Zulkifli Noordin yang merupakan bekas tahanan ISA ini adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah (P 18 ) dari Parti Keadilan Rakyat(PKR). Beliau dilahirkan di Kg. Carok Bemban, Batu 42, Baling, Kedah pada 19 Februari 1962.

Mendapat pendidikan awal di Ashby Road (English) Primary School, Ipoh. Bersekolah menengah di Anderson School Ipoh dan King Edward VII Taiping. Pra Universiti di Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi sebelum melanjutkan pengajian ke New Zealand. Pengajian A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland dan akhirnya memasuki Victoria University of Wellington, New Zealand di antara 1982-1986.

“Di negara ini, segelintir golongan bukan Islam sudah begitu berani mencabar dan mahu meratah maruah umat Islam secara terbuka. Mereka menghina kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dan kufur. Mereka melabel kita sebagai pelampau dan ekstremis. Mereka memperlekeh syariat Islam dan institusi kita melalui tulisan dan ucapan mereka. Mereka mempertikai perlaksanaan hukum-hakam kita samada berkaitan aqidah, arak ummul qoba’is, mereka cuba membatalkan majlis maulidur Rosul yang menjadi syiar bagi umat Islam negara ini, dan banyak lagi perlakuan biadap dan melampaui batas ketamadunan tanpa sedikit pun perasaan hormat, takut atau gentar kepada kita.

Dan yang paling malang, ada dikalangan kita yang bersedia menjadi bajingan dan balaci mereka, menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung. Bila kafir ini meniup ke kiri, maka terkinja-kinjalah kita berjoget kekiri. Bila mereka mereka menghembus ke kanan, maka terkial-kial lah kita berzapin kekanan.”

- Zulkifli Nordin 26 Februari 2010

.

.

(p/s – sesiapa nak karikatur, sila contact saye di encikmeor(a)yahoo.com)