Archive for February, 2009

Sayang sangat sangat kat awak (Part 2 of 5)

Kini, alam mencari kerja bermula. Tamat saja pengajian, Samdol telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai trainee paid dealer di sebuah syarikat broker saham. Manakala, Cinta yang berasal dari Klang ketika itu sedang bertungkus lumus untuk mencari kerja.



Sekali lagi, ujian percintaan bagi Samdol dan Cinta bermula. Dengan gaji sekecil RM700 Samdol cuba untuk membantu kewangan Cinta dan memastikan hubungan mereka tidak terputus. Hampir separuh gaji Samdol dibahagikan setiap bulan untuk belanja dating, kredit dan sedikit duit saku untuk Cinta. Bayangkanlah, bagaimanakah Samdol mampu bertahan dengan wang RM300-Rm400 hidup di Kuala Lumpur. Makanan harian ketika itu, nasi lemak berulamkan biskut kering ataupun meggi kari.

HOUSEMATES YANG MEMBANTU SAMDOL

Kadang-kala, ketika Samdol kekeringan duit, Samdol sanggup makan biskut dengan kicap ataupun biskut dengan mentega demi kasih sayang kepada Cinta. Samdol xmahu orang lain simpati dengan dia. Oleh itu, Samdol selalu makan ketika housematesnya (5 orang) sudah tidur atau pun keluar.

Sehinggalah, suatu awal pagi itu, Samdol pergi ke dapur untuk makan biskut dengan kicap. Tiba-tiba, tanpa di sedari rakan sebilik Samdol mengekori dari belakang. Rakan Samdol bernama Amin terus berlinang air mata bila melihat Samdol makan biskut dengan kicap dengan lahapnya. Samdol terkejut dan tergamam – bila masa pula si Amin nie mengekorinya. Tak pernah seorang rakan menangis untuknya.

Amin kemudian ke bilik dan muncul kembali ke dapur dengan membawa duit RM10 untuk diberikan kepada Samdol. Samdol pada mulanya menolak tetapi Amin tetap berkeras mahu Samdol mengambilnya.

Di samping Amin, housemate yang selalu membantu Samdol adalah Janny. Di mana Janny sering masak untuk dikongsi bersama dengan Samdol. Walaubagaimapun, Janny hairan melihat Samdol yang sering kekurangan wang. Lalu, pada suatu hari, Janny bertanya kepada Samdol;

“Ke mana pergi duit nko ni Samdol? Aku hairan betul. RM700 ratus tu dah kira bolehlah juga nko nak makan setiap hari. Sewa umah pun kita share, nko bayar RM100 je”.

Samdol menjawab dengan ikhlas ” Sebenarnya macam ni, aku share duit gaji aku dengan awek aku. Dia tengah cari keje. Aku nak kena support die. Biarpun mcm tak mampu, tapi inilah usaha aku.”.

Janny mengelengkan kepala dan berkata. ” Aku bukan apa Samdol, nko yakin ke dengan awek nie. Confirm ke dengan dia nie. Nanti clash macamana?”

Samdol menegaskan, ” Confirm siot!!!”

CINTA LRT

Dengan gaji yang kecil, Samdol tetap ingin memberi kebahahagian kepada Cinta. Seboleh-bolehnya, setiap minggu Samdol mahu berdating dengan Cinta. Pada ketika itu, Lrtlah yang menjadi platform mereka untuk berdating dan bercinta.

Kerana beban yang ditanggung oleh Samdol semakin menekan selepas beberapa bulan. Suatu hari di Subang Jaya, berlaku pertengkaran antara Samdol dan Cinta. Cinta meminta Samdol membelikan french fries. Tetapi Samdol memberitahu yang dia sudah ‘out of budget’. Tetapi Cinta xpercaya kemudian terus merajuk. Samdol tiba-tiba jadi berang bila melihat Cinta merajuk sebegitu. Seolah-olah dia tidak faham tentang kesusahan yang dihadapi olehnya. Samdol cuba memujuk Cinta tetapi Cinta tetap merajuk tak mahu bergerak dan menangis teresak-esak. Samdol semakin berang. Dan kemudian Samdol terus melangkah pergi jauh dari Cinta.
Tiba-tiba, Cinta menghubungi telefon bimbit Samdol. Cinta marah Samdol kerana nak tinggalkan dia keseorangan. Cinta tak ada 1 sen ketika itu. “Ya Allah! Samdol betul-betul terlupa yang Cinta belum ada kerja dan memerlukan bantuan kewangan dari Samdol. Samdol berlari bergegas menuju ke Cinta di stesyen Komuter Subang Jaya. Samdol memujuk Cinta sepenuh hati. Maafkan saya!

bersambung….


“Samdol sanggup makan biskut dengan kicap ataupun biskut dengan mentega demi kasih sayang kepada Cinta.

Gambar yang dimuatkan di dalam cerita ini sekadar hiasan sahaja. Cerita ini merupakan rekaan semata-mata yang tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

ANDA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENIRU ATAU MENGGUNAKAN MANA-MANA KARYA DALAM BLOG INI UNTUK APA-APA TUJUAN TANPA KEBENARAN PEMILIK KARYA TERSEBUT. INI HAK CIPTA PERIBADI.


YOU ARE NOT ALLOWED TO COPY OR USE ANY ARTWORK FROM THIS BLOG FOR ANY REASONS WITHOUT PERMISSION BY THE ARTWORK’s OWNER. THESE ARE PRIVATE COPYRIGHT.

