Konsortium Cartoonist at Work (CAW) gabungan 10 syarikat kartunis
Konsortium CAW adalah gabungan sepuluh syarikat milik penuh kartunis tanah air berpengalaman yang bersedia mengeluarkan produk kartun dan animasi masing-masing untuk bersaing dengan syarikat-syarikat animasi yang sedia ada. Dalam gabungan ini, para penggiat kartunis akan dibimbing kearah mengusahakan sendiri produk mereka. Kata orang berniaga sendiri ni lebih baik dari makan gaji. Pokok pangkalnya hendaklah bersabar dan terus berusaha.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah memperuntukkan RM5 juta kepada Konsortium Cartoonist At Work (CAW) pada pertengahan tahun lepas.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dana itu akan disalurkan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah perancangan membimbing produksi animasi tertakluk kepada syarat-syarat yang diperakukan bagi mengekalkan produktiviti, kualiti serta penerimaan masyarakat.
Katanya, produk-produk ini akan disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV selain diperluaskan kepada stesen-stesen penyiaran yang lain termasuk Astro dan Media Prima.
“Oleh yang demikian, pelukis kartun tanah air kita tidak hanya habis melukis pada kertas, tetapi dijelmakan dalam bentuk animasi dan filem pendek kepada masyarakat kita.





