Archive for March, 2009
Sayang sangat sangat kat awak (Part 5 of 5)
Mar 30th
Di rumah Mak Cinta, Klang.
“Awak jom balik. Jom balik. Kalau tak saya balik sendiri naik komuter!!!” ugut Cinta kepada Samdol.
Samdol mengikut kata Cinta dan terus ke kereta untuk membawa Cinta pulang ke KL. Dalam suasana yang tegang itu, Mak dan kakak Cinta sempat berbisik kepada Samdol – memberi sokongan moral untuk memujuk Cinta.
Di dalam kereta, Higway Kesas.
Tetapi, Cinta berkata bahawa dia sebenarnya sayangkan Samdol. Kemudian, Cinta meminta Samdol supaya terus menjadi sahabat sehingga ke akhir hayat. Please jangan hilang contact.
Samdol terpaksa bersetuju kerana itu cara sahaja dia dapat berjumpa dengan Cinta.
Bagi memulakan persahabatan yang baru di antara Samdol dan Cinta, malam itu Cinta belanja Samdol menonton wayang dan makan pizza di KLCC. Malam itu, umpama KLCC juga mengerti akan kesedihan Samdol. KLCC pada malam hari Ahad itu amat lengang dengan pengunjung dan air pancut serta lampu-lampu disekeliling di hadapan Suria KLCC tidak dipasang. Suasana KLCC suram seperti hati Samdol yang sangat sangat teramat kecewa.
Bermulalah persahabatan hipokrit di antara Samdol dan Cinta…..
Itulah semangat baru Samdol. Mak Cinta memberi restu untuk meneruskan perjuangan mendapatkan Cinta.
Sejak itu, Samdol memberikan terbaik kepada Cinta. Untuk menembus kesalahan lampau. Di mana Samdol tidak dapat berikan Cinta kepuasan yang diingini.
Walaubagaimanapun, Samdol menghadapi kesakitan yang tak pernah dirasai selama ini. Samdol terpaksa melihat wajah sebenarnya Cinta. Rupa-rupanya, selama ini Cinta sering bersosial dengan lelaki lain selain dari dia. Dengan kata lain dating dan berjalan-jalan dengan lelaki lain. Di antaranya Yang Amri (si tua), Aripin, Jeffry, Hamimi, Agus, tuan rumah sewa dan banyak lagi yang tidak diketahui oleh Samdol. Kenapa Cinta berubah sebegini? Apakah Cinta tidak memikirkan tentang maruah seorang perempuan? Adakah dia culture shock? Apakah?
“Saya sepi dan bosan. Awak selalu sibuk dengan dunia awak!” jawab Cinta kepada segala pertanyaan Samdol.
Kini Cinta bergembira dengan pakwe tuanya, manakala Samdol terpaksa tahan sakit dalam hati dan menahan sebak diperlakukan sebegitu. Tubuh nampak sihat, tetapi hatinya pecah luka disiat2 dengan pisau.
Samdol kehilangan sumber inspirasi…
Namun, biarpun Cinta sudah ada Pakwe tua itu, tetapi Cinta dan Samdol masih lagi berjumpa dan bercintasetiap hari/ malam. Kali ini Samdol berikan segala-galanya. Layanan paling kelas. Tahap tertinggi. Paling romantik seolah-olah Cinta itu isterinya. dengan Samdol hampir
Malah berkali-kali Cinta menegur Samdol supaya jangan mengatal dengan perempuan lain. Apakah? Samdol confius. Tapi Samdol tahu Cinta masih sayangkan dia. Tidak lupa juga Mak Cinta masih memberi kata-kata semangat kepada Samdol!!!
KLCC merupakan tempat yang istimewa bagi Samdol. Kerana di sinilah Samdol dan Cinta selalu berjumpa dan berdating. Setelah beberapa bulan berlalu, suatu petang Samdol ketika pulang dari kerja. Waktu Maghrib sudah hampir ke penghujungnya. Jadi Samdol terpaksa singgah ke KLCC untuk bersolat. Samdol pergi ke surau KLCC (aras bawah) untuk bersolat Maghrib.
Sesudah selesai bersolat, Samdol terfikir untuk singgah ke kedai buku kinokuniya. Layan komik2 best juga. Jadi, Samdol pun bergegas pergi ke arah tingkat atas. Tiba-tiba, Samdol ternampak Cinta sedang menunggu seseorang di suatu sudut.
Samdol menyapa Cinta, “Hi awak, buat kat sini.”
“Awak, pergilah dari saya. Sikit lagi pakwe saya nak datang. Awak nak jumpa dengan dia ke?” jawab Cinta.
“Tanaklah. Saya benci dia.”
