Misteri Ikan Tapah

Posted by
Ingatkah lagi anda kepada cerita Tuk Kaduk? Tuk Kaduk, lagenda humor tempatan. Di mana Tuk Kaduk, seorang pemimpin politik yang gemar bertaruh dalam perlawanan melaga/sabung ayam. Beliau sanggup mempertaruhkan kawasan jajahannya kepada Raja. Malah, sanggup bertukar ayam dengan lawannya sendiri. Kesudahannya, Tuk Kaduk “menang sorak, tapi kampung tergadai“.

Pernahkah anda terfikir apa kesudahan cerita tersebut? Yup, selepas Tuk Kaduk tu kalah dan tergadai kampung halaman, dia terus masuk dalam hutan dengan rasa kecewa yang teramat. Kini Tuk Kaduk sudah papa kedana dan juga kelaparan. Apakan daya, sudah kalah bertaruh. Akhirnya, Pak Kaduk tertidur dalam keadaan lapar.
.
Tiba-tiba, Tuk Kaduk dikejutkan oleh seekor makhluk berbulu. Apabila Tuk Kaduk terjaga, beliau mendapati makhluk berbulu itu adalah seekor kucing hitam yang sangat comel. Kucing itu seolah-olah ingin menunjukkan sesuatu kepada Tuk Kaduk. Lalu beliau mengekori kucing itu.

Kucing hitam yang sangat cute itu telah membawa Tuk Kaduk sehingga ke arah satu tebing sungai. Di situ, Tuk Kaduk mendapati ada seekor ikan tapah terdampar cantik tepi tebing sungai tu. Disebab beliau sudah lapar gile, Tuk Kaduk pun segera mendapatkan ikan tapah itu.
.

Apabila Tuk Kaduk membelah perut ikan tapah itu, alangkah terkejutnya beliau kerana di dalam perut ikan tapah itu ada banyak emas!!!
.
Tanpa melengahkan masa Tuk Kaduk telah mengambil semua emas di dalam perut ikan tapah itu, dan kemudian menjahit semula perut ikan tapah itu. Ikan tapah tersebut telah dicampak semula ke dalam sungai. Ketika itu, Tuk Kaduk telah bersumpah (orang melayu pada masa zaman itu belum memeluk Islam) bahawa keturunannya tidak boleh makan dan menyentuh ikan tapah ini. Selepas itu, dengan emas-emas yang ada, Tuk Kaduk kembali ke pentas politik ketika itu dan mengambil semula kawasan jajahannya (lebih kurang macam Dato Seri Anwar Ibrahim make a come back gitu2).
.

Sehingga kini, sumpahan terhadap keturunan Tuk Kaduk ini masih berkekalan. Di mana keturunannya tidak boleh makan dan menyentuh ikan tapah ini. Kononnya, jika mereka melanggar sumpah/pantang ini, mereka akan terkena penyakit kulit yang bernama SEMALI iaitu pecah-pecah kulit berair dan gatal-gatal. Di samping itu, kulit mereka akan melecur, sakit sendi dan tulang.

.

Dalam satu kes yang pernah terjadi di mana salah seorang dari anggota keluarga berketurunan Tuk Kaduk ini terkena air percikan dari ikan tapah ni di pasar basah. Seperti tertera dalam lagenda, penyakit kulit telah naik di kaki dia. Berminggu-minggu tidak boleh sembuh. Akhirnya, dia terpaksa pulang ke Kampung di Lambor Kanan, di mana emas Tuk Kaduk masih ada disimpan untuk tujuan perubatan. Emas Tuk Kaduk direndam dalam air, dan air rendaman itu diminum dan disapukan ke atas kulit itu. Beberapa hari selepas itu, kulit dia pulih…

.

Keturunan Tuk Kaduk ini berasal daripada Lambor Kiri, Lambor Kanan, Bota Kanan, Bota Kiri dan Pulau Tiga yang terletak di Perak Tengah. Di sinilah asal usul keturunan saya…. herm…

(menang sorak, kampung tergadai : macam Pakatan Rakyat yang didominasi oleh DAP di Perak sekarang nih. Orang kita duk horey horey, kaum lain senyap-senyap mengambil tanah. Canteek…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed under: Misteri, Peribadi | Tags: , , Tapah, Tok Kaduk | October 27th, 2008

17 Responses

  • ~ mizzAmy ~ | October 27th, 2008 @ 8:18 am

    ~ maknaya, cerita Tok Kaduk nih bukan dongeng semata-mata la ekh? means, cerita betul ker? ~

  • meo188 | October 27th, 2008 @ 11:22 am

    Sebab xde bukti sejarah yang sahih dan kajian sains tidak dilakukan terhadap alahan/ penyakit yang dialami oleh masyarakat di Perak Tengah (pantang makan & sentuh ikan tapah). Ia masih dikategori sebagai lagenda.

