11
Puppet show – live in Perak
Posted by meo188
Perak lingkup Yop…. – AWANG SELAMAT
Makin banyak kekalutan melanda beberapa negeri pimpinan pakatan pembangkang antaranya di Perak. Kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Mohamad Nizar Jamaluddin terus dikecam banyak pihak kerana satu demi satu keputusan yang mencetuskan kemarahan.
Yang paling panas ialah isu pemberian tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru yang telah dimulakan minggu ini.
Tindakan tersebut bercanggah dengan arahan kerajaan pusat yang mahu proses pemberian itu ditangguhkan kerana ia adalah di bawah kuasa Majlis Tanah Negara (MTN) .
Yang menjadi persoalan mengapa keistimewaan diberikan kepada penduduk kampung baru yang didiami oleh rata-rata kaum Cina? Malah sekolah swasta Cina turut diberikan tanah yang luas kononnya untuk membantu mengumpul dana.
Kenapa status yang sama tidak diberikan kepada penduduk kampung-kampung tradisional dan rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) seperti yang dibangkitkan oleh ADUN Pangkor, Dr. Zambry Abdul Kadir?
Sekolah agama termasuk milik persendirian yang daif, tidak pula diberi perhatian istimewa.
Persoalannya di mana keadilan dan apa kebijaksanaannya?
Ternyata Nizar menggunakan politik tanah untuk meraih sokongan bukan Melayu. Tidak sampai setahun memerintah, beliau telah menyerahkan terlalu banyak tanah kerajaan, yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.
Desas-desus politik di Perak mengisahkan Nizar mudah mengikut telunjuk parti sekutu pembangkang terutama DAP. Dengan kata lain, beliau tidak mempunyai keberanian politik. Sama ada ia benar atau tidak, Awang tidak pasti tetapi berdasarkan perkembangan semasa, ada asas untuk mempercayainya.
Berdasarkan maklum balas, ramai orang Perak yang kecewa dan marah terhadap beliau. Malah Awang kerap menerima SMS daripada beberapa kenalan di Perak yang merintih atas apa yang berlaku. Salah satu SMS dari seorang bekas tentera berbunyi ‘‘Perak lingkup Yop, banyak tanah sudah tergadai.”
Golongan yang sepatutnya mendapat tanah terutama bekas tentera dan polis sebagaimana tradisi ketika era kepimpinan BN di Perak, sudah tidak lagi mendapat keistimewaan itu. Apakah jasa dan pengorbanan bekas tentera dan polis tidak dekat di hati Nizar atau beliau tidak memberi perhatian sedemikian kerana tiada telunjuk DAP?
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Awang Selamat – Makin Lingkup Yop…
Sumber: Utusan Malaysia – www.utusan.com.my
Panas dan kontroversi.
Sebelum start, ditegaskan bahawa entri ini bukan menyokong parti dacing yang banyak korupsi dan rasuah itu. Awal tahun 2008, bermulalah 1 puppet show yang paling grand di negeri Perak. Negeri melayu yang berdaulat itu, kini telah dikuasai oleh pemimpin2 bukan Islam parti roket yang sekular dan perkauman. Tetapi untuk merealisasikan cita-cita parti roket, mereka telah meletakan seorang boneka (puppet) yang beragama Islam. jika tidak berjaya mengawal keadaan. Dia sudah di outnumbered oleh pemimpin2 sekular. Frust, pemimpin2 bukan Islam parti roket di negeri itu sedang mengagihkan tanah kepada kaum2 tertentu dan duk bagi sikit2 je pada kaum pribumi sekadar nak jaga hati. Inilah namanya membuat keputusan semata-mata untuk kepentingan politik.
Saye tak menyalahkan beliau
Malah sekolah jenis ‘perkauman‘ turut diperbesarkan. Bayangkan, sudah bertahun-tahun tinggal di Malaysia dan berkerakyatan Malaysia…. tapi xboleh cakap bahasa Melayu. Rasa nak sepak pun ada juga.
