk pembaca2 setia Meozeq.
Jika anda tertanya2 apakah kedudukan meozeq skrg. Oklah, pengunjung semakin bertambah sejak 2008 ni. Bulan januari ada 600 lbh pengunjung dan februari ada 700 lbh. Harap2 sokongan anda diteruskan. Kerana kami sangat serius dan bersungguh2 dgn meozeq ni.
Apa yang kami dapat? Kami mahu memberi hiburan komik/kartun kepada anda semua dengan penuh ikhlas. Senyuman yang diukir apabila menatap lukisan kami, itulah objektif kami.
Stay link to this blog for more update!




Nikli | March 15th, 2008 @ 12:57 pm
tuh laa pasal..
sapa suruh hang pi pangkah roket sial haram jadd tuh…
pastuh hang dok mengomel plak sini..
apa apa pun, slmt menglaunchingkan ur new episode komik tuh.. tersedak matt jel kat rumah tau hang dok sebut sebut nama dia..
INDRA QIRANA | April 5th, 2008 @ 10:06 pm
nak jadi pelukis kartun ker..rasanyer sesuai anda mendaftar menjadi ahli pekartun atau pekomik apo lai daftar ahhh….