Menteri Besar Perak Ke-10 di Kg Sungai Rokam

Posted by
0

Pada suatu subuh yang dingin, tiba2 jemaah masjid Kg Sungai Rokam (kg terbest di Ipoh) telah diceriakan dengan kehadiran MB Perak Baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau turut sama menjadi jemaah subuh ketika itu. Itu adalah hari pertama beliau menjadi MB selepas mengangkat sumpah menjadi MB sehari sebelum itu. Memandangkan masjid Kg Sungai Rokam adalah antara masjid yang berhampiran dengan kediaman rasmi MB Perak.

Pemimpin macam nilah yang kita cari2. Berjuang kerana Allah. Siapa sangka seorang pemimpin dr Parti PAS boleh jadi MB Perak? Arap2 parti ‘super-dupper sekular roket’ xdapat nak jalankan pemerintahan sekular di Perak. Mari sokong MB Perak yang baru. Memang best! Takbir!

Tempat kahir : Kg Air Hitam Labu, Kampar, Perak

Tarikh Lahir : 17 March 1957

Pendidikan :

Pendidikan awal di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.Selepas itu, Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.

Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Kerjaya :

Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA – Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Politik :

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 – 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Keistimewaan :

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut’ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut’ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau. Malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu selain boleh berbahasa Inggeris, beliau ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil.

————–
This is a tribute to 10th Perak’s chief minister….

sumber wikipedia.com, malaysiakini.com & harakahdaily.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed under: Politik | Tags: | March 19th, 2008

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>