Karya-karya anda diperlukan!

Posted by


Kepala saya agak berserabut sekarang nie. Pelbagai masalah timbul selaras dengan kemelesatan ekonomi global yang hari demi hari menganggu gugat hidup saye yang serba sederhana. Selagi ada kemampuan, saye mesti bertahan.

banner meozeq
Lupakan tentang kisah peribadi yang tidak penghujungnya itu. Sekarang nie, saye nak war-warkan edisi terbaru Meozeq Webcomic 2009 (bakal diterbitkan pada awal bulan januari 2009). Di mana format persembahan akan diubah selaras dengan perkembangan webkomik antarabangsa. Hasil perbincangan dengan Pidih serta rakan-rakan lain, dengan formula yang tersendiri – Meozeq Webcomic 2009 akan diupdate setiap hari atau daily update. Insya-Allah.

Untuk merealisasikan projek webcomic harian Malaysia yang pertama ini, saya dan juga kawan-kawan lain menjemput semua yang berminat untuk menyumbangkan karya-karya kepada kami. Komik, kartun, loose, fan art, sketches, cerita lawak, puisi, artikel dan apa-apa sahaja kepada kami.

Disamping itu, secara rasminya saye meminta jasa baik rakan-rakan blogger dan pengunjung blog ini untuk memberi sumbangan karya-karya. Semua credit akan diberikan kepada anda termasuk me’link’kan karya tersebut ke blog anda. Serta hakcipta karya anda kami tidak ambil. Sekadar pinjaman sahaja. (kami akan pastikan pengunjung di meozeq.com akan melayari blog anda)
E-mail rasmi kami – meozeq(a)yahoo.com.my
E-mail peribadi saye – encikmeor(a)yahoo.com
Buat masa ini, kami tidak mampu untuk memberi apa-apa hadiah atau saguhati. Tetapi, Insya-Allah, jika ada rezeki lebih.
p/s- Meozeq Webcomic muncul sebagai tribute kami kepada arena webkomik / komik online Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed under: Website | Tags: | December 22nd, 2008

25 Responses

  • Luth Textile | December 23rd, 2008 @ 1:27 am

    bagus..
    tingkatkan qualiti..

    gempak!!

    Coretan terbaru di Luth Textile Blog :  POLITEKNIK OH POLITEKNIK

  • fandi | December 23rd, 2008 @ 9:13 am

    harian? peh mencabar tu meo. bole terangkan caranya?

  • Biskutz | December 23rd, 2008 @ 9:27 am

    wah.. bertambah menarik ni.. nak nyebuk gak kat situ.. nak antau lukisan budak tadika sy tu bleh? huhuhu.. (^__^)
    tapi sape lah yg nak bace kan.. hmm.. T__T

  • ~ mizzAmy ~ | December 23rd, 2008 @ 9:48 am

    ~ saya tak reti berkarya. hehehe.. ~

  • ~cik manis~ | December 23rd, 2008 @ 10:31 am

    berminat tpi berbakat..jd pembaca je la..
    :D

  • meo188 | December 23rd, 2008 @ 5:36 pm

    luth textile:
    kurangkan kontroversi, tingkatkan kualiti

    Fandi:
    Perancangannye aje. Tapi untuk berjaya perlukan artwork2 dari orang ramai. Dengan itu, harap2 encik fandi boleh bagi pinjam lukisan daripada blog encik fandi. Plz plz plz plz…

    Kami perlukan minimum 7 slot. Di mana 7 slot akan diupdate setiap minggu mengikut hari yg ditetapkan. Ambil contoh webcomic2 luar negara mcm moderntales.com, zuda.com dan pvcomics.com.

    biskutz:
    boleh je cik biskutz. lukisan mcam tue lah saye suke… penuh dgn emosi.

    mizzamy:
    jadi pembaca setia pun dah buatkan kami bersemngt :p

    cik manis:
    pembaca mcm cik manis amat penting. sebab kalau xde pembaca, apalah syok sendiri je webcomic nih… huhuhuhuhu :)

  • bukan kawan gary hong seng choy | December 23rd, 2008 @ 6:34 pm

    semangat yahudi mcm nilah yg kita perlukan

  • fandi | December 23rd, 2008 @ 10:51 pm

    meo: baiklah ameklah memana berkenan. kenang daku dalam kredit mu.

