The Housemates (Part 2) : Meon, Mat Ed dan Mat Jeling.

Posted by
Dengan penuh emosi punk-emo-gothic dan serius – mempersembahkan sebuah cerita yang mengisahkan tentang konflik antara 3 org bujang trang-tang-tang yang tinggal serumah di Kuala Lumpur. Lokasinya ialah sebuah apartment berhampiran dengan stesyen LRT cempaka.

Pertembungan antara 2 gergasi


Biarpun tinggal serumah, Mat Ed dan Mat Jeling masing2 sering tidak bercakap antara satu sama lain. Malah mereka masing2 tidak boleh menerima perbezaan antara budaya mereka. Mat Ed – org KL yang stylo manakala Mat jeling – org KL yang selekah ala rock kelate. Suatu masa dahulu mereka pernah berseteru dlm diam. Di mana setiap mereka telah meluahkan rasa tidak puas antara mereka kepada Meon. Meon menjadi orang tengah.

Mat Ed : Mat Jeling tu, tido malam xtutup lampu, xkan buang sampah walaupun tong sampah penuh, minum air kosong tapi tak pandai refill, botol air letak bersepah, alih barang orang suka2 ati, grill pagar klau xkunci, dia buat derk sj, Xpenah sapu sampah, pintu toilet slalu xtutup, dan suka JELING. Itulah Mat Jeling.

Mat Jeling : Aku takboleh masuklah dengan Mat Ed. Dia tu selalu duduk bilik tutup pintu kunci. Buat air dan makanan lepas tu masuk dlm bilik, tutup pintu kunci pintu. Balik keje langsung xpandang muka dan tegur aku.

Sebagai jalan penyelesaian konflik antara Mat Ed dan Mat Jeling, Meon terpaksa menipu mereka berdua.

Apabila bertemu dengan Mat Ed, Meon cakap “Mat Jeling tu tak penah kutuk nko. Dia asyik2 puji nko je. Dia cakap dia respek nko slalu balik lambat – keje rajin, bangun awal pagi, g keje awal dan sbgnya.

Apabila bertemu dengan Mat Jeling pula, Meon cakap “Mat Ed tu nampak j mcm tu. tapi ati dia baik sebenarnya. Dia segan nak tegur nko. Dia pun slalu puji nko cakap nko slumber, rileks, slalu berjimat-cermat, pandai masak & sbgnya“.

Akhirnya, sehingga kini, biarpun mereka bukanlah kawan yg rapat. Tapi at least, kini mereka boleh duduk menonton televisyen bersama. Memori paling best, meon, mat ed dan mat jeling pegi makan bersama di Putrajaya. Wah, seem like a nice happy ending. But, actually the nightmare had just begun!!!!

The Rise of Mat Ed’s Dark Side

Suatu hari, ketika Meon sedang bekerja, dia telah mendapat satu panggilan telefon daripada Mat Ed. Perbualannya lebih kurang mcm ini :-

M.Ed : Pe kbr? Meon, memandangkan nko sikit lagi nak bawa kawan nko & adik nko masuk dalam bilik nko….

Meon : Hah, boleh yer, bolehlah menceriakan sikit umah tu y.

M.Ed : Mcm nilah, straight to the point. Sebab korang ramai. Jadi aku nak naikkan kadar sewa bilik nko tu dr rm200 kepada rm230 dan IWK semua korang kena bayar. Boleh kurangkan jumlah bayaran sewa bulanan bilik aku. Setuju?

Meon : Eh, knp pula? Kawan aku yg nk masuk tu keje audit juga, dia akan jarang2 ada di umah. Dia pun nak duk kejap j sampai akhir tahun nih dia nak kawin. Adik aku pula nak praktikal kejap je, 2 bulan. Bukan nk duk selama2nya kat situ.

M.Ed : Mana boleh, gaji nko banyak. Nanti nko bertambah2 kaya!!

Meon : Mcm nilah, apa kata kalau kita tukar bilik. Aku ambil bilik nko (rm270) tu. Nko duk bilik aku tu (rm200).

M.Ed : Xbleh, aku nak bilik air kat bilik ni.

Meon : Ataupun aku tukar bilik dengan mat jeling (rm230)? Untuk puaskan ati nko!!

M.Ed : Sama juga. Duit nko makin lama makin byk. Nanti nko kaya lagi kaya. Tukar pun sama juga. Aku nak kurangkan kos sewa bilik aku.

