Meooo's FreeWEBcomic: Bukan Pakatan Rakyat tetapi Pakatan Webkomik

Komik | Kartun | Karikatur | Animasi | Video | Foto | Dunia Seni | Catatan Perjuangan

.

.

Pengaruh kartun Shin Chan? – Tarian punggung untuk Ambiga

Tarian punggung Shin Chan

Lalalala…

.

.

TUNJUK AKHLAK MULIA, HENTI GANGGU AMBIGA

Hazayani Zakaria, 16 Mei 2012

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) meminta semua pihak menunjukkan akhlak yang baik sebagai seorang manusia dan menghentikan gangguan terhadap pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, beliau sangat sedih dan marah terhadap gangguan yang sedang dilakukan terhadap Ambiga yang disifatkan sebagai hina dan memalukan.

“Bersih 2.0 dan Jawatankuasa Pemandu mengutuk segala bentuk karenah gangguan dan ancaman terhadap Datuk Ambiga yang juga seorang warga Malaysia.

“Beliau ialah sosok yang selama ini menghadiahkan kehidupannya untuk membuka luas ruang hak asasi manusia dan memperbaiki kesejahteraan umat.

“Ketika serangan dengan kelakuan hina dan kadangkala ganas ini dilakukan di hadapan rumahnya, Datuk Ambiga melayani keadaan tersebut dengan penuh sopan dan hormat,” kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini, hari ini.

Sasterawan Negara itu juga mahu pihak berwajib menyatakan pendirian mengutuk  apa yang sedang dilakukan terhadap terhadap seorang pemimpin masyarakat madani.

“Jika kerajaan dan pihak berwajib senyap dan membisu, ini bermakna mereka menyokong kerja bangang dan perangai hina ini,” ujarnya.

Tegas beliau juga, bukan Ambiga seorang menuntut pilihan raya bersih dan adil sebaliknya ada 19 ahli jawatankuasa Bersih 2.0 bersama Ambiga dan beliau sendiri dan disokong 84 badan bukan kerajaan (NGO).

“Turut sama menyokong kami ialah 250,000 warga Malaysia semua bangsa yang turun ke jalan raya di Kuala Kumpur pada 28 April lalu.

“Pada hari yang sama ada puluhan ribu lagi anak Malaysia yang menetap di 85 buah kota di dunia ini. Semuanya bangun bersetiakawan menuntut pilihan raya adil danbersih,” katanya.

Semalam, Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) bertujuan membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0.

Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

Sebelum ini, sekumpulan peniaga bertindak membuka gerai burger di hadapan rumah Ambiga sebagai tanda protes kerana mendakwa mengalami kerugian apabila tidak dapat berniaga akibat perhimpunan Bersih 3.0.

Sumber: - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10348-tunjuk-akhlak-mulia-henti-ganggu-ambiga-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: Berita
Sejak 9-Okt-2009