23
Hantar karya anda untuk pencalonan Anugerah Pekomik segera!
Posted by meo188
Bagi menyemarakkan lagi industri komik tempatan, PEKOMIK atau Persatuan Penggiat Komik Malaysia akan mengadakan Anugerah Pekomik untuk tahun ke-3. Kini, PEKOMIK telah membuka ruang bagi sesiapa yang ingin mencalonkan komik atau penggiat komik /kartunis dalam kategori berkenaan yang untuk dipertandingkan. Semua pencalonan di terima. Setiap pencalonan ini pihak jawtankuasa Anugerah akan menilai dan memilih finalisnya. Tarikh tutup penyertaan 20 April 2011.
Kategori- kategori yang di pertandingkan adalah, Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine), Kartun Satu Muka Terbaik (Best One Page Cartoon), Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series), Siri Komik Kartun Terbaik (Best Cartoon Comic Series), Komik Strip SuratKhabar Terbaik (Best Comic Strip in News Paper), Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award), Penerbit Terbaik (Best Publisher), Penulis Terbaik (Best Writer), Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover), Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Illustrator (manual/digital), Pewarna Terbaik (Best Colourist), Komik Terbit sendiri/Amatur terbaik (self-publish/zine/doujin) (Best Self Publish/ Amateur Comic), Pelukis komik antarabangsa/Pelukis komik online (International comic artist/online comic artist), Pelukis Komik Terbaik (Best Comic Artist), Komik Terbaik (Best Comic) dan Komik Baru Terbaik (Best New Comic).
Kemuncak Anugerah PeKOMIK 2011 dirancang akan diadakan pada 28 Mei, 2011 di Auditorium Besar, Perpustakaan Negara Malaysia. Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari blog rasmi ANUGERAH PEKOMIK atau menghantar email kepada blogpekomik@gmail.com atau boleh juga terus menghubungi Ruby 016 3713072 @ Hafidz Mahpar 019 2212569.





Komentar Terkini