10
Kata pendahuluan
Posted by meo188
Assalamulaikum dan Salam Webkomik,
Hari nie sy nak tulis banyak2 sikit. Hari nie 9hb Disember 2009. Maksudnya dah 2 bulan, FreeWEBcomic nie diapungkan di world wide web. Ceh, konon ala2 mengapungkan syarikat di bursa saham gitu2… poyo siot, huhuhu.
Blog/website ini, telah bemula pada 9hb oktober 2009. Tarikh itu dipilih bersempena hari lahir diri sendiri. Orang lain dah tanak bagi hadiah, jadi dengan rase ‘loser’nye memberi hadiah kepada diri sendiri. Sadis tapi terase best gile. Hadiah buat website baru untuk diri sendiri. Sangat hepi tak ingat.
Blog ini telah dibangunkan & reka khas oleh Encik Firdaus. Encik firdaus merupakan kawan baik kepada Encik Mijie (watak utama dalam cite ‘Migrain’). Panjang cerita die. Tapi, dengan pertolongan ikhlas tulus suci Encik Firdaus, impian saya untuk memiliki blog interaktif komik/kartun online tercapai. Sokongan padu Encik Firdaus merupakan antara penyebab utama, saya masih cube untuk melakukan yang terbaik untuk perjuangan webkomik. Tidak lupa juga komen2 panas daripada Encik Mijie banyak membantu.
Di samping beliau, Encik Fandi yang banyak memberi idea bernas dan sudi memberikan seberapa banyak bantuan untuk blog ini. Kartunis low-profile, Encik Ijoi yang masih lagi sudi menelefon, emel & menghantar mesej untuk meneruskan perjuangan. Encik Berusa yang diam2 berisi, sudi memberikan illustrasi bermutu tinggi dalam blog ini. Zil-el-Saif yang masih sudi meneruskan lagi usahasama atau pakatan yang telah lama terjalin. Encik Tenfaz yang memberikan sumbangan komik2 gempak beliau serta kata2 semangat kepada saya. Hanri & Kanben yang sentiasa dengan selamba je memberikan saya komik2 untuk disiarkan di dalam blog yang lepas dan kini. Sebenarnya banyak nak tulis… diringkaskan di sini, terima kasih kepada Emi Mafia, Encik Seediq Segaraga, Encik Rahmanraof, Encik Alifstyle (my idol), Encik Rusydee, Zeq (rakan kongsi lama), Cik Faarihin, Brader Joe, Encik Kamil, Encik Amykane555, Encik Haxe doku dan banyak lagi yang tak tertuliskan sini.
Tak lupa juga kepada yang masih sudi singgah kat blog nie… terutama yang telah lama mengikuti blog meo188.blogspotyang lepas. Tengkiu2 untuk terus meluangkan masa di blog yang xseberape ini. Nanti saye akan tulis entri khas untuk semua pengunjung, tukang komen dan para follower.
Bagi yang masih baru dengan FreeWEBcomic, ini adalah serba sedikit tentang sejarah penubuhan FreeWEBcomic. FreeWEBcomic ini merupakan kesinambungan dari website webkomik “Meozeq Webcomic” yang telah berjaya mengumpul banyak karya-karya online tempatan & Indonesia. Kini FreeWEBcomic ini adalah gabungan Meozeq Webcomic, Meo188’s Blog (blog peribadi) dan CipanStudio (blog dengan Encik Safwan).
Masih mengekalkan konsep yang sama seperti Meozeq Webcomic dulu, freeWEBkomik bukanlah website bermotifkan keuntungan, bukan syarikat, di bwh apa2 persatuan, kumpulan2 parti politik, mazhab, paksi2 puak liberal, kapitalis, sosialis, yahudi dan sebagainya. freeWEBkomik adalah 1 platform webkomik yang bebas dan indie. Bergerak sendiri dan bebas.
Objektif FreeWEBcomic adalah mngumpul seberapa byk komik/kartun strip online di malaysia. Untuk memeriahkan lagi scene webkomik Malaysia.
Ditambah lagi dengan kisah perjuangan peribadi saye. Luahan perasaan yang penuh emosional dan bersemangat dikongsi bersama rakan2 blogger dan para pengunjung. Saya banyak meluahkan perasaan di blog nie, kerana kebanyakkan rakan2, keluarga dan sanak saudara tidak tahu menahu tentang blog ini dan mereka pun xtahu saye suke melukis. FreeWEBcomic ini umpama dunia kedua saya. Identiti kedua. Lebih kurang mcm secret identiti mcm hero dlm drama bersiri SmallVille.
