Archive for June, 2008
Mesti boleh!
Jun 25th
Terlantar dalam kekusutan umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia
Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima
Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku
Inginku mengubahkan cara menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata menyerah jiwa raga
Apabila sudah tiba masanya nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku
Walau tak mungkin mampu penuhi harapan-Mu
Namun daku merayukan pengampunan dari-Mu Tuhan
Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan
(oleh Norman, Yusri & Edry)
Ibrahzine : e-Zine Islamik online percuma
Jun 22nd

Pakatan Rakyat – DS Anwar Ibrahim Versi Kartun Digital
Jun 17th
BM : Meow, you belum kawinkan, so grab the opportunity buat macam khairy jamaluddin. ‘Tackle‘ anak bakal PM. Kemudian dpt mcm2. Sudah kaya. Itu olang memang pandai. Ha2.
Me : Hahaha.
BM : Betul maa. KJ tu langgar kereta anak Pak Lah. Kemudian, dia ‘tackle‘ itu anak Pak Lah. You buat yang sama. Tapi sikalang you kena aim itu anak Anwar Ibrahim itu. In the future munkin Anwar Ibrahim jd PM. You guna kereta you, kasi langgar kereta anak dia. Lepas tu tacklelah anak dia. Kereta rosak sikit takpa. It’s a good investment.
Me : He2, bleh ke macam tu? It’s so funny. I never thought about that before.
Sedutan ni, biar pun melawak tp ia nak menunjukkan bahawa ada golongan2 tertentu dah berfikir bahawa suatu hari nanti pakatan rakyat (DAP-PKR-PAS) akan memerintah Malaysia. Tambahan dgn peningkatan drastik harga minyak yang akan disusuli dengan inflasi dan kemerosotan pertumbuhan ekonomi selepas ini. (tentang ni boleh lah merujuk kepada pakar – Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim)
Kita cuma boleh bertawakal dan berharap apa yang berlaku di Malaysia ini yang kini dan akan datang di bawah rahmat dan diberkati Tuhan.
Jom, layan sikit lukis yang dibuat guna ‘mouse’ dalam ‘paint’. Inilah DS Anwar Ibrahim. Tapi janggutnyer ala2 mat grunge sket.

Tambah sikit (edited on 23:28). Ini promo untuk website meozeq.com ke-4 yang lepas. Anwar & Pak Lah. Gambar background ni adalah Bandar Sibu, Sarawak.
YOU ARE NOT ALLOWED TO COPY OR USE ANY ARTWORK FOR ANY REASONS WITHOUT PERMISSION BY THE ARTWORK’s OWNER. THESE ARE PRIVATE COPYRIGHT.
MEOZEQ’s WEBCOMIC 2008
Webkomik daripada Papan (kartunis majalah Ujang)
Jun 14th
Nih yang buat nak blaja flash nih. Cuma mslh sempat xsempat je. Dulu2 tau guna swish je. Tp ‘button’ xberjaya nak blaja. Tambahan dah lama xpratik. Ntah ingat ke idak. Lepas nih nak blaja buat cenggini. Sesiapa bleh ajar?
The Housemates (Part 2) : Meon, Mat Ed dan Mat Jeling.
Jun 10th

