Kini, alam mencari kerja bermula. Tamat saja pengajian, Samdol telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai trainee paid dealer di sebuah syarikat broker saham. Manakala, Cinta yang berasal dari Klang ketika itu sedang bertungkus lumus untuk mencari kerja.



Sekali lagi, ujian percintaan bagi Samdol dan Cinta bermula. Dengan gaji sekecil RM700 Samdol cuba untuk membantu kewangan Cinta dan memastikan hubungan mereka tidak terputus. Hampir separuh gaji Samdol dibahagikan setiap bulan untuk belanja dating, kredit dan sedikit duit saku untuk Cinta. Bayangkanlah, bagaimanakah Samdol mampu bertahan dengan wang RM300-Rm400 hidup di Kuala Lumpur. Makanan harian ketika itu, nasi lemak berulamkan biskut kering ataupun meggi kari.

HOUSEMATES YANG MEMBANTU SAMDOL

Kadang-kala, ketika Samdol kekeringan duit, Samdol sanggup makan biskut dengan kicap ataupun biskut dengan mentega demi kasih sayang kepada Cinta. Samdol xmahu orang lain simpati dengan dia. Oleh itu, Samdol selalu makan ketika housematesnya (5 orang) sudah tidur atau pun keluar.

Sehinggalah, suatu awal pagi itu, Samdol pergi ke dapur untuk makan biskut dengan kicap. Tiba-tiba, tanpa di sedari rakan sebilik Samdol mengekori dari belakang. Rakan Samdol bernama Amin terus berlinang air mata bila melihat Samdol makan biskut dengan kicap dengan lahapnya. Samdol terkejut dan tergamam – bila masa pula si Amin nie mengekorinya. Tak pernah seorang rakan menangis untuknya.

Amin kemudian ke bilik dan muncul kembali ke dapur dengan membawa duit RM10 untuk diberikan kepada Samdol. Samdol pada mulanya menolak tetapi Amin tetap berkeras mahu Samdol mengambilnya.

Di samping Amin, housemate yang selalu membantu Samdol adalah Janny. Di mana Janny sering masak untuk dikongsi bersama dengan Samdol. Walaubagaimapun, Janny hairan melihat Samdol yang sering kekurangan wang. Lalu, pada suatu hari, Janny bertanya kepada Samdol;

“Ke mana pergi duit nko ni Samdol? Aku hairan betul. RM700 ratus tu dah kira bolehlah juga nko nak makan setiap hari. Sewa umah pun kita share, nko bayar RM100 je”.

Samdol menjawab dengan ikhlas ” Sebenarnya macam ni, aku share duit gaji aku dengan awek aku. Dia tengah cari keje. Aku nak kena support die. Biarpun mcm tak mampu, tapi inilah usaha aku.”.

Janny mengelengkan kepala dan berkata. ” Aku bukan apa Samdol, nko yakin ke dengan awek nie. Confirm ke dengan dia nie. Nanti clash macamana?”

Samdol menegaskan, ” Confirm siot!!!”

CINTA LRT

Dengan gaji yang kecil, Samdol tetap ingin memberi kebahahagian kepada Cinta. Seboleh-bolehnya, setiap minggu Samdol mahu berdating dengan Cinta. Pada ketika itu, Lrtlah yang menjadi platform mereka untuk berdating dan bercinta.

Kerana beban yang ditanggung oleh Samdol semakin menekan selepas beberapa bulan. Suatu hari di Subang Jaya, berlaku pertengkaran antara Samdol dan Cinta. Cinta meminta Samdol membelikan french fries. Tetapi Samdol memberitahu yang dia sudah ‘out of budget’. Tetapi Cinta xpercaya kemudian terus merajuk. Samdol tiba-tiba jadi berang bila melihat Cinta merajuk sebegitu. Seolah-olah dia tidak faham tentang kesusahan yang dihadapi olehnya. Samdol cuba memujuk Cinta tetapi Cinta tetap merajuk tak mahu bergerak dan menangis teresak-esak. Samdol semakin berang. Dan kemudian Samdol terus melangkah pergi jauh dari Cinta.
Tiba-tiba, Cinta menghubungi telefon bimbit Samdol. Cinta marah Samdol kerana nak tinggalkan dia keseorangan. Cinta tak ada 1 sen ketika itu. “Ya Allah! Samdol betul-betul terlupa yang Cinta belum ada kerja dan memerlukan bantuan kewangan dari Samdol. Samdol berlari bergegas menuju ke Cinta di stesyen Komuter Subang Jaya. Samdol memujuk Cinta sepenuh hati. Maafkan saya!

bersambung….


“Samdol sanggup makan biskut dengan kicap ataupun biskut dengan mentega demi kasih sayang kepada Cinta.

Gambar yang dimuatkan di dalam cerita ini sekadar hiasan sahaja. Cerita ini merupakan rekaan semata-mata yang tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

ANDA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENIRU ATAU MENGGUNAKAN MANA-MANA KARYA DALAM BLOG INI UNTUK APA-APA TUJUAN TANPA KEBENARAN PEMILIK KARYA TERSEBUT. INI HAK CIPTA PERIBADI.


YOU ARE NOT ALLOWED TO COPY OR USE ANY ARTWORK FROM THIS BLOG FOR ANY REASONS WITHOUT PERMISSION BY THE ARTWORK’s OWNER. THESE ARE PRIVATE COPYRIGHT.

MEOZEQ’s WEBCOMIC 2009