  • cybernetics mind | December 24th, 2008 @ 9:59 am

    emmmm….baca komik boley laaa,
    tapi bab2 nk menyumbang ni….kompemmm aku sumbang…ekekekeke. aku bab2 melukis ni fail laaa meo…:(

  • Zil-el-saif | December 24th, 2008 @ 12:53 pm

    InsyaAllah next crossover is Visual novel!

  • meo188 | December 24th, 2008 @ 5:39 pm

    kawan gary hong seng:
    gary hong seng (featuring moh tong tong)

    Fandi:
    tq. akan ku jg hakcipta mu sebaik mungkin. singgahsana88 turut menjadi inspirasi ku.

    cybernatics mind:
    bg komen2 dan buah fikiran pun ok jg.

    zil-el-saif:
    gile ah rindu dgn karya encik zil-el-saif.

  • Mr. Azman @ Kreuger | December 24th, 2008 @ 10:02 pm

    ha ha ha… bagus meo.
    syabas… nanti kalau aku
    berkesempatan.. rajin tangan
    nak melukis balik… bleh la
    aku submit kat hang ok… tapi
    tak janji taw… jari jemari aku
    pon dah keras keras.. dekat setahun
    aku tak melukis kartun. sure
    kene tuning kasik lame sket…

    ekeke… selamat maju jaya meo~

    Kreuger®

  • Han Ri | December 25th, 2008 @ 12:12 am

    amik je yang berkenan dlm blog :D

  • ab geldofg | December 26th, 2008 @ 7:22 pm

    hidup krtonis!!!!!!

  • Princess Liyana | December 26th, 2008 @ 10:25 pm

    jadi pembaca jerlah…huhu;)

  • Ajeem | December 27th, 2008 @ 8:15 am

    saya tabik sama saudara kerana memperjuangkan dunia kartunis di malaysia..saya juga peminat kartun tapi malangnya di uum sintok tengah hutan ni payah mau dapat bah..hehe

  • meo188 | December 27th, 2008 @ 12:16 pm

    Azman:
    tq bro. keep on blogging!!!

    HanRi:
    Tq… tq very2 much

    ab geldofg:
    uiks, apakah? tq bro

    princess liyana:
    jauh di mata tetapi dekat di hati… :p

    ajeem:
    em, boleh je, UUM kan dah ada wiFi. Lab pun belambak kan? Bolehlah layan webkomik – komik online :)

  • alien | December 28th, 2008 @ 7:57 pm

    bulih la aku meyumbang ape yg patut

  • meo188 | December 29th, 2008 @ 12:46 pm

    boleh mr alien :)

  • Princess Liyana | December 30th, 2008 @ 11:01 am

    uhuhu;)btol tu..setuju..hehe..dekat ek? ;P

  • rahmanraof | December 30th, 2008 @ 4:44 pm

    en meo,trimakasih kerana menghargai karya komik tempatan, klu ko perlukan artwork, aku ada la skit2..untuk memeriahkan je..tq

  • meo188 | December 30th, 2008 @ 6:09 pm

    princess liyana:
    :p

    rahmanraof:
    tq.. budak itam bleh?

  • e-ra | January 8th, 2009 @ 6:47 pm

    ha… saya ada banyak koleksi komlk… saya dulu bekas kartunis ujang freelance lah.. hm mam mana saya nak menyumbang erk. saya rindu nak melukis

  • e-ra | January 8th, 2009 @ 6:49 pm

    saya dah 2 tahun tak melikis nih

  • meo188 | January 11th, 2009 @ 11:16 am

    boleh …. sgt2 di alukan

    :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>