Misteri
Kemunculan lembaga di dalam kegelapan
Dec 19th
Dengan wajah yang samar-samar, lembaga itu berkata kepada saya; “Saya kecewa, saya sudah putus asa. Impian saya macam susah untuk dicapai. Saya macam tak berbakat, tak mampu nak lakukan, dipandang rendah dan macam takde harapan.”
Saya mendengus seraya berkata; ” Saudara, biarpun saudara ada kekurangan tetapi janganlah pula dilupakan akan kekuatan atau kelebihan yang ada. “.
Saya terus menyambung; ” Biarpun tak berbakat, tetapi ada kesungguhan. Biarpun tak mampu, tetapi ada usaha. Biarpun dipandang rendah, tapi masih ada maruah. Biarpun macam takde harapan, tetapi saudara masih ada doa dan tawakal.”
Biarpun tak mampu, tapi ada usaha.
Biarpun dipandang rendah, tapi masih ada maruah.
Biarpun macam takde harapan, tetapi masih ada doa & tawakal
Kemunculan makhluk halus?
Dec 10th

Saya tiba dari Ipoh ke Kuala Lumpur hampir pukul 11 malam semalam. Kemudian, lepak dengan kawan sehingga pukul 12.30 tengah malam. Kemudian, saya pulang ke rumah bujang di sebuah flat di Ampang.
Awal pagi itu, saye keseorangan. Tubuh badan saya yang keletihan itu berjaya melelapkan mata ketika hampir pukul 2 pagi selepas menonton rancangan la tido di TV9. Saya tidur di ruang tamu.
Hampir pukul 4 pagi, tiba-tiba mata saya terbuka, saya terasa sangat-sangat sejuk, badan saya mengigil, badan terasa dihempap sesuatu. Secara spontan saya teringat untuk azan sekuat hati. Azan pertama saya kelam kabut tetapi kemudian saya azan lagi. Dan kemudian yang saya tersedar atau tekanan dibadan saya itu pergi. Pada ketika itu, badan saya terasa sakit-sakit. Sakit di pinggang, bahu dan perut. Tangan saya kebas-kebas dan meremang bulu roma xingat siot.
Setelah sedar 100%, saya pun memanjangkan lagi pembacaan saya dengan membaca ayat Kursi dan surah 3-Qul. Di saat itu, saya merasakan ada makhluk lain di dalam rumah yang menganggu tidur saya (atau cuma mainan perasaan sahaja?).
Pada mulanya, saya bercadang untuk terus tidur di ruang tamu itu, tetapi beberapa minit selepas itu, saya pun masuk ke bilik dan menyambung tidur. Mungkin makhluk itu masih ada di ruang tamu lagi kot. Seramlah pula.
Selepas matahari sudah mencecah langit, saya menghantar mesej kepada housemate saye supaya balik ke rumah cepat-cepat, sebab ada hantu kat rumah. Tak sangkalah, di dalam rumah flat tengah2 bandar nie ada juga peristiwa macam nie.
Jom cari benda tersembunyi!
Nov 27th
Lukisan yang tak bermutu ini bukanlah dihasilkan oleh encik Muthu si penjual roti di Pekan Mengelembu tu. Lukisan ini dilukis oleh saye dikala sedang cuba eksperimentasi guna tools2 dalam software mewarna. Macam hasil keje kanak-kanak tadika kemas kampung Sungai Rokam sahaja. Harharharharharharharharharharun salim bachik.
Lukisan ini sudah lama dihasilkan. Ia juga sudah pernah disiarkan dalam homepage lama dulu. Hampir 10 tahun yang lepas lukisan nih. Memang disimpan rapi untuk rujukan peribadi.
Misteri Ikan Tapah
Oct 27th
Sehingga kini, sumpahan terhadap keturunan Tuk Kaduk ini masih berkekalan. Di mana keturunannya tidak boleh makan dan menyentuh ikan tapah ini. Kononnya, jika mereka melanggar sumpah/pantang ini, mereka akan terkena penyakit kulit yang bernama SEMALI iaitu pecah-pecah kulit berair dan gatal-gatal. Di samping itu, kulit mereka akan melecur, sakit sendi dan tulang.
.
Dalam satu kes yang pernah terjadi di mana salah seorang dari anggota keluarga berketurunan Tuk Kaduk ini terkena air percikan dari ikan tapah ni di pasar basah. Seperti tertera dalam lagenda, penyakit kulit telah naik di kaki dia. Berminggu-minggu tidak boleh sembuh. Akhirnya, dia terpaksa pulang ke Kampung di Lambor Kanan, di mana emas Tuk Kaduk masih ada disimpan untuk tujuan perubatan. Emas Tuk Kaduk direndam dalam air, dan air rendaman itu diminum dan disapukan ke atas kulit itu. Beberapa hari selepas itu, kulit dia pulih…
.
Keturunan Tuk Kaduk ini berasal daripada Lambor Kiri, Lambor Kanan, Bota Kanan, Bota Kiri dan Pulau Tiga yang terletak di Perak Tengah. Di sinilah asal usul keturunan saya…. herm…
(menang sorak, kampung tergadai : macam Pakatan Rakyat yang didominasi oleh DAP di Perak sekarang nih. Orang kita duk horey horey, kaum lain senyap-senyap mengambil tanah. Canteek…)












Komentar Terbaru