Meooo's FreeWEBcomic: Bukan Pakatan Rakyat tetapi Pakatan Webkomik

Komik | Kartun | Karikatur | Animasi | Video | Foto | Dunia Seni | Catatan Perjuangan

.

.

Kontroversi komik Abe: Nama kartunis Ujang telah dipadam

Pada 5/5/12 yang lepas, saya sempat ke Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2012 di PWTC bersama dengan gadis pujaan hati. Sesak ramai orang sampai kami terpaksa parking kereta jauh di Sentul Timur dan menaiki LRT untuk ke sana. Sampai di sana, pergh… berhimpit2… Saye kesian tengok gadis pujaan macam dah larat dengan kesesakan di situ. Jadi, saya cuma sempat melawat beberapa booth je. Salah satu booth yang saya sempat singgah adalah booth syarikat majalah humor gergasi, MOY Publication.

Banyak koleksi2 komik/kartun yang terkenal dijual di situ. Saya cuma beli 2 naskah komik je mase tue, iaitu komik Life’s Journey – Sireh & Koleksi Abe – Aie & Ujang. Saya merupakan peminat karya2 diorang nie. Malah membesar dengan karya diorang nie. Tetapi yang peliknya, masa saya selak2 koleksi Abe tersebut, nama kartunis ‘Ujang‘ tidak diletakkan sebagai penulis. Padahal komik Abe ini merupakan hasil kolabrasi mantap antara Aie (pelukis) dan Ujang (penulis).

Apakah?

Sedikit  tentang komik Abe; Ia mula disiarkan dalam Majalah Ujang keluaran pertama pada 1 Januari 1994. Komik Abe telah ini diterbitkan sebanyak 33 siri dan berakhir dalam Majalah Ujang keluaran ke-37  pada 15 Ogos 1995. Cerita Abe ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak terencat akal yang digelar Abe.  Dia terpaksa menghadapi cabaran hidup suka dan duka semasa tinggal di sebuah kampung. Lukisan yang halus bermutu tinggi dan gaya penceritaan yang dramatik membuatkan pembaca dapat menyelami jalan ceritanya dan merasai setiap peristiwa yang digambarkan.

Berdasarkan facebook milik kartunis Ujang, beliau agak terkilan dengan tindakan penerbit membuangkan nama beliau selaku penulis komik tersebut. Kartunis Ujang telah menulis dengan abjad huruf besar di ‘wall’;

.

“APA BARANG BUANG NAMO PONULIH SAJO… ALANG-ALANG BUANG DIALOG DAN SEKERIP SEKALI. TINGGALKAN LUKISAN SAJO… BAGHU GENTLEMEN…”

.

.

Kenapakah?

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: Artikel
lamanya tak jenguk ke sini
18 May 12 at 22:57
Zul
uish… sentap cter ABE nih.. tangkap leleh Ujang wt cter ni.. mane ade majalah kelakar yang lh wat aku sedey cm nih.. mane? mane?
19 May 12 at 10:09
bedak
Sian Ujang. Kalau saya, saya dah tak beli lagi barangan dari MOY ini.
31 May 12 at 12:37
yee
baru beli majalah ABE nie MOY…mmg name ujang x de…..
6 August 12 at 17:42
Sejak 9-Okt-2009