Meooo's FreeWEBcomic: Bukan Pakatan Rakyat tetapi Pakatan Webkomik

Komik | Kartun | Karikatur | Animasi | Video | Foto | Dunia Seni | Catatan Perjuangan

.

.

Suatu hari saye melayan komik Badang (review santai)

Saya terima naskah komik Badang ni masa saya baru shj pulang daripada outstation di Terengganu. Komik ini saye terima di kirim dalam sebuah sampul pos ekspress.  Pada mulanya saya jangkakan komik badang nie lebih kurang sama dengan kualiti cetakan komik ‘self publish‘ yang lain spt cetakan photostate, cetakan zerok, dll. Tekaan saya salah, rupa-rupanya, komik badang menggunakan kertas berkualiti tinggi dan mempunyai warna disetiap muka surat. Limited edition nie siot!

Komik Badang ini merupakan hasil gabung tenaga Imran Marsyad & Burhanuddin B.S. Lukisannya mempunyai pengaruh lukisan komikus2 barat dan jalan ceritanya mempunyai unsur2 suspen dan dramatik. Gaya lukisan & warna yang gelap suram membina mood pembaca ke arah yang penceritaan. Genre komik pendekar + gohtic gitu2.

Untuk keluaran pengenalan ini, seperti termaktub dalam cerita dogeng yang kita pernah baca, mengisahkan tentang bagaimana Badang berjumpa dengan seorang pakcik er… hantu air kah? apakah? Badang menerima satu hadiah daripada pakcik tersebut yang bakal mengubah hidupnya. Agak mistik gak episod nie. Gaya penceritaan ada serba sedikit (banyak jg) berbeza dan lebih menarik daripada cerita dongeng yang kanak2.

Komik Badang  laris dipasaran. Kini, keluaran kedua sudah menyusul dan akan dijual sabtu ini di Malaysian Games & Comic Convention. Tempahan dan sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menekan butang ‘Like’ pada laman facebook Ba-c Mente Inhouse, atau terus hubungi atau sms 017-7034363 (An).

Jom sokong scene komik indie tempatan!

.

(p/s – Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Ba-c Mente Inhouse kerana sudi menjadi penaja baru  freewebcomic)

 

 

Categories: Komik
Sejak 9-Okt-2009