Meooo's FreeWEBcomic: Bukan Pakatan Rakyat tetapi Pakatan Webkomik

Komik | Kartun | Karikatur | Animasi | Video | Foto | Dunia Seni | Catatan Perjuangan

.

.

Pendapat Bibik mengenai kempen Sweeping Malaysian (Sapu Malaysia)

Polis Indonesia perketat kawalan gerakan usir rakyat Malaysia

Daripada BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my

JAKARTA 25 Ogos – Semua lokasi berkepentingan Malaysia di Jakarta dikawal polis berikutan terdapat maklumat Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atau Sweeping Malaysian hari ini.

Antara langkah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ialah menempatkan sebanyak 200 anggota polis mengawal kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di sini, sejak pukul 9.30 pagi.

Selain itu, polis juga ditempatkan bagi mengawal keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Petronas dan Bank CIMB Niaga.

Petronas turut mengarahkan kakitangannya supaya pulang awal iaitu pada pukul 1 petang setelah menerima ancaman tersebut.

Polis memberitahu demonstrasi itu akan dilakukan oleh Gerakan Pemuda Pemudi Anti Malaysia iaitu salah satu cabang di dalam Bendera.

Seorang pegawai polis yang berkawal di kediaman duta besar turut mengingatkan wartawan supaya berhati-hati kerana ada maklumat menyebut kumpulan itu nekad untuk menahan rakyat Malaysia.

Berikutan itu, semua pelajar Malaysia di Jakarta telah dinasihatkan tidak melalui kawasan Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta Pusat untuk mengelakkan daripada tindakan ‘sweeping’ oleh anggota Bendera.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar mengingatkan pelajar supaya keluar rumah dalam berkumpulan dan segera menghubungi beliau atau pemimpin pelajar jika diancam oleh mana-mana pihak.

“Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari kawasan Menteng, khususnya Jalan Diponegoro. ia dikenal pasti antara kawasan yang akan dilakukan ‘sweeping’ rakyat Malaysia oleh kumpulan Bendera,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun sehingga pukul 6 petang ini, iaitu had waktu dibenarkan oleh polis untuk mengadakan demonstrasi, hanya satu demonstrasi kecil dilakukan kira-kira 15 minit di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.

Daripada maklumat polis, dijangka satu demonstrasi besar-besaran membabitkan pelbagai badan bukan kerajaan akan diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia esok yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Utusan Malaysia difahamkan demonstrasi itu akan disertai ramai penunjuk perasaan kerana mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan ‘duit raya’ kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Petang Isnin lalu, 37 anggota Bendera berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan membawa bersama lima bungkus najis manusia kerana membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Salah seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis itu masuk ke dalam pintu pagar kedutaan besar, manakala yang lainnya meletakkan kotoran itu ke atas bendera Malaysia di jalan dan memijaknya. – UTUSAN

.

Sumber: – http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0826&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm&arc=hive & http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0826&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

Categories: Kartun
yang buat demonstrasi nih dari golongan yg tak berpelajaran dan cetek ilmu

P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog
28 August 10 at 10:58
@hans duta tomato
mungkin juga mrk hidup tertekan… menyebabkan mereka emo dan bertindak liar.
28 August 10 at 11:15
neon
bibik comell
28 August 10 at 12:49
@neon
huhuhu…:)
28 August 10 at 13:46
kebanyakan yang buat rusuhan nih ialah golongan miskin yang tak berilmu
setiap seorang daripada mereka dibayar
dan cara paling mudah mendapat duit adalah dengan membuat rusuhan

P/S : Aku Dah Kata Lisa Surihans Dengan Aku Memang Ditakdirkan Bersama Di Sini..Hahahaha!
28 August 10 at 14:31
betulkah?

wah… leh dpt duit buat demo… takdelak di Malaysia mcm itu
28 August 10 at 15:12
golongan cetak otak mmg camtu..takyah dilayan kalo dilayan jadi cam diorang la..otak ada letak kat lutut…
28 August 10 at 20:32
@butterartstudio
erm… huhuhu…
28 August 10 at 22:04
rakyat kita kena halau, tapi kita beli dan sokong band indo :)
29 August 10 at 00:39
org nk sambung belajar kt indonesia. tp sbb es2 gini la ayah xbagi. hadoooh…
29 August 10 at 06:41
apelah root cause mende neh kan?
29 August 10 at 10:52
hurmmm…tak patut
29 August 10 at 15:52
kita semakin terhimpit dan dihimpit…..

huhhh!
29 August 10 at 18:47
@faisal admar
boikot?

@cengkihkali
sambung siratulrahim antara kite je… huhuhuhu

@huda
power root

@aqilah
betul2…

@IxoRa
jom merempit!
31 August 10 at 12:38
Sejak 9-Okt-2009