Samdol menarik muka. Sakitnya dalam hati. Inilah dinamakan kecewa. Sesampai di kedai buku, hati Samdol memang sudah tak keruan. Celaka orang tua merampas awek Samdol.
“Awak curang, awak dah janji dan sumpah nak hidup semati dengan saya dulu.” – mesej yang dihantar kepada Cinta ketika itu.
Samdol tidak boleh menikmati komik2 di kedai buku itu. Hati sudah sakit. Tak sampai 10 minit Samdol pun bergegas berjalan keluar ke arah taman KLCC suria.
Dalam perjalanan, perkara yang tidak diingini muncul di hadapan Samdol. Samdol berselisih dengan pasangan riang ria Cinta bersama dengan Pakwe tuanya. Cinta cuma menjeling dan tersenyum kepada Samdol. Seolah-olah tidak mengenali Samdol. Ketika itu, jantung terputus jatuh kebuah pinggang. Sakit di hati seperti ikan pirana mengigit2 berdarah luka bernanah. Sampai hati Cinta! Tak guna org tua perampas!
Samdol tak tahan menahan sebak, Samdol menangis tak berlagu seorang diri di tengah-tengah taman KLCC. Inikah balasan pengorbanan dan kesetiaan bermati-matian yang telah dicurahkan Samdol kepada Cinta? Samdol dah bagi semua kudrat dan setia xbelah bagi kepada Cinta.
Samdol mencapai handsetnya, kemudian menelefon Mak Cinta. Meluahkan perasaan.
“Saya dah tak tahan Makcik, sakit sangat”
Akhirnya, Mak Cinta berkata, “Samdol, mulai dari sekarang kamu jauhkan diri dari Cinta. Carilah orang lain. Kesian aku tengok kamu. Makcik sayang kat kamu. Tapi mungkin bukan jodoh. Kamu doa-doalah. Anak makcik tu memang tak berhati perut. Kesian kamu…..”
Malam itu, Tuhan memberi petunjuk kepada Samdol supaya berhenti mengharap sesuatu yang palsu. Samdol bukan putus asa. Tetapi dia menimbangkan nasihat Mak Cinta….. Samdol terpaksa pasrah. Serah kepada takdir dan jodoh Tuhan. Setakat ini sahaja usaha.
KLCC menjadi saksi.
Beginilah pengakhir percintaan sayang sangat-sangat kat awak….
Dulu sayang sangat-sangat…
Bulan lepas frust sangat-sangat…
Semalam sakit sangat-sangat….
SANGAT-SANGAT SAKIT….. SAKIT SANGAT-SANGAT….
Kini TAK sayang sangat-sangat kat awak….
YOU ARE NOT ALLOWED TO COPY OR USE ANY ARTWORK FROM THIS BLOG FOR ANY REASONS WITHOUT PERMISSION BY THE ARTWORK’s OWNER. THESE ARE PRIVATE COPYRIGHT.
MEOZEQ’s WEBCOMIC 2009
Sayang sangat sangat kat awak (Part 4 of 5)
Mar 27th
Entah mengapa, sejak dari menara gading sehingga ke alam pekerjaan, Cinta sering menghadapi masalah kewangan. Lelaki mana sanggup melihat kekasih pujaan hati merana kelaparan dan kesusahan. Demi kasih sayang cinta sejati tangkap lentok jiwang meleleh-leleh, Samdol memberi segala bantuan yang termampu kepada Cinta.
Malangnya, Cinta masih ditekan dengan masalah familinya yang sering meminta duit. Samdol amat tidak puas hati. Sampai hati famili Cinta buat begitu. Cinta terpaksa makan meggi. Mahu tak mahu, Samdol terpaksa membantu kewangan Cinta. Sayang sangat-sangat.
Pada suatu malam, ketika samdol dan Cinta sedang berdating, tiba-tiba Mak kepada Cinta menelefon Samdol, meminta duit sebanyak RM500. Ketika itu, Samdol meletup dan meluahkan segala perasaan tak puas hati kepada Mak Cinta. Kenapa nak minta duit lagi? Sedangkan duit gaji Cinta habis mereka ambil? Masa belajar di U juga, habis duit biasiswa digunakan oleh familinya.
Sejak dari malam itu, Samdol tidak bercakap dan menghubungi famili Cinta. Api semakin besar.
Konflik semakin menyemarak apabila hubungan Samdol dan Cinta masih tiada ikatan di duga dengan pelbagai ujian. Mereka berdua cuma berpegang kepada janji dan sumpah setia untuk sehidup semati.
Cinta : Semakin hanyut dengan arus kehidupan metropolitan.
Samdol : Tidak fokus dalam perhubungan.
Gabungan formula perpisahan yang menarik.
Perpisahan bermula.