  • Mr. Azman @ Kreuger | October 27th, 2008 @ 12:20 pm

    haaa… best betoi la
    entri kali ni… memang dah lame
    aku nak tau kesah pak kadok dan ikan
    tapah ni…

    member aku dulu arwah istri die
    pon memang org area situ…

    die memang cukup pantang dengan ikan
    tapah… aku ingat die memain…
    upenye series… macam kene alergik

    huhuhuh… ingatkan dongeng semate
    mate… kire tak bleh nak clasified
    dalam istilah science~

    Kreuger®

  • [f]adzl[i] @K:A:W:A:N:K:U | October 27th, 2008 @ 9:02 pm

    ikan tapah.. sedap ker ikan tu…

    nnti nak cri kat tapah la ikan tu.. hihih

  • Princess Liyana | October 27th, 2008 @ 9:49 pm

    hm..lagenda ek?mungkin kah benar?alaahai..ikan itu..tk penh tgk lg..hi hi

  • ~ mizzAmy ~ | October 28th, 2008 @ 4:24 pm

    ~ owhh okeyh… if org2 bukan dari area Perak Tengah, tak kan mengalami masalah alergik ngan ikan tapah la ekh? sebab tak pernah makan ikan tapah. so, tak tau pun kewujudan ikan tuh. ~

  • meo188 | October 28th, 2008 @ 10:01 pm

    kreuger:
    tq.

    fadzli:
    ikan tapah… byk kat area pahang.

    princess liyana:
    ikan sungai… makanan esotik jg kot.

    mizzamy:
    ikan tuh ada ler… ikan sungai :)

  • Princess Liyana | October 28th, 2008 @ 10:36 pm

    ooo..ikan sungai;)huhu..baeklah;p

  • zamz | October 29th, 2008 @ 11:08 pm

    baru aku tau tapah tu nama ikan rupanya..betullah jgn menang sorak jeee

  • meo188 | October 29th, 2008 @ 11:31 pm

    he3… baru sye tau, xramai tau ada ikan tapah… :)

  • Aisbatu | July 1st, 2010 @ 11:03 am

    Memang cerita ini betul,semua keturunan Tok Kadok masih ada di Lambor kanan dan kiri Perak Tengah.

  • nuar | July 28th, 2010 @ 12:32 am

    kluarge sblh mak teman asl dr tpah…tp xleh mkn ikan tapah gak…..

  • Aisbatu | July 29th, 2010 @ 2:34 pm

    Salam sejahtera.

    Tok Kadok berasal dari Siak Inderapura, beliau adalah anak Raja disana serta berhijrah ke Tanah Melayu semasa pemerintahan Sultan muzaffar Shah 1. Tok Kadok berkampong di seberang sungai perak yg dinamakan kawasan itu Lambor Kiri dan di Kg Tua Bt 16 yg dipanggil Lambor Kanan adalah kawasan Istana baginda Sultan muzaffar Shah 1. Semua kawasan ini ada dimukim Bota didaerah Parit atau sekarang diubah ke Sri Iskandar Perak Tengah. Kawasan Pemerintahan Sultan Perak 1 bermula disini (Kg Tua Bt 16) dan diubah ke Tanah Abang Telok Bakong kira-kira 3km arah utara dari tempat asal atas sebab-sebab tertentu pada masa itu. Emas kancing yg diperbuat dari emas dalam perut tapah ini berperanan untuk mengubat atau mengatasi penyakit yg ditimbulkan jika para waris termakan ikan tapah secara tak sengaja atau tak tahu oleh anak cucunya Tok kadok yg sekarang dah berada disemua negeri didalam Malaysia kerana cari makan dan merantau. Pemegang emas ini telah uzur dan berada di kawasan Selayang dirumah anak-anaknya namun emas kancing ini tidak boleh dibawa keluar dari kawasan Lambor Kanan. Namun jika pihak waris dan anak cucunya Tok Kadok ingin meminum air emas ini masih terdapat penjaga lain yg boleh menemukan tuan-tuan ke lokasi sepertimana yg dinyatakan diatas. Selain emas kancing terdapat juga sepasang subang(anting-anting) dan cincin, tapi pelarasan kesemua waris pemegang tidak dapat diadakan kerana waris-waris ini juga turut merantau disekitar Semenanjung Malaysia atau pun Sabah Sarawak.

    Anak waris Tok Kadok.

  • meo188 | July 29th, 2010 @ 10:53 pm

    @nuar
    betulkah?

    @Aisbatu
    mungkin sdara kot… huhuhu

  • Aisbatu | August 3rd, 2010 @ 5:14 pm

    Originally Posted By meo188@nuar
    betulkah?

    @Aisbatu
    mungkin sdara kot… huhuhu


    meo188:

    @nuar
    betulkah?
    @Aisbatu
    mungkin sdara kot… huhuhu
    Reply – <a href="#" class="quote" onclick="quote('7090','meo188','@nuar – \r\nbetulkah?\r\n\r\n@Aisbatu – \r\nmungkin sdara kot… huhuhu’); return false;”>Quote

    ….saya adalah keturunan terdekat dengan Lagenda Tok kadok ini….

  • ayat | January 23rd, 2011 @ 7:15 pm

    sayapun keturunan lagenda pak kaok ini..

  • Filedo | January 30th, 2011 @ 3:54 pm

    tapi waktu die jahit balik perut ikan tu, tak mati ke ikan tu??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>