Hak yang telah dirampas?
Tempoh Hakcipta Karya yang Tersiar dalam Media
Apabila cerpen ataupun makalah tuan dan puan diterbitkan dalam akhbar ataupun majalah, bagaimanakah kedudukan hakcipta karya tuan itu memandangkan tuan dibayar honorarium.
Cek honorarium yang tuan terima itu adalah bayaran ‘sagu hati’ sahaja. Itu bukan bukti tuan menjual dan majalah ataupun akhbar itu sudah membeli hakcipta karya itu, melainkan tuan ada menandatangi sebarang surat ataupun dokumen ‘pelepasan’ hakcipta karya kepada mereka.
Apabila karya tuan diterbitkan di akhbar ataupun majalah, tuan melesenkan karya itu kepada mereka bagi tempoh 1 terbitan sahaja. Disebabkan akhbar harian terbit setiap hari, maka dalam tempoh hari itu sahaja penulis/pelukis/kartunis tidak boleh menerbitkan karya yang sama di tempat lain.
Bagi akhbar dan majalah mingguan ataupun bulanan, tempoh itu adalah berdasarkan tempoh mingguan ataupun bulanan itu. Maknanya, pada minggu ataupun bulan berkenaan sahaja penulis/pelukis/kartunis tidak boleh menerbitkan karya yang sama di tempat lain.





