Konvokesyen Ibu dan Ayah

Posted by

Minggu lepas, ibu dan ayah berjaya menerima sijil Pengajian Usuluddin di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Saya sangat respek mereka kerana masih belajar walaupun usia sudah senior. Umur ayah dah nak masuk 64 tahun dan ibu pula, 60. Btw, ayah dan ibu merupakan pesara guru. Dengan itu, mereka telah membuktikan pada anak-anak mereka bahawa menuntut ilmu adalah wajib sepanjang hayat.

Ini bukanlah pertama kali mereka dapat sijil di Universiti Malaya ni, 2 tahun lepas, mereka telah menerima sijil Pengajian Syariah. Maksudnya, mereka sudah dua kali konvokesyen di situ. Tetapi, masa tu saya tak dapat hadir sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, ibu dan ayah tidak bercadang untuk sambut diploma memandangkan ia agak membebankan pada usia mereka.

Pada malamnya, saya telah belanja makan besar di Dorsett Hotel, Bukit Bintang untuk ibu, ayah dan kakak saya sempena kejayaan dapat sijil Pengajian Usuluddin. Rasa sayu juga bila mengenangkan usia mereka.

Bacalah
RAIHAN

Bacalah dengan nama Tuhanmu
Itulah permulaan ilmu
Sebagai yang telah diwahyukan
Menuntut ilmu satu kewajipan

Ilmu menjadi penyuluh jalan
Dengan ilmu dapat kemuliaan
Ilmu memajukan kehidupan
Ilmu yang baik dapat keberkatan

Sabda Rasul junjungan
Carilah ilmu pengetahuan
Dari dalam buaian
Hingga hari kematian

Tuntutlah ilmu hai teman
Janganlah kita siakan
Untuk masa hadapan
Agama dan bangsa

Utlubul ‘ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China

Jangan berilmu tanpa amalan
Bagai pohon tanpa buahnya
Ilmu yang berkat membuatkan taqwa
Bermanfaat sesama insan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed under: Umum | Tags: | January 18th, 2009

12 Responses

  • alien | January 18th, 2009 @ 1:19 am

    tahniah kepada mak dan ayah !!

  • TeacherNunu | January 18th, 2009 @ 9:48 pm

    superb..thats the spirit..memang respect mak ayah meo..walaupun berusia, masih nak belajar lagi..anak murid saya yang umur 16..malas pulak nak studi

  • Princess Liyana | January 19th, 2009 @ 12:47 am

    salutela bro kat parents kamu…

    ekeke..kim slm kat mak dn ayah ek;)hehe

  • meo188 | January 20th, 2009 @ 8:39 am

    merekalah my idol.

  • ~ mizzAmy ~ | January 20th, 2009 @ 10:54 am

    ~ woww… that’s great. umur bukan penghalang buat mereka. congrats!! ~

  • meo188 | January 20th, 2009 @ 3:21 pm

    kepimpinan melalui teladan

  • Princess Liyana | January 20th, 2009 @ 8:08 pm

    huhu..btol tu;)idol terbaik!

  • meo188 | January 20th, 2009 @ 11:46 pm

    malaysian idol

  • filanastasia | January 21st, 2009 @ 7:48 am

    meo188 : tahniah untuk mereka berdua.. caya la.. huhuhu

  • meo188 | January 21st, 2009 @ 11:06 pm

    slm mesra

  • .liyana. | C E R I A | | January 22nd, 2009 @ 12:08 am

    wah!tahniah2.

    aduh.merdunya lagu ni.
    layan aje.

  • meo188 | January 22nd, 2009 @ 6:25 am

    layan hanguk2 kepala… yeah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>