Prologue

Salam Webkomik,
Bukan lagi menjadi sekadar retorik, kini kemunculan komik/ kartun online atau webcomic semakin rancak dengan kepesatan ledakan teknologi maklumat. Gegaran itu semakin di rasai di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Justeru itu, freeWEBcomic muncul dengan misi & visi untuk memeriahkan lagi gerakan kartun / komik online bawah tanah (underground siot!) daripada Malaysia.
freeWEBcomic merupakan gerbang alternatif untuk ekspresi seni digital & tradisional manual (ape kebende ntah ayat nie, huhuhu) . Pelbagai lukisan, kartun, komik, penulisan, video dan sebagainya akan disajikan dengan perencah tambahan menggunakan suntikan teknologi digital.
Blog/website ini, telah bemula pada 9hb oktober 2009. Tarikh itu dipilih bersempena hari lahir diri sendiri. Orang lain dah tanak bagi hadiah, jadi dengan rase ‘loser’nye memberi hadiah kepada diri sendiri. Sadis tapi terase best gile. Hadiah buat website baru untuk diri sendiri. Sangat hepi tak ingat dunia.
Blog ini telah dibangunkan & reka khas oleh Encik Firdaus. Encik firdaus merupakan kawan baik kepada Encik Mijie (watak utama dalam cite ‘Migrain’). Panjang cerita die. Tapi, dengan pertolongan ikhlas tulus suci Encik Firdaus, impian saya untuk memiliki blog interaktif komik/kartun online tercapai. Sokongan padu Encik Firdaus merupakan antara penyebab utama, saya masih cube untuk melakukan yang terbaik untuk perjuangan webkomik. Tidak lupa juga komen2 panas daripada Encik Mijie banyak membantu.
Di samping beliau, Encik Fandi yang banyak memberi idea bernas dan sudi memberikan seberapa banyak bantuan untuk blog ini. Kartunis low-profile, Encik Ijoi yang masih lagi sudi menelefon, emel & menghantar mesej untuk meneruskan perjuangan. Encik Berusa yang diam2 berisi, sudi memberikan illustrasi bermutu tinggi dalam blog ini. Zil-el-Saif yang masih sudi meneruskan lagi usahasama atau pakatan yang telah lama terjalin. Encik Tenfaz yang memberikan sumbangan komik2 gempak beliau serta kata2 semangat kepada saya. Hanri & Kanben yang sentiasa dengan selamba je memberikan saya komik2 untuk disiarkan di dalam blog yang lepas dan kini. Sebenarnya banyak nak tulis… diringkaskan di sini, terima kasih kepada Tembakau, Kia, Lifutushi, Emi Mafia, Seediq Segaraga, Rahmanraof, Alifstyle (my idol), Rusydee, Zeq (rakan kongsi lama), Cik Faarihin, Brader Joe, Encik Kamil, Encik Amykamen555, Encik Haxe doku, Irku, Nyetok, Lubok dan banyak lagi yang tak tertuliskan sini.
Tak lupa juga kepada yang masih sudi singgah kat blog nie… terutama yang telah lama mengikuti blog meo188.blogspot yang lepas. Tengkiu2 untuk terus meluangkan masa di blog yang xseberapa ini. Nanti saye akan tulis entri khas untuk semua pengunjung, tukang komen dan para follower.
Bagi yang masih baru dengan FreeWEBcomic, ini adalah serba sedikit tentang sejarah penubuhan FreeWEBcomic. FreeWEBcomic ini merupakan kesinambungan dari website webkomik “Meozeq Webcomic” yang telah berjaya mengumpul banyak karya-karya online tempatan & Indonesia. Kini FreeWEBcomic ini adalah gabungan Meozeq Webcomic, Meo188’s Blog (blog peribadi) dan CipanStudio (blog dengan Encik Safwan).
Masih mengekalkan konsep yang sama seperti Meozeq Webcomic dulu, freeWEBkomik bukanlah website bermotifkan keuntungan, bukan syarikat, di bwh apa2 persatuan, kumpulan2 parti politik, mazhab, paksi2 puak liberal, kapitalis, sosialis, yahudi dan sebagainya. freeWEBkomik adalah 1 platform webkomik yang bebas dan indie. Bergerak sendiri dan bebas.
Objektif FreeWEBcomic adalah mngumpul seberapa byk komik/kartun strip online di malaysia. Untuk memeriahkan lagi scene webkomik Malaysia.
Ditambah lagi dengan kisah perjuangan peribadi saye. Luahan perasaan yang penuh emosional dan bersemangat dikongsi bersama rakan2 blogger dan para pengunjung. Saya banyak meluahkan perasaan di blog nie, kerana kebanyakkan rakan2, keluarga dan sanak saudara tidak tahu menahu tentang blog ini dan mereka pun xtahu saye suke melukis. FreeWEBcomic ini umpama dunia kedua saya. Identiti kedua. Lebih kurang mcm secret identiti mcm hero dlm drama bersiri SmallVille.
Saye mengambil kesempatan ini, dengan berbesar hatinya saye (dan rakan2 lain)menjemput kepada sesiapa yang sudi untuk memberi sumbangan karya2 untuk blog ini. Kami xpandang sangat kepada lukisan tetapi kami pentingkan cerita. Terutama cerita yang lahir dari luahan perasaan. Gerenti best. Oh yeah! Saye masih tiada peruntukan dana untuk membayar apa2, tapi saye akan pastikan kredit akan diberikan kpd pengirim karya. Jika ada blog, blog itu akan dilink dengan blog ini.
Sila e-mailkan sumbangan karya kepada:-
encikmeor(a)yahoo.com
This is not the best webcomic in Malaysia,
This is a tribute.
This is 4 the love of webcomic!
Komitmen & konsisten.
Meo188 (a.k.a Mior Azhar)





haha..ni 1st time aku bukak webcomic ko ni….
komikkan keta aku bole?haha
Saye dah war2kan tawaran ini kepada semua penyumbang2 freewebcomic via e-mail.