Kelab Kartunis Independen: Jelajah manifesto Pakatan Rakyat

Jentera Pakatan Rakyat kini bertambah kuat dengan kemunculan penyokong tegar dari kalangan kartunis-kartunis. Antara kumpulan yang menyerlah adalah Kelab Kartunis Independen (KKI) yang diketuai oleh kartunis Zunar. Sentuhan kreatif kumpulan ini telah sedikit sebanyak membantu Pakatan Rakyat dalam memberi penerangan mengenai sesuatu isu semasa.

.

 

.

Terbaru, hari ini KKI telah melancarkan siri jelajah mereka bagi mempromosikan manifesto Pakatan Rakyat dalam bentuk karya kartun.

Menurut Zunar siri jelajah itu dilakukan mereka secara sukarela tanpa arahan atau mendapat dana dari mana-mana parti politik.

“Apa yang kami buat ini pun tak mendapat bayaran atau arahan dari mana-mana parti politik.”

“Cuma kami bersetuju untuk menyokong manifesto Pakatan Rakyat. Kami percaya manifesto ini bukan semata-mata untuk parti tapi untuk rakyat,” katanya.

Kumpulan Kartunis Indipenden sering mendapat perhatian apabila karya-karya mereka dilihat sinis mengkritik dasar kerajaan yang disifatkan menindas rakyat.

Dalam jelajah kali ini, mereka akan ke seluruh negara menerangkan kandungan manifesto Pakatan Rakyat dalam bentuk animasi, baju T dan novel grafik.

 

.

.

sumber:- http://www.keadilandaily.com/kartunis-indipenden-manifesto-pakatan-rakyat-penuhi-harapan-rakyat/ & http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17422-zunar-ketuai-jelajah-manifesto-pr-edisi-kartun?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>