Kartun
Pendapat Bibik mengenai kempen Sweeping Malaysian (Sapu Malaysia)
Aug 28th

Polis Indonesia perketat kawalan gerakan usir rakyat Malaysia
borhan.samah@utusan.com.my
JAKARTA 25 Ogos – Semua lokasi berkepentingan Malaysia di Jakarta dikawal polis berikutan terdapat maklumat Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atau Sweeping Malaysian hari ini.
Antara langkah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ialah menempatkan sebanyak 200 anggota polis mengawal kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di sini, sejak pukul 9.30 pagi.
Selain itu, polis juga ditempatkan bagi mengawal keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Petronas dan Bank CIMB Niaga.
Petronas turut mengarahkan kakitangannya supaya pulang awal iaitu pada pukul 1 petang setelah menerima ancaman tersebut.
Polis memberitahu demonstrasi itu akan dilakukan oleh Gerakan Pemuda Pemudi Anti Malaysia iaitu salah satu cabang di dalam Bendera.
Seorang pegawai polis yang berkawal di kediaman duta besar turut mengingatkan wartawan supaya berhati-hati kerana ada maklumat menyebut kumpulan itu nekad untuk menahan rakyat Malaysia.
Berikutan itu, semua pelajar Malaysia di Jakarta telah dinasihatkan tidak melalui kawasan Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta Pusat untuk mengelakkan daripada tindakan ‘sweeping’ oleh anggota Bendera.
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar mengingatkan pelajar supaya keluar rumah dalam berkumpulan dan segera menghubungi beliau atau pemimpin pelajar jika diancam oleh mana-mana pihak.
“Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari kawasan Menteng, khususnya Jalan Diponegoro. ia dikenal pasti antara kawasan yang akan dilakukan ‘sweeping’ rakyat Malaysia oleh kumpulan Bendera,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bagaimanapun sehingga pukul 6 petang ini, iaitu had waktu dibenarkan oleh polis untuk mengadakan demonstrasi, hanya satu demonstrasi kecil dilakukan kira-kira 15 minit di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.
Daripada maklumat polis, dijangka satu demonstrasi besar-besaran membabitkan pelbagai badan bukan kerajaan akan diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia esok yang disertai kira-kira 1,000 orang.
Utusan Malaysia difahamkan demonstrasi itu akan disertai ramai penunjuk perasaan kerana mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan ‘duit raya’ kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Petang Isnin lalu, 37 anggota Bendera berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan membawa bersama lima bungkus najis manusia kerana membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada 13 Ogos lalu.
Salah seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis itu masuk ke dalam pintu pagar kedutaan besar, manakala yang lainnya meletakkan kotoran itu ke atas bendera Malaysia di jalan dan memijaknya. – UTUSAN
.
Sumber: – http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0826&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm&arc=hive & http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0826&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive
Lim Guan Eng: Competency, Accountability & Transparency (CAT)
Aug 21st
YAB Lim Guan Eng merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang ke-4. Beliau juga adalah Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokrtik (DAP). Beliau juga adalah anak kepada Lim Kit Siang (bekas Ketua Pembangkang di Parlimen). Beliau berkahwin dengan YB Betty Chew dan mendapat 4 orang anak.
Lim Guan Eng pernah mendapat pendidikan di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, Montfort Primary English School, Batu Pahat, Batu Pahat High School dan Melaka High School. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Monash, Australia dalam pengajian Ijazah Ekonomi. Kemudian menjadi Akauntan bertauliah pada tahun 1983.
.
“…Amar Makhruf Nahi Mungkar…“
- Lim Guan Eng @ 10 Ogos 2010
.
Sumber: – http://limguaneng.com/index.php/2010/08/10/perutusan-ramadhan-al-mubarak/ & http://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Eng
Kes buang bayi kerana kurang pendidikan seks?
Aug 14th
Suatu hari di satu sudut dalam sebuah pejabat yang serba serdahana di Pusat Bandar Damansara. Seorang Manager berbangsa India sedang bersembang-sembang dengan seorang Executive berbangsa lelaki melayu.
.
SINGH: Ayoooo… ini sekarang dunia sudah mau hancur. Apa nak jadi banyak kes buang bayi. Melayu2 semua.
MEON: Ntahlah, kenapa orang melayu jadi macam tue. Padahal berdosa besar buat seks sebelum kawin & buang bayi.
SINGH: Yolah, kalau mau seks tp tamau anak, pakailah protection! Bodoh punya orang. Saya kalo mau itu, saya pakai sarung.
MEON: Uiks! huhuhu
.
Bukan buang bai lah! huhuhuhu.
.
.
Semoga kita & keluarga kita dijauhkan dengan perbuatan2 yang tidak bermoral. Ingat2lah sebelum bala bencana turun kerana umat Islam semakin hanyut. Amar Makhruf Nahi Mungkar.
.
Tragedi Puting Beliung Bazar Jasin 3 Ramadhan 1431
Ramadhan: Bulan kemenangan
Aug 11th
Sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, Meo188 dan rakan2 lain mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Di sini juga, kami mempersembahkan video you tube khas @ sebuah remake daripada video Ramadhan yang lepas. Lagu latar bertajuk Muhammad S.A.W (the Arrival) daripada kumpulan Mirwana. Lagu ‘we will rock you’ versi Tolaal Badru Alaina. Semoga kita sama2 dapat menghayati bulan ini dengan penuh semangat.
.









Komentar Terbaru