MEOZEQ’s WEBCOMIC 2009

Jemputan khas kepada semua blogger

Kini, blog ini semakin emosional dan peribadi. Justeru itu, saya dengan berbesar hati meminta e-mail2 para pengunjung yang dihormati kerana blog ini akan diPRIVATEkan untuk beberapa tempoh.

Saya akan terus menyambung untuk terus bercerita, melukis dan berblogging. Kirimkan e-mail anda segera untuk mendapat webkomik percuma dan cerita-cerita sensasi di blog ini.
Antara cara-cara untuk mengirimkan e-mail;
  1. Di bahagian komen post ini.
  2. E-mail saya – encikmeor(a)yahoo.com
  3. Ataupun boleh msg di no telefon saya 0125713503 atau 0193893503

Harap semua dapat terus mengikuti blog ini.

Meo188 is going private for a while…..

Related Posts with Thumbnails

Sayang sangat sangat kat awak (Part 1 of 5)

Ini kisah kuasa super duper percintaan seorang lelaki bernama Samdol.
CINTA KAMPUS

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah – semester 4, bulan Mac 2004, Samdol telah jatuh cinta kepada seorang gadis yg serba sederhana bernama Cinta. Biarpun ketika itu Cinta mengalami masalah kulit mengelupas dan jerawat, tetapi kerana rasa kasih sayang Samdol kepada Cinta, kecantikan bukan perkara penting. Paling penting adalah Cinta sentiasa menemani Samdol. Itu yang membuatkan Samdol terbuka hati untuk menerima Cinta. Tambahan ketika itu, Samdol kagum dengan ketabahan seorang anak yatim seperti Cinta yang sentiasa membantu meringankan kewangan keluarganya.

*

*

*

Berkat kesabaran cinta Samdol, kulit Cinta pulih dlm pada semester seterusnya. Alangkah cantiknya Cinta apabila kulitnya sudah pulih. Samdol dan Cinta menjadi pasangan yang paling popular di tempat mereka belajar. Ditambah dengan muka Samdol dan Cinta seakan-akan adik beradik. Samdol amat menyanyangi Cinta. Sayang sangat2. Untuk membuktikan kesetiaan Samdol terhadap Cinta, Samdol telah berjumpa dengan keluarga Cinta. Alangkah indahnya ketika bercinta dan mendapat restu dari keluarga.

Setiap percintaan akan ada cabaran dan dugaan. Ketika itu, Cinta menghadapi masalah kewangan. Di mana famili Cinta terpaksa menggunakan duit biasiswanya untuk menyara hidup. Cinta kekurangan duit untuk makan dan belajar. Ketika itu, Samdol dengan rela hati berkongsi beban kewangan dengan Cinta. Memandangkan Samdol juga masih seorang pelajar, jadi Samdol cuma boleh membantu dengan apa yang termampu. Samdol akan masak jika ada masa dan kemudian makanan itu dikongsi dengan Cinta. Disamping itu, Samdol akan cuba sedaya upaya untuk belanja Cinta membeli makanan di Cafeteria. Sekurang-kurangnya membelikan Cinta meggi. Samdol tersangat-sangat sayangkan Cinta.

Pernah beberapa kali Cinta berasa serba salah kerana membebankan Samdol. Tetapi, Samdol membalas “Awak jangan risau, mungkin rezeki awak Tuhan salurkan dari saya. Ini rezeki awak. Bukan saya bagi, tetapi Tuhan yang bagi rezeki awak”

Biarpun Samdol cuba berjimat, tetapi akhirnya Samdol juga mempunyai masalah kewangan. Namun, Samdol tabahkan hatinya untuk membuat kerja sampingan di kampus. Di mana Samdol telah menjual meggi dan top-up di asrama. Di samping itu, Samdol turut berkerja sambilan di makmal komputer. Kadang-kala, Samdol mengikat perut untuk Cinta.  Sewaktu cuit semester Samdol turut bekerja sambilan di restoran2 dan kompleks membeli belah. Malah, diakhir semester, Samdol dengan penuh tabah mengutip sisa-sisa kotak buangan di tong sampah belakang kedai-kedai di sekitar kampus untuk dijual di asrama. Begitulah betapa kasih sayang Samdol kepada Cinta. Pengorbanan ini untuk awak Cinta.

Namun begitu, biarpun samdol kelihatan tabah, kadang-kala kerana kepenatan dan kekusutan fikiran, Samdol bersikap dingin terhadap Cinta. Inilah kelemahan Samdol. Tetapi, jauh disudut hati, Samdol tersangat-sangat sayangkan Cinta. Cintalah semangat Samdol untuk berjaya. Malah semangat kasih sayang terhadap Cinta membuatkan Samdol mendapat keputusan peperiksaan yang agak memberangsangkan dan juga menjadi salah seorang pemimpin pelajar di kampus.

bersambung….


“Awak jangan risau, mungkin rezeki awak Tuhan salurkan dari saya. Ini rezeki awak. Bukan saya bagi, tetapi Tuhan yang bagi rezeki awak”

Gambar yang dimuatkan di dalam cerita ini sekadar hiasan sahaja. Cerita ini merupakan rekaan semata-mata yang tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

ANDA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENIRU ATAU MENGGUNAKAN MANA-MANA KARYA DALAM BLOG INI UNTUK APA-APA TUJUAN TANPA KEBENARAN PEMILIK KARYA TERSEBUT. INI HAK CIPTA PERIBADI.

YOU ARE NOT ALLOWED TO COPY OR USE ANY ARTWORK FROM THIS BLOG FOR ANY REASONS WITHOUT PERMISSION BY THE ARTWORK’s OWNER. THESE ARE PRIVATE COPYRIGHT.

MEOZEQ’s WEBCOMIC 2009