Biarpun tinggal serumah, Mat Ed dan Mat Jeling masing2 sering tidak bercakap antara satu sama lain. Malah mereka masing2 tidak boleh menerima perbezaan antara budaya mereka. Mat Ed – org KL yang stylo manakala Mat jeling – org KL yang selekah ala rock kelate. Suatu masa dahulu mereka pernah berseteru dlm diam. Di mana setiap mereka telah meluahkan rasa tidak puas antara mereka kepada Meon. Meon menjadi orang tengah.
Mat Ed : Mat Jeling tu, tido malam xtutup lampu, xkan buang sampah walaupun tong sampah penuh, minum air kosong tapi tak pandai refill, botol air letak bersepah, alih barang orang suka2 ati, grill pagar klau xkunci, dia buat derk sj, Xpenah sapu sampah, pintu toilet slalu xtutup, dan suka JELING. Itulah Mat Jeling.
Mat Jeling : Aku takboleh masuklah dengan Mat Ed. Dia tu selalu duduk bilik tutup pintu kunci. Buat air dan makanan lepas tu masuk dlm bilik, tutup pintu kunci pintu. Balik keje langsung xpandang muka dan tegur aku.
Sebagai jalan penyelesaian konflik antara Mat Ed dan Mat Jeling, Meon terpaksa menipu mereka berdua.
Apabila bertemu dengan Mat Ed, Meon cakap “Mat Jeling tu tak penah kutuk nko. Dia asyik2 puji nko je. Dia cakap dia respek nko slalu balik lambat – keje rajin, bangun awal pagi, g keje awal dan sbgnya.“
Apabila bertemu dengan Mat Jeling pula, Meon cakap “Mat Ed tu nampak j mcm tu. tapi ati dia baik sebenarnya. Dia segan nak tegur nko. Dia pun slalu puji nko cakap nko slumber, rileks, slalu berjimat-cermat, pandai masak & sbgnya“.
Akhirnya, sehingga kini, biarpun mereka bukanlah kawan yg rapat. Tapi at least, kini mereka boleh duduk menonton televisyen bersama. Memori paling best, meon, mat ed dan mat jeling pegi makan bersama di Putrajaya. Wah, seem like a nice happy ending. But, actually the nightmare had just begun!!!!
Suatu hari, ketika Meon sedang bekerja, dia telah mendapat satu panggilan telefon daripada Mat Ed. Perbualannya lebih kurang mcm ini :-
M.Ed : Pe kbr? Meon, memandangkan nko sikit lagi nak bawa kawan nko & adik nko masuk dalam bilik nko….
Meon : Hah, boleh yer, bolehlah menceriakan sikit umah tu y.
M.Ed : Mcm nilah, straight to the point. Sebab korang ramai. Jadi aku nak naikkan kadar sewa bilik nko tu dr rm200 kepada rm230 dan IWK semua korang kena bayar. Boleh kurangkan jumlah bayaran sewa bulanan bilik aku. Setuju?
Meon : Eh, knp pula? Kawan aku yg nk masuk tu keje audit juga, dia akan jarang2 ada di umah. Dia pun nak duk kejap j sampai akhir tahun nih dia nak kawin. Adik aku pula nak praktikal kejap je, 2 bulan. Bukan nk duk selama2nya kat situ.
M.Ed : Mana boleh, gaji nko banyak. Nanti nko bertambah2 kaya!!
Meon : Mcm nilah, apa kata kalau kita tukar bilik. Aku ambil bilik nko (rm270) tu. Nko duk bilik aku tu (rm200).
M.Ed : Xbleh, aku nak bilik air kat bilik ni.
Meon : Ataupun aku tukar bilik dengan mat jeling (rm230)? Untuk puaskan ati nko!!
M.Ed : Sama juga. Duit nko makin lama makin byk. Nanti nko kaya lagi kaya. Tukar pun sama juga. Aku nak kurangkan kos sewa bilik aku.
Meon : Bilik aku paling terkecik di umahlah, bilik nko masterbedroom. Jika xpuas ati, kita tukarlah. Aku xsetuju nko nak naikkan rate bilik aku!
M.Ed : Hey, dengar sini, aku berhak nak naik rate sewa bilik nko. Sedar sikit, aku bawa masuk umah ni nko xpyh bayar deposit pun!!! Nko patut dengar cakap aku. Hah, hah, hah.
Meon : Xboleh maa… Bilik aku kecik. Aku xsetuju. Xadil siot.
M.Ed : Ah.. Sudahlah…
Meon : Xbleh maa… Bilik aku tetap kecik…
Selepas itu, Mat Ed terus meletakkan telefon. Meninggalkan Meon dlm kekecewaan. Inilah rakan serumahnya yang sudah 3 tahun berjuang bersama-sama mencari rezeki di Kuala Lumpur. Nampaknya sikap hasad dengki dan pengaruh materialistik telah menguasai Mat Ed sehingga sanggup mengenakan rakan yang selama ini menganggap dia, ‘one of the best buddy’. Meon sangat kecewa dengan tindakan yang diambil oleh Mat Ed.
Jika dia nak kurangkan beban sewa biliknya, sepatutnya dia ajak seorang lagi kawan tinggal satu bilik dengannya. Bukan menaikkan sewa bilik Meon. This is not the 1st time. Meon sudah bosan dah!!
Suatu malam yang dingin, ketika Meon sedang demam dan sakit kepala (migrain), tiba-tiba, dia mendapat satu sms. Sms dari Mat Jeling. Sms itu lebih kurang mcm nih:-
M.Jell: Wei, aku nak ko ambil aku pukul 2 pagi ni di hentian putra.
Meon : Stesyen putra di mana? Aku xtau. Ada landmark ke?
M.Jell: Ko tau di mana PWTC? Tau ke tak? Dekat situlah.
Meon : Fak off. Mana satu nih. Pening kepala aku. Nak g hentian putra ke? pwtc? Aku tau pwtc j. Tunggu di situlah.
M.Jell: Ok.
Beberapa minit kemudian, Meon yang tidak sihat itu terasa badan bertambah lemah kerana terpaksa menahan tidur sedangkan dia demam dan esok kena kerja. Meon sudah xtahan dan terpaksa tidur kerana badannya semakin lemah. Kemudian, Meon menghantar SMS kepada Mat Jeling.
Meon : Matt, aku tak dapat ambil nko. Aku demam dah 3 hari dah nih. Jumaat lepas aku MC. Munkin nko tak perasan. Naik teksi ye.
Mat Jeling langsung tidak balas SMS Meon.
Keesokkan harinya, Meon pun menyapa dan bertanya kabar Mat Jeling.Tetapi Mat Jeling buat tak dengar & langsung tidak memandang ke arah Meon. Marahlah tu.
Kemudian, sejak itu, biarpun Meon dan Mat Jeling tinggal satu rumah dan dahulu merupakan kawan baik sejak di menara gading, kini mereka tidak lagi bertegur sapa dan bercakap.
Beginilah apabila masing2 kini sudah berpangkat dan berduit, ego menguasai diri. Jika semasa susah sama susah dulu. Bergaduh macamana pun still kawan. Kini, salah faham sedikit pun sudah jadi lawan. Meon sudah bosan!!!
Meon kini di dalam kemarahan dan ‘semi-retro frustration’. The Housemates kini sudah berubah setelah masing2 bkerjaya dan berharta.
Sebagainya jalan penyelesaian untuk mengelak daripada letusan gunung berapi, Meon terpaksa mengundur diri. Meon bukanlah perfect. Mat Ed dan Mat Jeling pun tidak bersalah. Tiada siapa yang bersalah dalam hal ini. Cuma mereka telah menjadi mangsa kejutan budaya.
Meon tertekan. Meon bosan gile asyik just being polite. Meon akan berhijrah. Meon akan berpindah keluar dari rumah itu. Meon ingin bebas dari suasana tegang dalam rumah itu.
MEOZEQ’s WEBCOMIC 2008











Komentar Terbaru