Bumble Bee Gen2 tidak sihat dan perlu dirawat

Posted by

Sejak tahun 2007 berkawan baik dengan Bro Bumble Bee, barulah saye tahu yang dia tidak sihat dan mengalami penyakit dalaman misteri. Tak tahu pula selama nie dia gembira dalam kesakitan. Kesian kat die. Oklah bro, nanti saye akan bawa bro ke Pusat Servis Proton untuk dipulihkan. Hang on bro!

.

PROTON tarik Gen2 dan SatriaNeo
Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2010/10/08

 

Kerosakan dikesan pada komponen ‘clock spring’ 15,911 unit keluaran 2004 hingga 2008

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen ‘clock spring’ yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PROTONtarikGen2_Neo/Article/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed under: News, Peribadi | Tags: , , , , Recall | October 8th, 2010

10 Responses

  • lionteen | October 8th, 2010 @ 11:13 pm

    kesian Bumble Bee ni..
    saya teringin nak naik Bumble Bee..
    hehe

  • Pohon Subur | October 9th, 2010 @ 7:12 am

    Harga masih tak mesra rakyat, kalau murah highway jam pulak. Public transport kena banyak, kena educate rakyat macam jepun, kebanyak manager naik public transport je. kat Malaysia lebih banyak biar papa asal bergaya.

  • Pohon Subur | October 9th, 2010 @ 7:13 am

    Originally Posted By Pohon SuburHarga masih tak mesra rakyat, kalau murah highway jam pulak. Public transport kena banyak, kena educate rakyat macam jepun, kebanyak manager naik public transport je. kat Malaysia lebih banyak biar papa asal bergaya.


    Pohon Subur:

    Harga masih tak mesra rakyat, kalau murah highway jam pulak. Public transport kena banyak, kena educate rakyat macam jepun, kebanyak manager naik public transport je. kat Malaysia lebih banyak biar papa asal bergaya.
    ReplyQuote

  • iza~de~bintang | October 9th, 2010 @ 8:28 am

    Semoga si bumble bee ni cepat sembuh. bahaya untuk tuannya kalau duk sakit dalaman cenggitu.

  • Yunus Badawi | October 9th, 2010 @ 8:50 am

    Kesian Bumble Bee menderita dlm senyum. Pergilah rawat cepat sebelum parah. Free pun.

  • zamz | October 9th, 2010 @ 10:49 am

    bagus gak proton berani tarik balik keta nih..at least org lebih percaya kepada proton pasni..kalau tak pembeli la kena keluar duit sendiri repair huhu

  • Faarihin | October 9th, 2010 @ 11:21 am

    cepat2 bawak bumble bee tu pi rawatan. sebelum berlaku apa2 nanti..

  • meo188 | October 9th, 2010 @ 12:01 pm

    @lionteen
    boleh…. :)

    @Pohon Subur
    betul… akibat harga kereta… rakyat menderita

    @iza~de~bintang
    tq

    @Yunus Badawi
    yeah YB

    @zamz
    erm… tapi mcm dah lewat sgtkn? hampir 4 thn bru nk recall? apakah?

    @Faarihin
    ok2…

  • ribena.illina | October 9th, 2010 @ 4:48 pm

    nati nak beli gen2 gak. tp dah xmo. sebab membe pakai gen2. igtkan pakai staria neo. tapi abg kat tempat prac dulu pakai jugak. so pakai basikal jek lah. HAHAHHA~

  • meo188 | October 9th, 2010 @ 9:11 pm

    @ribena.illina
    huhuhu… cian die :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>