Pusat hiburan melimpah ruah je di Ipoh tuh. Botol arak berterabur je di belakang JJ. Maksiat di padang polo di waktu malam tu bertambah dari hari ke hari. Kampung melayu pula berbalah2…. masalah ketua kampung dan masalah parti politik. Malah kereta proton buatan Tanjung Malim, Perak sendiri telah diketepikan, diperlekeh-lekehkan dan dihina. Frust….





alien | January 11th, 2009 @ 3:43 pm
itu sebab biase org cakap..
Cina ambil alih kuasa ekonomi, bersatu..
Melayu sibuk politik gaduh sana sini, berpecah..
India pulak perati dan ketawa..
hehehe
REFORMIS | January 11th, 2009 @ 4:39 pm
BABI BODOH!!! SIAL ANJING!!! BUTA POLITIK!!!!
HIDUP PAS!!! HIDUP PAS!!!!
Biskutz | January 11th, 2009 @ 5:33 pm
jangan dengau kate awang.. lalalala..
meo188 | January 11th, 2009 @ 6:44 pm
alien:
ur right.
reformis:
uiks…
biskutz:
cuma sekadar pendpt die je. lalala…
Anonymous | January 11th, 2009 @ 8:33 pm
Pada 27 Jun lalu kerajaan campuran Perak mengumumkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri untuk memberikan geran hak milik tanah kekal selama 999 tahun kepada penduduk kampung-kampung baru dan Rancangan Kampung Tersusun (RKT).
Melalui cadangan itu, tanah-tanah terbabit yang berstatus hak milik pajakan akan ditukar kepada milik kekal.
Namun sebelum itu, kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya akan memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada kampung baru tetapi merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).
Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus berketurunan Cina.
Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, cadangan kerajaan Perak memberi status hak milik kekal kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru dan RKT tidak boleh dilaksanakan sehingga ia diputuskan oleh MTN.
Sementara itu, Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham pada majlis yang sama berkata, langkah berkenaan diambil selepas pihaknya mendapat pandangan sekurang-kurangnya sepuluh orang peguam berpengalaman.
”Mereka yang dirujuk termasuklah seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan,” katanya tanpa mendedahkan nama hakim tersebut.
”Justeru, bantahan MCA dan kenyataan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini sebenarnya yang salah di sisi undang-undang kerana kita sudah ambil pandangan daripada peguam,” katanya.
Koo Ham berkata, keluasan tanah lot yang telah mendapat hak milik kekal di kampung itu adalah antara 300 hingga 500 meter persegi.
Katanya, terdapat 281 lot tanah di kampung itu tetapi hanya 53 yang memohon untuk mendapat geran hak milik kekal.
Pada masa sama, bagi membuktikan kerajaan negeri tidak pilih kasih, Koo Ham memberitahu, pihaknya turut meluluskan tanah kurnia kepada 10 orang penduduk Melayu di Rancangan Pertanian Berkelompok, Tanjung Rimbun, Gerik seluas 16 hektar.
Katanya, setiap penerima mendapat satu lot tanah seluas 1.4 hektar dan terdapat 310 lot lagi yang sedang diproses untuk kelulusan kerajaan negeri.
HIDUP PAS!!!!!
Zamz | January 11th, 2009 @ 8:39 pm
meo panas tak ko..hehehe
arsaili | January 11th, 2009 @ 9:30 pm
salam…isu berat dan malas nak komen…aahaha..
~ mizzAmy ~ | January 12th, 2009 @ 10:17 am
~ uish… yg kat atas tuh bagik komen ke bagi apa? ~
~cik manis~ | January 12th, 2009 @ 1:52 pm
datuk nizar 2 baik orgnye..
dy rapat dgn ayh manis n ade 2-3 kali dtg rumah..
sggh berkarisma dan alim..