27
Reformasi versi kartun: Zunar & Konco-konco fail saman terhadap KDN
Posted by meo188
Pada 26 Julai 2010, kartunis Zunar (Zulkiflee Anwar Ulhaq) dengan bantu pihak MalaysiaKini, telah memfailkan saman terhadap Kementrian Dalam Negeri kerana mengharamkan buku/majalah kartun terbitan Zunar dan konco-konconya. Alasan KDN untuk mengharamkan penerbitan buku/majalah adalah tidak konkrit. Zunar & konco-konco mempersoalkan bagaimana kartun-kartun politik yang secara satira memberi komen mengenai politik serta ahli-ahli politik Malaysia boleh mengancam ketenteraman awam.
Bolehkah kartun2 politik mengancam ketenteraman awam? Apakah? KDN tiada bukti untuk menunjukkan bahawa penerbitan buku/majalah tersebut mengancam ketenteraman awam. Malah, mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan sebelum pengharaman tersebut dibuat.
.
Malaysiakini, Zunar saman KDN Jul 26, 10 7:17pm
Malaysiakini dan kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.
Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - kedua-duanya karya Zunar – didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Pengharaman buku tersebut juga didakwa melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana Zunar ataupun Malaysiakini tidak diberi alasan terhadap tindakan tersebut.
Kedua-dua pihak menuntut mahkamah mengeluarkan arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku itu dan bayaran kos kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.
Zunar berkata, pengharaman itu merupakan cubaan untuk menekan ekspresi politik dan membataskan pertukaran idea dan pendapat di kalangan rakyat Malaysia.
“Pada pandangan kami pengharaman seperti ini tidak perlu dalam sebuah negara demokrasi seperti ini,” katanya dalam sidang media selepas memfailkan saman itu di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.
Ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran (bawah) pula berkata, pengharaman itu atas alasan “boleh mengancam ketenteraman awam” merupakan tidak adil sedangkan tiada penjelasan yang jelas diberikan oleh kerajaan.
Kementerian itu juga didakwa tidak memberikan peluang kepada Zunar dan Malaysiakini untuk memberikan respons.
“Selepas buku-buku itu dirampas, Malaysiakini menulis bagi berdialog dengan kementerian tetapi mereka tidak menjawabnya,” katanya.
Buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Datul Kartun - diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd – dilarang daripada dipamerkan bermula 24 Jun lalu.
Zunar berkata sebelum diharamkan sebanyak 20,000 naskhah Perak Darul Kartun dijual manakala 1Funny Malaysia yang baru memasuki cetakan kedua hanya sempat beredar sebanyak 5,000 naskhah.
Zunar dan Malaysiakini diwakili peguam Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga dan Aston Paiva.
.
.
sumber: http://www.malaysiakini.com/news/138391, http://www.facebook.com/profile.php?id=1144402756&ref=search#!/photo.php?pid=1550410&id=1144402756 & http://www.facebook.com/profile.php?id=1144402756&ref=search#!/zunar.kartunis?ref=ts





cengkihali | July 27th, 2010 @ 12:25 am
pejuang haruslah bernani (:
'aqilah | July 27th, 2010 @ 8:50 am
meo188 | July 27th, 2010 @ 8:59 am
@cengkihali -
yup2…
@’aqilah –
aku.kamu.kartun
butterartstudio | July 27th, 2010 @ 11:47 am
kerajaan yang takut dengan kartun dan bayang2 sendiri…..
hans pencinta ikan | July 27th, 2010 @ 1:12 pm
sampai macam tu sekali?
P/S : Kena Tidur Awal Nih! Esok Ada Kelas Pagi!
meo188 | July 29th, 2010 @ 11:46 pm
@butterartstudio –
mungkin…
@hans pencinta ikan –
yeah, perjuangan!