Saye mengambil kesempatan ini, dengan berbesar hatinya saye (dan rakan2 lain)menjemput kepada sesiapa yang sudi untuk memberi sumbangan karya2 untuk blog ini. Kami xpandang sangat kepada lukisan tetapi kami pentingkan cerita. Terutama cerita yang lahir dari luahan perasaan. Gerenti best. Oh yeah! Saye masih tiada peruntukan dana untuk membayar apa2, tapi saye akan pastikan kredit akan diberikan kpd pengirim karya. Jika ada blog, blog itu akan dilink dengan blog ini.
Sila e-mailkan sumbangan karya kepada:-
encikmeor(a)yahoo.com
This is not the best webcomic in Malaysia,
This is a tribute.
This is 4 the love of webcomic!
Terima kasih!





yanamibpeminatsetiameo188 | December 9th, 2009 @ 8:31 pm
IDUP MEO188!!weeee~
sgt hebat oh tribute ni…sy x reti nk wat ayt2 cemni…huhuhu~
keep on blogging ye, x komen xbermakne sy xsinggah cni =)
niesz | December 9th, 2009 @ 10:01 pm
tahniah ek en.meor..da 2 bln da blog ni..hihi..teruskan berblogging yer..
riBEna | December 10th, 2009 @ 3:00 am
teruskan usaha lagi k abg meo..chaiyok3!!! =)
'aqilah | December 10th, 2009 @ 8:42 am
teruskan berusaha pm mior ! saye sentiasa dibelakang…hehehe
si lampu neon | December 10th, 2009 @ 9:40 am
waaaaaa kire club comic indie la ni
mizzAmy | December 10th, 2009 @ 10:35 am
pergh… dalam sejarah nih. 1st time entri en meor ni panjang berjela.
lionteen | December 10th, 2009 @ 11:25 am
epy besday la tuk blog ni..hehe
hari ni cik meor ni bekate2 dgn pjg lebar yek..
xpe2..
truskan aktvt bercomic ni yek
meo188 | December 10th, 2009 @ 6:26 pm
tq2..
entri ni sgt poyo… rs nk delete sj.. huhuhu
arnamee | December 10th, 2009 @ 6:41 pm
Salam meo,
erm, ta poyalah meom ,ayat pun best, tak semua dikurniakan bijak menulis begini.pandai menghargai org, awak ni:)
firdaus | December 10th, 2009 @ 7:42 pm
sedikit mengenai encik mijie.
Encik mijie ialah bekas rakan sepejabat encik meo di sebuah bank awam terkenal di Malaysia. Masih bekerja dibank tersebut sambil meneruskan pelajaran part time sebagai student CFP.
Encik mijie ialah rakan sekelas yang duduk sebelah saya disekolah menengah dahulu. Dia juga gemar melukis tapi kerjaya sebagai juruaudit dalaman yang selalu bekerja di luar kawasan membuatkan beliau terpaksa melupakan hobi beliau.
Beliau berusia 26 tahun dan masih single oh ye!. Boleh mintak nombor HaPenya dgn encik meo jika berminat hehe
fandi | December 11th, 2009 @ 9:30 pm
promo kawan nampak firdaus? ya selamat ulangbulan ke 2 kelahiran site ini.. juga untuk cik meo.. dan cadangan tinggal cadangan kalau takde kederat nak diperah.. da baca perak darul kartun?
meo188 | December 11th, 2009 @ 10:53 pm
@arnamee –
yeke… ok tq…
@firdaus –
nak tambah juga di sini. Encik Mijie memiliki sebuah kereta Gen2 dan sebuah apartermnt mewah di tmn melawati. huhuhu
@fandi –
ok2… jom buat keje…. kurngkan kotroversi tingkatkan produktiviti
Queila | December 11th, 2009 @ 11:58 pm
cayook2…ihih
meo188 | December 12th, 2009 @ 2:28 am
@Queila –
tq
Faarihin | December 12th, 2009 @ 10:59 am
salam incek meo..
wah.. memang panjang sket dpd biasa.. hehehe..
tq sudi menyelit2kan alien sy yang tak comey itu di sini.. ape2 pun.. good luck incek meo.. (^__^)