Kemunculan lembaga di dalam kegelapan

Posted by
Tengah malam yang agak dingin semalam, dalam kegelapan saya telah didatangi oleh satu lembaga kelibat manusia. Lembaga itu tiba-tiba muncul di dalam bilik saya apabila suis lampu dipadamkan.

Dengan wajah yang samar-samar, lembaga itu berkata kepada saya; “Saya kecewa, saya sudah putus asa. Impian saya macam susah untuk dicapai. Saya macam tak berbakat, tak mampu nak lakukan, dipandang rendah dan macam takde harapan.”

Saya mendengus seraya berkata; ” Saudara, biarpun saudara ada kekurangan tetapi janganlah pula dilupakan akan kekuatan atau kelebihan yang ada. “.

Saya terus menyambung; ” Biarpun tak berbakat, tetapi ada kesungguhan. Biarpun tak mampu, tetapi ada usaha. Biarpun dipandang rendah, tapi masih ada maruah. Biarpun macam takde harapan, tetapi saudara masih ada doa dan tawakal.”

Biarpun tak berbakat, tapi ada kesungguhan.
Biarpun tak mampu, tapi ada usaha.
Biarpun dipandang rendah, tapi masih ada maruah.
Biarpun macam takde harapan, tetapi masih ada doa & tawakal
Sejurus selepas menghabiskan ayat saya itu, saya mencapai suis lampu. Apabila saya membuka lampu, alangkah terkejutnya kerana mendapati lembaga itu adalah bayangan diri sendiri di cermin bilik saya….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed under: Misteri | Tags: | December 19th, 2008

12 Responses

  • fandi | December 19th, 2008 @ 7:06 pm

    terharu aku membaca cerita ini. sungguh.

  • ~cik manis~ | December 19th, 2008 @ 8:36 pm

    kate2 2 mmbuatkn sy brsmnagt..
    dalam mksud dy..
    :)

  • ?chubbycekelat ? | December 20th, 2008 @ 1:52 am

    ahh??
    lor..
    hahaha..
    diri sendirik upenyer..
    adeh..
    ngatkan jimbalang mane lar tadi..
    huhu..
    ade pwob ker bro?
    cam ade jek..
    uit? XD

  • Aman Wan | December 20th, 2008 @ 7:34 am

    wah…ayat yang menyentuh hati..
    tp tatau knp.. rasa seram jugak baca entry ni.. pergh..mana tau skali tgh gelap2 mmg bayangan cermin tu bercakap betol2! hah~! huhuhu

  • kawan Michael Ng Thim Win | December 20th, 2008 @ 7:22 pm

    en meor emo punk gothic la plak..
    saje je nak tarik perhatian

  • Amer Aan aka Green Arrow | December 20th, 2008 @ 8:05 pm

    lor…
    bayang sndr rpenye..
    aku pn bayang2 aku pnkdg2 dier berbual ngan aku..
    haha

  • ~ mizzAmy ~ | December 22nd, 2008 @ 2:24 pm

    ~ erm.. dalam maksud kata-kata tuh. apa2 pun, berusaha tangga kejayaan. mungkin kita tak nampak sekarang. tapi, kejayaan tuh akan datang jua. ;) ~

  • Princess Liyana | December 22nd, 2008 @ 4:51 pm

    hi hi hi..cuaks je bc..rupa2nya bygn diri sendiri..alaahai~

    suspen btol ;P

  • Biskutz | December 22nd, 2008 @ 6:16 pm

    chaiyok2.. incek meo.. sentiasalah ingat padaNYA.. (^__^)

  • sang pedih | December 23rd, 2008 @ 1:22 am

    bagus betul cerita motivasi anda. aku mau berubah taun depan. tahun 2008 punya resulution satu haprak pun tak jadi

  • meo188 | December 23rd, 2008 @ 5:42 pm

    fandi:
    saye lagilah terharu

    cik manis:
    semngt yang ilang…

    chubbycekelat:
    herm…

    aman wan:
    kelakar seram

    kawan micheal:
    uiks… apakah?

    amer:
    encik amer ada gaya peminat cerita misteri/seram

    mizzamy:
    usaha, doa dan tawakal.

    princess liyana:
    em, kelakar seram

    biskutz:
    Insya-Allah..

    sang pedih:
    sang pedih? apakah? encik pidih? Yang penting semnagt gile

  • IxoRa | December 25th, 2008 @ 7:28 pm

    mu buat org suspen la bro!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>