Meon : Bilik aku paling terkecik di umahlah, bilik nko masterbedroom. Jika xpuas ati, kita tukarlah. Aku xsetuju nko nak naikkan rate bilik aku!

M.Ed : Hey, dengar sini, aku berhak nak naik rate sewa bilik nko. Sedar sikit, aku bawa masuk umah ni nko xpyh bayar deposit pun!!! Nko patut dengar cakap aku. Hah, hah, hah.

Meon : Xboleh maa… Bilik aku kecik. Aku xsetuju. Xadil siot.

M.Ed : Ah.. Sudahlah…

Meon : Xbleh maa… Bilik aku tetap kecik…

Selepas itu, Mat Ed terus meletakkan telefon. Meninggalkan Meon dlm kekecewaan. Inilah rakan serumahnya yang sudah 3 tahun berjuang bersama-sama mencari rezeki di Kuala Lumpur. Nampaknya sikap hasad dengki dan pengaruh materialistik telah menguasai Mat Ed sehingga sanggup mengenakan rakan yang selama ini menganggap dia, ‘one of the best buddy’. Meon sangat kecewa dengan tindakan yang diambil oleh Mat Ed.

Jika dia nak kurangkan beban sewa biliknya, sepatutnya dia ajak seorang lagi kawan tinggal satu bilik dengannya. Bukan menaikkan sewa bilik Meon. This is not the 1st time. Meon sudah bosan dah!!

The Revenge of Mat Jeling

Suatu malam yang dingin, ketika Meon sedang demam dan sakit kepala (migrain), tiba-tiba, dia mendapat satu sms. Sms dari Mat Jeling. Sms itu lebih kurang mcm nih:-

M.Jell: Wei, aku nak ko ambil aku pukul 2 pagi ni di hentian putra.

Meon : Stesyen putra di mana? Aku xtau. Ada landmark ke?

M.Jell: Ko tau di mana PWTC? Tau ke tak? Dekat situlah.

Meon : Fak off. Mana satu nih. Pening kepala aku. Nak g hentian putra ke? pwtc? Aku tau pwtc j. Tunggu di situlah.

M.Jell: Ok.

Beberapa minit kemudian, Meon yang tidak sihat itu terasa badan bertambah lemah kerana terpaksa menahan tidur sedangkan dia demam dan esok kena kerja. Meon sudah xtahan dan terpaksa tidur kerana badannya semakin lemah. Kemudian, Meon menghantar SMS kepada Mat Jeling.

Meon : Matt, aku tak dapat ambil nko. Aku demam dah 3 hari dah nih. Jumaat lepas aku MC. Munkin nko tak perasan. Naik teksi ye.

Mat Jeling langsung tidak balas SMS Meon.

Keesokkan harinya, Meon pun menyapa dan bertanya kabar Mat Jeling.Tetapi Mat Jeling buat tak dengar & langsung tidak memandang ke arah Meon. Marahlah tu.

Kemudian, sejak itu, biarpun Meon dan Mat Jeling tinggal satu rumah dan dahulu merupakan kawan baik sejak di menara gading, kini mereka tidak lagi bertegur sapa dan bercakap.

Beginilah apabila masing2 kini sudah berpangkat dan berduit, ego menguasai diri. Jika semasa susah sama susah dulu. Bergaduh macamana pun still kawan. Kini, salah faham sedikit pun sudah jadi lawan. Meon sudah bosan!!!

MEON THE SENSITIVE FREAK

Meon kini di dalam kemarahan dan ‘semi-retro frustration’. The Housemates kini sudah berubah setelah masing2 bkerjaya dan berharta.

Sebagainya jalan penyelesaian untuk mengelak daripada letusan gunung berapi, Meon terpaksa mengundur diri. Meon bukanlah perfect. Mat Ed dan Mat Jeling pun tidak bersalah. Tiada siapa yang bersalah dalam hal ini. Cuma mereka telah menjadi mangsa kejutan budaya.

Meon tertekan. Meon bosan gile asyik just being polite. Meon akan berhijrah. Meon akan berpindah keluar dari rumah itu. Meon ingin bebas dari suasana tegang dalam rumah itu.

Meon akan pindah rumah…..


CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA YANG TIADA KAITAN DENGAN HIDUP DAN MATI. JIKA ADA PERSAMAAN DENGAN INDIVIDU TERTENTU, IA HANYALAH SEKADAR KEBETULAN SAHAJA. ANDA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENIRU ATAU MENGGUNAKAN MANA-MANA KARYA DALAM BLOG INI UNTUK APA-APA TUJUAN TANPA KEBENARAN PEMILIK KARYA TERSEBUT. INI HAK CIPTA PERIBADI.


