Meooo's FreeWEBcomic: Bukan Pakatan Rakyat tetapi Pakatan Webkomik

Komik | Kartun | Karikatur | Animasi | Video | Foto | Dunia Seni | Catatan Perjuangan

.

.

Teknik & Tektik: Cara gerak orang bangun subuh

Ihsan daripada Tuan Guru Zil-el-Saif

Ok, yang pertama sekali.  Untuk mencuba teknik Vertical Supplex ini, anda perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan tenaga yang mencukupi.  Tidak menjadi masalah jika sasaran (orang yang hendak dikejutkan) lebih besar daripada anda, tetapi harus diingat bahawa anda harus mencuba dengan teknik yang betul supaya tidak memudaratkan tubuh anda.

Jika ada tulang yang retak atau sel tubuh yang fragmented, sila buat disk defragmentation dahulu sebelum melakukannya.  Perkara pertama yang harus dibuat ialah mengepit kepala sasaran dengan ketiak.  Jangan terlalu kemas, sekara astikan ia takkan terlepas lagi.  Jangan bimbang, sasaran tidak akan meronta kerana beliau sedang berpura-pura tidur.

Tidak kisah jika anda meletakkan sasaran tersebut di sebelah kanan atau sebelah kiri kerana yang penting di sini ialah anda selesa semasa melakukannya.  Tangan yang sebelah lagi bersedia untuk mengangkat mangsa.. Ops! sasaran.  Lagi satu, pastikan di belakang anda adalah ruang kosong.  Sebarang peralatan yang terdapat di belakang boleh mengakibatkan kecederaan kepada anda dan sasaran.

Dengan menumpukna tenaga ke tangan yang sebelah lagi, angkat sasaran tersebut setinggi mungkin.  Tinggalkan sedikit tenaga untuk digunakan pada tangan yang mengepit kepala sasaran.  Setelah diangkat tinggi, pastikan yang kedudukan anda dan sasaran adalah 180° menegak.  Biarkan keadaan ini beberapa saat sehingga anda merasa selesa.

Jangan terburu-buru…

Setelah dipastikan bahawa anda benar-benar bersedia untuk melakukan penyudahnya, longgarkan cengakaman anda pada kepada sasaran.  Akan tetapi pastikan ia tidak terlalu longgar sehingga kepala sasaran boleh terlucut.

Akhirnya sampailah ke penamatnya.  Rebahkan badan anda ke belakang.  Jangan gerakkan tapak kaki anda!  Cuma rebahkan bahagian atas badan anda dengan kelajuan maksimum.  Ini adalah penting supaya anda tidak akan tersalah langkah dan membawa padah yang bukan kepalang terhadap diri sendiri.

Hasil daripada hentakan yang keras dan kelajuan yang melampau tadi pasti membuatkan sasaran anda terjaga.  Pastikan beliau segera bersiap untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh.

.

Selamat mencuba!!

crossover antara freewebcomic.com dan ibrahZine.com

Categories: Komik
kalau org yg tido tu besar dari kita, parah gak nak angkat kan
24 September 10 at 10:54
simbah air je lg senang..haha~
24 September 10 at 11:40
HAHAHAHAAA!!!!
24 September 10 at 13:43
wahahaha…
24 September 10 at 18:57
pagi tadi subuh gajah.,..
sedeynyeee:(
25 September 10 at 14:43
Sejak 9-Okt-2009