Pagi hari minggu sebelum The Housemates : Meon, Mat Ed dan Mat Jeling pergi berpeleseran dengan  hal masing2 (melukis, lepak2, dating, etc). Seperti biasa, mereka akan berjogging di taman tasik berdekatan dengan rumah pada waktu pagi.

Jogging baik untuk kesihatan. Membuang segala kalori, sisa toksik dan peluh selepas 5 hari asyik duk opis. Disamping berjogging, boleh menghirup udara segar di Taman (walaubagaimanapun, kena hati2 juga takut terhidu bau apek2 tak mandi yang g jogging). Tidak lupa juga, mereka turut membuat senaman mata memerhatikan kecantikan gadis2 Malaysia. Harharharharhartakarun.

Jogging tak leh lame. Setengah jam cukuplah. Nanti lame sgt boring lak. Kemudian, Meon, Mat Ed dan Mat Jeling pergi ke gerai Nasi Lemak best di Desa Pandan. Nasi lemak dengan paru2 (pelampung). Mat Ed pesan nasi lemak dengan sambal sotong dan Mat Jeling pesan roti telur. Tak cukup dengan nasi lemak, Meon dan Mat Ed pesan lagi roti kosong garing. Beli suratkhabar dan sembang2 tentang masalah politik negara. Pergh memang best. Makan nasi lemak 2 jam. Ok tak?

Sebelum balik, beli lagi nasi lemak untuk makan tengahari. Save budget konon2… Huhuhuhu

Entri ini adalah kempen Gaya Hidup Sihat di freeWEBcomic. Jagalah kesihatan.

Gambar dari Akhbar Kosmo. Apakah?