MEOZEQ’s WEBCOMIC 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed under: Meo188's Artworks, Webcomic | Tags: | June 10th, 2008

11 Responses

  • akusue | June 11th, 2008 @ 1:33 pm

    lepas meon pindah umah ada sambungan x?apa terjadi meon kat umah baru tu?neverending story has begun…hak2

    manusia sama je…ada perangai pelik yg sukar difahami…sbb tu wujudnya ikhlas…jadi bila kita wat sume kerana Allah xdelah saket ati sgt…

    cerita menarik…bravo2

  • Princess Liyana | June 11th, 2008 @ 3:56 pm

    gergasi?uhuhu..apakah..

  • BiSkUtZ LeMaU | June 11th, 2008 @ 9:39 pm

    kecian sama meon.. akhirnya dia kena beralah.. tapi elok gak tu.. dpd dok ngan manusia cam gitu..uat sakit jiwa aje..

  • cendawanintim | June 12th, 2008 @ 10:55 am

    panjangnyer citer…

    ada part 3 ke idak nih?!

  • Faisal Admar | June 14th, 2008 @ 6:01 pm

    Bila baca pasal Meon terasa seakan cerita ni betul-betul berlaku. Adakah cerita ini rekaan semata-mata ataupun memang kejadian sebenar penulis?

    Jika dikaji dalam pelbagai aspek, semua orang salah. Mat Ed, Mat Jeling dan Meon.

    Mat Ed seharusnya berbincang dahulu dengan Meon dengan lebih lanjut tentang persetujuan membawa masuk lebih ramai ahli ke dalam rumah sebelum meninggikan sewa rumah seperti di dalam cerita itu. Kesalahan Meon pula, kenapa perlu membawa masuk adik dan kawan sedangkan Meon harus faham situasi, dan karektor kawan-kawan Meon yang telah Meon kenal selama 3 tahun tu. Jika saya, saya pun tidak bersetuju untuk menambah jumlah housemate saya tanpa perlu membayar apa-apa. Penggunaan air dan elektrik juga merupakan faktor bayar sewa. Cuma reason yang diberikan oleh Mat Ed bahawa Meon akan menjadi lebih kaya adalah tidak relevan.

    Bagi kes Mat Jeling pula, Meon sepatutnya memberitahu tentang keadaan Meon dengan lebih awal dan bukannya mula-mula ya kemudian tidak. Apa perasaan Meon jika itu yang berlaku kepada Meon? Sudah semestinya kecewa bukan? Bagi Mat Jeling pula, kena faham situasi Meon. Jika dia cakap dia demam, balik rumah cuba perhatikan Meon. Sihat atau tidak. Jika memang demam, terimalah alasan Meon itu dengan hati yang tenang. Bermasam muka bukanlah satu keputusan yang baik dari kedua belah pihak.

    Akhir sekali, keputusan Meon untuk keluar dari rumah tersebut merupakan keputusan yang bijak. Cuma Meon perlu fikir tentang mencari housemate yang boleh dipercayai. Dari apa yang berlaku di persekitaran kini, adalah susah untuk mendapatkan housemate yang amanah dan tolak ansur.

  • Nikli | June 15th, 2008 @ 3:13 am

    encik meon,
    saya tumpang simpati ngan encik meon.. saya berharap encik meon dapat buat keputusan yang amat tepat..

    semoga encik meon beroleh ketenangan ditempat baru..

    salam sayang dari saya ya encik meon dari kejauhan sini..
    :(

  • meo188 | June 16th, 2008 @ 1:10 am

    tq. komen2 ni telah membuatkan cite ni mcm boleh dijadikan case study.

  • MC | June 17th, 2008 @ 8:39 am

    pindah jer… menyakitkan hati je dok dgn org cmtu… kata kwn… tapi…

  • ~ mizzAmy ~ | June 17th, 2008 @ 9:23 am

    ~ ha’ah la better pindah, baik duk ngan strangers dari duk ngan kwn sendiri. sebabnya nanti dr kwn leh jd lawan. yg Mat Ed tuh mmg tak leh blah… ~

  • sakeenah | June 18th, 2008 @ 12:41 am

    semua pihak salah.

  • meo188 | June 24th, 2008 @ 1:51 am

    akusue & cendawanintim:

    em, sambungannye rase xde. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>