Kemunculan makhluk halus?

Posted by
Saya ni bukanlah pengemar cerita hantu dan mistik (a.k.a seram). Saya memang xlayan cerita hantu sebab selalunya cerita seram ni xlogik dan memperbodohkan penonton. Tambahan, jika banyak menonton filem seram, ia agak menganggu emosi seseorang. Serius, saya xlayan cerita hantu. Walaupun saya tidak menonton cerita hantu, tetapi saya percaya ada kemunculan makhluk halus di sekeliling kita. Ini kisah saya semalam. Read but it’s up to you to believe it or not.

Saya tiba dari Ipoh ke Kuala Lumpur hampir pukul 11 malam semalam. Kemudian, lepak dengan kawan sehingga pukul 12.30 tengah malam. Kemudian, saya pulang ke rumah bujang di sebuah flat di Ampang.

Awal pagi itu, saye keseorangan. Tubuh badan saya yang keletihan itu berjaya melelapkan mata ketika hampir pukul 2 pagi selepas menonton rancangan la tido di TV9. Saya tidur di ruang tamu.

Hampir pukul 4 pagi, tiba-tiba mata saya terbuka, saya terasa sangat-sangat sejuk, badan saya mengigil, badan terasa dihempap sesuatu. Secara spontan saya teringat untuk azan sekuat hati. Azan pertama saya kelam kabut tetapi kemudian saya azan lagi. Dan kemudian yang saya tersedar atau tekanan dibadan saya itu pergi. Pada ketika itu, badan saya terasa sakit-sakit. Sakit di pinggang, bahu dan perut. Tangan saya kebas-kebas dan meremang bulu roma xingat siot.

Setelah sedar 100%, saya pun memanjangkan lagi pembacaan saya dengan membaca ayat Kursi dan surah 3-Qul. Di saat itu, saya merasakan ada makhluk lain di dalam rumah yang menganggu tidur saya (atau cuma mainan perasaan sahaja?).

Pada mulanya, saya bercadang untuk terus tidur di ruang tamu itu, tetapi beberapa minit selepas itu, saya pun masuk ke bilik dan menyambung tidur. Mungkin makhluk itu masih ada di ruang tamu lagi kot. Seramlah pula.

Selepas matahari sudah mencecah langit, saya menghantar mesej kepada housemate saye supaya balik ke rumah cepat-cepat, sebab ada hantu kat rumah. Tak sangkalah, di dalam rumah flat tengah2 bandar nie ada juga peristiwa macam nie.

Ruang tamu rumah

Makhluk halus ini ada di mana-mana. Cuma kita tidak sedar akan kehadiran mereka. Mungkin ada mahkluk halus di tepi anda sekarang. Memerhati dan mengekori anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed under: Misteri | Tags: | December 10th, 2008

19 Responses

  • Aman Wan | December 10th, 2008 @ 12:17 am

    pergh…nasib la x ada apa2… benda2 kena himpap ni macam dah selalu gak berlaku.. tp nasib baik la dia x tunjuk muka.. kalau x.. lagi meremang wooo….!

  • IxoRa | December 10th, 2008 @ 12:37 am

    Tak suka ! Tak suka ! Tak suka !

    Sy dh la kena tinggal sengsorang mlm ni…nape wat sy takut ni….tolonggg

  • CikOrkid | December 10th, 2008 @ 3:30 am

    uuuu…benarkah semua ini.sy tak pernah mgalami pengalaman seperti ini.sy juga tak mahu dan takut..huhuhuhuhu

  • Amer Aan aka Green Arrow | December 10th, 2008 @ 3:59 am

    ala tu kwn aku…
    dia slalu mrayau-rayau…
    kat umh org…
    haha:P

  • Amer Aan aka Green Arrow | December 10th, 2008 @ 4:02 am

    slps die blk…
    dr mrayau kat umh ko tu..
    keesokannya die kater kat aku…
    cntik r ruang tamu ko…
    hahaha:P

  • Princess Liyana | December 10th, 2008 @ 12:35 pm

    alaahai..rasanya memang wujud..kena byk2 bc la ayat kursi dn bc jela paper..alaahai..ok tak ni bro?

  • meo188 | December 11th, 2008 @ 1:40 am

    aman wan:
    sakit badan…. xcukup tidur

    ixora:
    jangan pandang belakang

    Amer:
    uiks….

    Princess liyana:
    ok… bertambah okey bile ade gadis bertanya ok ke tak…huhuhuhuhu

  • ~cik manis~ | December 11th, 2008 @ 5:22 pm

    dlu dkt hostel slalu heboh psl mkhlik halus..
    takottttttt…………….!

  • meo188 | December 11th, 2008 @ 10:29 pm

    yakah? mungkin hostel pompuan je kot?

  • fandi | December 12th, 2008 @ 2:59 am

    chaku ada explain dalam pergh. cuba cubalah tgk meo

  • fandi | December 12th, 2008 @ 9:00 am

    klik sini ->

  • Princess Liyana | December 12th, 2008 @ 1:50 pm

    Kalau mcm 2,yana tanye lgla la.hehehe.okayyy x bro?ahaks :D

  • Dr feelbetter | December 12th, 2008 @ 6:27 pm

    jangan takut….nanti malam ni dia datang lagi, ajak ler berkawan….lelaki mana buleh takut-takut….

  • meo188 | December 12th, 2008 @ 11:29 pm

    fandi:
    wah, encik fandi adalah buckethead rupanye. wah, artist yg hebat.

    princess liyana:
    adeh, rasa nak terguling-guling kat tengah2 lebuhraya utara selatan. Cair.

    Dr feelbetter:
    uiks. slmt dtg cik mahani. tq singgah kat cni. :)

  • ~ mizzAmy ~ | December 13th, 2008 @ 9:06 am

    ~ memang lah ada, cuma that time u keletihan sangat kot. so, biasanya kalau letih2 nih memang senang kena hempap. baca ayat kursi and ayat akhir dlm ayat kursi tuh ulang sebanyak 7 kali. insya-Allah syaitan pergi jauh2. ~

  • meo188 | December 15th, 2008 @ 3:06 am

    em, ok.

  • kawan Cham Man Chor | December 16th, 2008 @ 10:38 pm

    aku rasa stanley koh kah soon yg hempap anda

  • _neo_ | December 18th, 2008 @ 1:23 am

    hahahah lawak plak komen2 yang ade kat sini. anyway, kalau aku kene, mesti aku pengsan..heeheh takat ni tak pernah kene lagi..huhu takutnya

  • *secret | December 30th, 2008 @ 6:51 pm

    saye panggil iye antu gatal.
    saye menci bile dihempap.
    takot tapi nantuk.
    dlu sye glabah.
    tp lame2 jadik bosan dipermainkan.
    lalu.
    saye teruskan tido.
    pure2 tadek pe.
    padahal jantung lub dub cam gendang cine mati.
    moralnya.
    mende itu,bkn saje disekeliling anda.
    mungkin anda salah satu dari mereka?
    cme tak sdr bakat terpendam.
    abaikan.
    saja melaghakan petang ini.
    *gelak putus-putus*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>