Mulalah pelbagai masalah di antara mereka. Perkara kecil dan remeh temeh menjadi isu besar. Gaduh gaduh gaduh dan gaduh. Clash, rujuk, clash, rujuk, clash, rujuk dan entahlah….
Akhirnya, selepas 5 tahun ikatan rapuh (umpama pakatan rakyat hehehehe) itu bertahan, Cinta telah meninggalkan Samdol. Pergaduhan yang terakhir adalah berkenaan Samdol xpuas hati Cinta asyik bercakap tentang lelaki dan Cinta yang telalu mesra dengan lelaki lain. Malah Samdol berkali-kali secara senyap membaca message di handset Cinta melayan lelaki lain. Samdol terpaksa marah. Samdol berhak marah. Cinta merajuk besar. Cinta tak mahu jumpa dengan Samdol yang dikatakan terlalu garang dan tidak memahaminya. Cinta terus menghilangkan diri. Hilang dengan perasaan egonya.
Biarpun marah, Samdol tetap sayang sangat sangat kat awak……….
Setelah sekian lama, Cinta menghilang dan menyepi. Samdol menjadi rindu teramat nak jumpa Cinta. Nak call Cinta, dia dah tukar no telefon. Macamana? Bagaimana? Susahlah macam nie.
Perkara pertama yang Samdol buat adalah mengirim surat di rumah bujang Cinta. Kemudian mencari kawan-kawannya dan kemudian familinya. Samdol memberi segala yang termampu, telefon, e-mail, kad, hadiah dan bunga. Bertalu-talu Samdol kirimkan.
Akhirnya, Samdol berjaya bertemu dengan Cinta di rumah mak Cinta di Klang. Samdol terpaksa berhadapan dengan Cinta dan juga famili Cinta yang sudah hampir 2 tahun Samdol tidak menghubungi. Biarpun, ia agak perit, tetapi Samdol bertekad untuk meneruskan perjuangan cinta dan kasih sayang kepada Cinta. Samdol mesti berhadapan dengan masalah itu.
Dengan bersungguh-sungguh Samdol meminta maaf sepenuh hati jiwa raga kepada Cinta dan Maknya. Mengalir air mata mengeletar tangan Samdol. Sudah hampir 2 minggu tak lalu makan dan tak cukup tidur kerana terlalu fokus untuk mencari dan mengejar Cinta. Tolonglah terima kemaafan Samdol untuk kali terakhir. Inilah detik-detik cemas dalam hidup Samdol.
“Maafkan saya Cinta”
“Maafkan saya Makcik”
“Saya sayang sangat sangat kat Cinta. Saya sudah lama terima keluarga Makcik, kalau saya tak suka keluarga Makcik, sudah tentu dah lama saya tinggalkan Cinta.”
“Saya sayang Cinta sampai ke syurga”
bersambung lagi…..
ANDA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENIRU ATAU MENGGUNAKAN MANA-MANA KARYA DALAM BLOG INI UNTUK APA-APA TUJUAN TANPA KEBENARAN PEMILIK KARYA TERSEBUT. INI HAK CIPTA PERIBADI.
YOU ARE NOT ALLOWED TO COPY OR USE ANY ARTWORK FROM THIS BLOG FOR ANY REASONS WITHOUT PERMISSION BY THE ARTWORK’s OWNER. THESE ARE PRIVATE COPYRIGHT.
MEOZEQ’s WEBCOMIC 2009
Sayang sangat sangat kat awak (Part 3 of 5)
Mar 9th

Itulah manusia, selalu tak puas apa yang ada.
bersambung…
Gambar yang dimuatkan di dalam cerita ini sekadar hiasan sahaja. Cerita ini merupakan rekaan semata-mata yang tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
ANDA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENIRU ATAU MENGGUNAKAN MANA-MANA KARYA DALAM BLOG INI UNTUK APA-APA TUJUAN TANPA KEBENARAN PEMILIK KARYA TERSEBUT. INI HAK CIPTA PERIBADI
YOU ARE NOT ALLOWED TO COPY OR USE ANY ARTWORK FROM THIS BLOG FOR ANY REASONS WITHOUT PERMISSION BY THE ARTWORK’s OWNER. THESE ARE PRIVATE COPYRIGHT.
Kemunculan kembali
Mar 9th
-
Fokus kepada proses pembelajaran ditempat keje baru.
-
Laptop terkena virus.
-
Berokband dah xde (ini taip di CC nih)
-
Kehilangan sumber inspirasi.
-
Proses dan perjuangan mendapat kembali cinta palsu (ini yang banyak makan masa saye nieh. dah usaha, sekarang kena bertawakal)













Komentar Terbaru