Gerhana : Kemunculan Pakatan Webkomik?

Posted by
5
Saya cuma sekadar seorang peminat setia kartun / komik online / webkomik. Saya amat berminat untuk melukis kartun / komik biarpun banyak kali karya-karya saya telah direjek. Tidak mahu putus asa. Kemunculan saya di arena kartun / komik online dan adalah untuk memenuhi impian dan kekosongan hidup. Cewah… sgt gediks. huhuhu…

Mcm gempak je gile ah ding dong. Just nak habaq mai kat korang, Meozeq Webcomic sudah kembali selepas berbulan-bulan terkubur & bersawang. Maaf kerana menghampakan banyak pihak. Kini, kembali pada format asal… diupdate sekerap mungkin. Projek update setiap hari tidak berjaya kerana masalah teknikal.

Jom kita layan MEOZEQ WEBCOMIC: Webkomik Indie Malaysia. FREE ONLINE COMIC /CARTOON. Himpunan karya-karya indie online yang terbaru!



KALI INI MENAMPILKAN :-

Cartoonria – Brader Joe
Brader Joe merupakan seorang kartunis online yang tidak asing lagi. Bro ini menghasilkan banyak karya-karya webkomik yang mempertaruhkan stroke kartun/komik tempatan. Karya-karya beliau banyak dipengaruhi oleh Gila-Gila, Ujang, Xpdc, Rock Kapak, dan sebagainya. Kelakar tahap gabanlah! Huhuhu.

Demi Cinta (Part 1) – Hanri
Zik, ketua pelajar Kolej Elementari Medan Baru telah mendapati bahawa seorang pelajar baru mempunyai kaitan dengan kisah silamnya. Apakah? Karya hebat dari komikus yang giat melukis secara online dan media cetak independent. Beliau yang sedang menuntut di negara Timur tengah ini kerap muncul dalam Forum IluvIslam dan Alwan Comics.

Alamgir (Part2) : Kelahiran Alamgir – Tenfaz
Kemunculan tikus kecil masih misteri. Tikus kecil itu mempunyai rahsia kuasa misteri yang bakal didedahkan dalam episod ini. Apakah kuasa yang bakal disalurkan oleh tikus kecil itu? Pastikan anda membaca karya Sci-Fi hebat ini. Lukisan & cerita oleh komikus online yang juga low-profile bergelar Tenfaz.

Lagenda Tendong (Part 2) – Kanben
Amriz cuba menyelamatkan Sakina daripada serang makhluk yang aneh. Adakah Amriz akan berjaya menyelamatkan Sakina? Ini merupakan sambungan daripada Bahagian 1. Kanben merupakan komikus independent yang amat popular di Alwan Comics. Kini, beliau masih giat melakukan kerja-kerja seni disamping sedang menuntut di negara matahari terbit.

Tuturkatun – Ijoi
Yipie, Brader Ijoi kembali lagi di Meozeq Webcomic. Kali ini Brader Ijoi akan memberi Tutorial melukis kartun yang sempoi. Tutorialnya pun dalam bentuk kartun! Pastinya Tutorial ini tidak membosankan seperti buku teks kat sekolah tue. Brader Ijoi merupakan kartunis freelance yang melukis secara online & juga dalam media cetak seperti akhbar & majalah-majalah.

Sinetron 5a : Kisah Citi, Myum dan Ayam – Zil-el-Saif
Karakter yang cute & comel. Crossover antara Meozeq Webcomic dan IbrahZine. Lukisan mantap dari Ustaz Zil-el-Saif kite. Light & easy. Pastinya, hiburan yang positif untuk santapan minda dan rohani.

Alien – Faarihin
Alien-alien comel yang menceriakan hari anda! Kartun indie yang diluahkan oleh seorang blogger berpengalaman dan popular, Faarihin.

Conteng conteng – Haxe Doku
Koleksi skecthes yang eksklusif dari seorang blogger yang menghasilkan karya-karya ketika masa lapangnya. Blog Haxe Doku ini mempunyai mempunyai ramai pengunjung setiap hari ini.

Artwork@Karbon – Buckethead
Bosan dengan karya kontemporari? Artwork@karbon merupakan koleksi hasil karya unik yang menyentuh emosi, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Dihasilkan oleh senior member pergh.com, Buckethead (a.k.a Fandi). Beliau juga seorang blogger yang aktif.

Layan – Lubok
Anda bosan dengan cerita yang kompleks, skema dan panjang. Jom kita rileks kepala dengan karya-karya unik & pelik dari kartunis amatur, Lubok. Kemunculan pertama dalam website ini.

SEJARAH MEOZEQ

KELAHIRAN MEOZEQ WEBCOMIC BERMULA APABILA DUA SAHABAT LAMA, MEO DAN ZEQ BERTEMU SEMULA PADA AKHIR TAHUN 2006. WEBSITE INI BERMULA SEBAGAI SEBUAH PLATFORM UNTUK 2 SAHABAT MEO & ZEQ MELUAHKAN HASIL KARYA MEREKA DEMI KEPUASAN SENI MEREKA. JUSTERU ITU, WEBKOMIK INI TELAH DINAMAKAN SEBAGAI MEOZEQ, HASIL GABUNGAN DUA NAMA SAMARAN TERSEBUT.

MEOZEQ WEBCOMIC BUKAN SEBUAH SYARIKAT, PERSATUAN DAN PERNIAGAAN UNTUK MENDAPATKAN KEUNTUNGAN. IA ADALAH EKSPRESI SENI YANG BERTUNASKAN KECINTAAN DAN MINAT MENDALAM TERHADAP KOMIK/ KARTUN DIGITAL ONLINE DARI NUSANTARA.

SETELAH LEBIH DARIPADA 2 TAHUN, KINI, MEOZEQ WEBCOMIC TELAH MENJADI SEBUAH PLATFORM YANG MENGUMPUL HASIL KARYA-KARYA INDIE ONLINE KHUSUSNYA KOMIK, KARTUN, LUKISAN DIGITAL, SKETCH, KARIKATUR, CERITA DAN SEBAGAINYA. KINI, KAMI MENGELARKAN IA ‘WEBKOMIK INDIE MALAYSIA’.



USAHA INI MASIH DITERUSKAN SELAGI MASIH MENDAPAT SOKONGAN DARI ANDA.

THIS IS NOT THE BEST WEBCOMIC IN MALAYSIA….

THIS IS JUST A TRIBUTE


Kirimkan karya-karya anda segera kepada e-mail di bawah…

meozeq(a)yahoo.com.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed under: Webcomic, Website | Tags: | July 22nd, 2009

5 Responses

  • iza~de~bintang | July 22nd, 2009 @ 9:30 am

    wah meriahnya..ramai pekomik jemputan ni. selamat maju jaya, jangan mengalah :)

  • ZARA ?? | July 22nd, 2009 @ 9:35 am

    wah~

    ramainya~

    harus bagus2 belaka~

  • meo188 | July 24th, 2009 @ 11:00 pm

    iza:
    yup :D

    zara:
    baguih dok ada!

  • hiddenblade | July 29th, 2009 @ 9:41 am

    ????!!

  • meo188 | July 30th, 2009 @ 12:26 am

    uiks… apakah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>