Kartunis Ujang dan hak nama pena ‘Ujang’

Posted by

Hak ‘nama pena’: Ujang perlu lawan Adun Kukup (Umno) – Zunar
Tuesday, 30 March 2010 9:10 AM
Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Mohd Noor ada asas yang kuat untuk mengguna nama penanya dalam setiap penghasilan karyanya, demikian kata Zunar ketika mengulas nasib temannya itu.

Dalam kenyataan terbaru, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee S M Anwar Ulhaque berkata, Ujang perlu sedia berdepan dengan Adun Umno Kukup Md Othman Yusof, iaitu bekas majikannya untuk mendapatkan semula haknya mengguna nama pena ‘Ujang’.

“Saya gesa Ujang tidak bersifat defensif menepis saman daripada Md Othman Yusof, tapi sudah sampai masanya beliau melancarkan tindakan mahkamah terhadap bekas majikannya itu untuk mendapatkan kembali hak nama pena beliau.

“Saya percaya beliau (Ujang) mempunyai kes yang kuat daripada segi undang-undang,” tambah Zunar lagi.

Ujang atau Ibrahim Mohd Noor, 40 berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan kini menampung kehidupan dengan bersumberkan rezeki melukis kartun, di samping isteri Zaihah Abdul Rahman, 42, bersama empat orang anak-anaknya; Mohd Syafiq (17), Syanaz (14), Syahim (9) dan Syauqi (4).

Zunar yang merupakan teman seperjuangan Ujang berkata, sejak meninggalkan Creative Enterprise kira-kira 15 tahun lalu, beliau dan teman baiknya itu tidak pernah bertemu sehinggalah di Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini.

Selama tempoh itu, kata Zunar, Ujang telah mengalami peristiwa jatuh bangun dalam kerjayanya sebagai seorang katunis. Setelah keluar dari Gila-Gila, beliau menyertai Moy yang dimiliki Md Othman Yusof yang menerbitkan majalah kartun Ujang.

Menurut Zunar, Ujang kemudiannya bertindak keluar daripada syarikat tersebut setelah berselisih faham dengan majikannya itu.

“Ketika Ujang bersama Moy, nama Ujang yang digunakan syarikat itu di kepala majalahnya telah didaftarkan oleh Moy.

“Akibatnya, melalui tindakan mahkamah, setelah keluar daripada Moy, Ujang tidak boleh lagi mengguna nama ‘Ujang’ dalam lukisan kartunnya, yang jelas merupakan nama pena beliau sendiri,” tambah Zunar lagi.

Zunar mengulas pertemuan beliau dengan Ujang dalam pertemuan di PBA KL baru-baru ini, yang antara lainnya turut menyentuh isu tersebut.
“Beliau menceritakan bagaimana beliau menerima puluhan saman dan injuksi mahkamah dari Md Othman bagi menghalang Ujang mengguna nama itu.

“Saya tidak mahu mengulas sebarang masalah beliau, sama ada dengan Creative Enterprise atau Moy mengenai hak cipta, kerana ia adalah masalah Ujang dengan syarikat-syarikat itu,” tambah pencetus komik-komik bersiri Gedung Kartun itu.

Beliau dalam kenyataannya yang terbaru, turut mengakui bahawa sesuatu hak cipta itu telah didaftar oleh syarikat, namun baginya adalah tidak adil jika kartunis tersebut turut dilarang daripada menggunakan ‘nama pena’ sendiri.

Untuk rekod, Ujang menggunakan nama pena itu sejak 20 tahun lalu, sebelum beliau menyertai Moy.

“Saya rasa, Md Othman tidak berhak menghalang seseorang kartunis daripada menggunakan nama pena dalam karya atau penerbitan lain. Ia bertentangan dengan prinsip akta hak cipta sejagat,” katanya lagi.

Tambah Zunar, kes Ujang dalam konteks ini adalah masalah bersama yang patut mendapat perhatian setiap kartunis.

“Jadi, saya menggesa semua persatuan kartunis seperti Pekartun dan Pekomik membuat pendirian yang jelas berhubung isu ini,” tambah Zunar lagi.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).

Dipetik dari : http://www.erapakatan.com/berita/hak_nama_pena_ujang_perlu_lawan_adun_kukup_umno_-_zunar/

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=6792

sumber : http://pergh.com/forum/index.php/topic,14531.0.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed under: Graphic, News, Peribadi | Tags: | April 15th, 2010

13 Responses

  • yanamib | April 15th, 2010 @ 12:03 am

    huyoo..mcm kesian lak naseb ujang tu..ermm~

  • Zil-el-Saif (The Encik Saif) | April 15th, 2010 @ 1:09 pm

    sama macam dalam arena gusti. Berbalah antara WWF(sekarang WWE) dengan the Ultimate Warrior pasal nama Warrior tu. Last2 James Hellwig (Warrior) tukar nama dalam IC dia kepada WARRIOR, WWE takleh nak buat apa dah… hahaha..

  • meo188 | April 15th, 2010 @ 2:10 pm

    @yanamib
    erm, truk kn? tp ikut legal, siapa yg betul kan…. entahlah

    @Zil-el-Saif (The Encik Saif)
    wah, the return of zil-el-saif…

    doa ku untuk kemunculan semula ibrahzine termakbul?

    oh, sy penah dgr cite tue… wwe mmg superduper capitalis. tp itulah….

  • IxoRa | April 15th, 2010 @ 2:27 pm

    cik pora tak leh jadi ujang…. ujang tak leh jadi cik pora….

    hihihihihihi……

  • meo188 | April 15th, 2010 @ 2:29 pm

    @IxoRa
    cik ixora jadi kucing sj. sesuai dgn imej… huhuhu :p

  • hans | April 15th, 2010 @ 4:56 pm

    kesian ujang

  • meo188 | April 15th, 2010 @ 9:28 pm

    @hans
    this netry… tribute to Ujang

  • zamz | April 15th, 2010 @ 11:39 pm

    emm sbb tu benda2 ni sume kena guna lawyer…kalau tak benda yg terang2 tak betul pun jadi betul

  • meo188 | April 17th, 2010 @ 11:06 am

    erm.. tulah… org berilmu lah yg menang…

  • Chan | June 15th, 2010 @ 2:00 pm

    errrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…saya mmg suka majalah ujang la…………………………………………………………………………………..

  • Chan | June 15th, 2010 @ 2:01 pm

    Emm…mungkin gak saya blh beli majalah ujang.

  • Chan | June 15th, 2010 @ 2:02 pm

    Eh,mano poie semuo…ceh…saya suka tiru pak cik din dlm ujang tu la…nye pun…

  • liey | October 15th, 2010 @ 5:03 pm

    aku mmg mnit kt ujang..majalah ujang skung dh byk mgarut lawaknya..pd bro ujang p kate bro msuk j kt majalah g3 b’gbunng ngn bro gayour@yanamib -

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>