9
Biasiswa JPA untuk pelajar yang berpotensi untuk cemerlang dan golongan berpendapatan rendah
Posted by meo188
Entri ini adalah untuk meluahkan perasaan kurang senang terhadap suara-suara perkauman yang berlegar-legar di media kini. Ada pihak menyatakan bahawa anak2 mereka cemerlang tetapi tidak dapat biasiswa kerajaan. Padahal, pendapatan golongan tersebut sudah mampu untuk menampung kos pembiayaan anak2 mereka. Mereka sudah kaya dan buat apa nak duit biasiswa lagi? Bagilah peluang kepada yang betul2 memerlukan. Anak-anak orang kampung dan miskin. Mungkin mereka tidaklah cemerlang seperti anak-anak orang berada, kaya dan tinggal di bandar, tetapi mereka berpotensi untuk cemerlang.
Keadilan bukan bererti sama rata. Tetapi keadilan adalah apabila bantuan diberi pada yang hak dan memerlukan. Agar tidak berlakunya keadaan di mana orang kaya makin kaya dan orang susah makin susah. Meritokrasi tanpa mengambilkira keadaan ekonomi sesebuah keluarga akan menindas golongan yang susah. Hentikanlah sikap pentingkan diri dan berilah peluang bagi pelajar2 yang berpontensi tetapi dalam kesusahan ini.
4 kriteria utama pemberian biasiswa JPA
1. Pencapaian akademik.
2. Penglibatan aktiviti ko-kurikulum.
3. Sosio ekonomi keluarga.
4. Prestasi temuduga.
.
huhuhuhu…
.
Agih secara adil – Tun M
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Julai – Pembahagian kekayaan negara tidak boleh dibuat secara sama rata untuk semua tetapi perlu dilakukan secara adil mengikut tahap sosioekonomi sesuatu kaum. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika kekayaan negara dibahagikan secara sama rata tanpa mengikut latar belakang sosioekonomi, mereka yang ketinggalan tidak mungkin dapat mengejar golongan yang berada di hadapan. Menurutnya, tujuan utama pembahagian secara adil adalah supaya pendapatan rakyat daripada setiap kaum disamakan dan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin tidak begitu ketara.
“Permintaan supaya tumpuan lebih diberikan kepada golongan bumiputera bukanlah satu perjuangan bersifat rasis tetapi bagi mencapai pembahagian kekayaan negara secara adil.
“Malangnya, kumpulan bumiputera paling ramai ketinggalan berbanding kaum lain, sebab itu tumpuan lebih perlu diberikan kepada mereka,” katanya pada Forum Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Kita, Siri Ketiga: Kepentingan Bumiputera Dalam RMK-10 yang disiarkan oleh RTM di sini, malam ini.
Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali serta kira-kira 500 penonton pelbagai kaum.
Pada penghujung forum tersebut, Dr. Mahathir turut dikejutkan dengan acara memotong pulut kuning sempena hari lahirnya ke-85.
Dr. Mahathir menegaskan, tidak elok jika permintaan bumiputera untuk mendapatkan cuma 30 peratus kekayaan negara dipersoalkan oleh mana-mana pihak memandangkan kaum tersebut mewakili kira-kira 60 peratus populasi rakyat Malaysia.
sumber:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2010&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm





aisumichan | July 9th, 2010 @ 12:25 pm
jarang meo buat entry ada pice sndri.. hehee.. hari nih baru ade..
hans | July 9th, 2010 @ 1:35 pm
ingat nak minta..tapi pointer sem lepas 3.2 jer
haih…
tension tul
miss lolly | July 9th, 2010 @ 2:05 pm
teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet
meo yg cumil.
meo188 | July 9th, 2010 @ 4:53 pm
@aisumichan –
erm, saje2 je letak… gmbr di UUM. Biasiswa buatkan sy tringatkan kampus life. One of the best memories in our life.
@hans –
belum cuba blum tahu bro… tak lepas ke?
@miss lolly –
this is 4 you….. (hahahaha…)
huda | July 10th, 2010 @ 6:30 am
hari tu gi uum tak nmpak meo pon? ;P
meo188 | July 10th, 2010 @ 3:02 pm
@huda –
pegi masa bulan oktober thn lepas…. huhuhuhu
kerja kosong | July 13th, 2010 @ 11:15 pm
betul tu, mesti adil la..
Samuel Nordmark | January 21st, 2012 @ 2:37 am
I have learned newer and more effective things as a result of your website. One other thing I’d really like to say is the fact newer laptop operating systems usually allow much more memory to be used, but they in addition demand more storage simply to perform. If a person’s computer could not handle much more memory and also the newest computer software requires that memory space increase, it is usually the time to shop for a new Laptop or computer. Thanks