17
PeKOMIK: Persatuan Penggiat Komik Malaysia
Posted by meo188
PeKOMIK merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 2007. Objektif utama kemunculan Pekomik adalah untuk merapatkan hubungan dan rangkaian pelukis komik, penulis komik, penerbit dan pembaca di Malaysia. Penubuhan persatuan ini bermula daripada buah fikiran pelukis komik, Azhar Abdullah (a.k.a Azharmaa) serta beberapa rakan bekas pelukis komik Urban Militia. Kemudian, idea tersebut telah dipanjangkan ke komuniti artist online paling aktif, Pergh.com. Sehinggalah impian tersebut menjadi kenyataan.
.
Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh PeKOMIK adalah seperti Anugerah Pekomik, PeKOMIK Mini-kon, 24 Hours Comic Day, bengkel2 melukis dan banyak lagi. PeKOMIK telah memberi nafas baru kepada arena komik tempatan yang kian berkembang dan semakin subur.
.
sumber: http://www.facebook.com/group.php?gid=34849494194, http://pekomik.blogspot.com/ & http://pekomik.com/berkaitan-pekomik





hans | July 17th, 2010 @ 6:14 pm
banyak juga kelab2 dan persatuan kartunis nih yer…
baru ku tau
ecah | July 19th, 2010 @ 1:29 pm
uih cam best je.. nak join! ahaha
masarts | June 14th, 2011 @ 11:32 pm
Assalamualaikum. Saya baharu saja terbitkan komik-blog saya berkisarkan kisah fictions dan dewasa.
Lukisan tidak secanggih mana tetapi untuk permulaan seperti komik2 Marvel diawal 60-an. Saya anggap ini adalah komik storyboard kerna lebih banyak penceritaan emosi dari lukisan. Silalah berkunjung dan memberi sebarang pendapat jika sudi dan Terima Kasih.