Peribadi
23 tentang Meo188: Ulangtahun merantau di Kuala Lumpur
Jun 22nd
Tag ini adalah daripada member blogger, Cik Aqilah. Dah sebulan tak balas. Sebab tag nie agak berat nak buat. Tentang personal. Oh no… Tapi, nak sahut juga cabaran Cik Aqilah. Bagi membuatkan sessi menjawab tag ni lebih bermakna, jadi saye akan jawab bersempena ulangtahun ke-5 duk merantau di KL selepas bergelar graduan. Gile ah ding dong tak sangka dh 5 tahun bekerja dan mencari makan sendiri di KL.
.
Oklah, ape 23 perkara tentang saye yang korang nak tau? Leh lah bace.
- Berasal dari Ipoh dan kini duk kat umah sewa dengan kengkawan di Pandan Indah.
- Anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik.
- Bekerja di sebuah GLC di Pusat Bandar Damansara.
- Suke pakai baju t-shirt warna hitam.
- Hobi membaca (komik le tue.. hahaha) dan melukis.
- Suka makan nasi goreng.
- Suka minum air teh o ais.
- Minat baca berita politik.
- Layan semua jenis muzik dari nasyid sampailah ke metal.
- Tak boleh menyanyi tetapi boleh menjerit macam Bandi, Amuk.
- Tak terer dalam sukan. Tapi bolehlah main badminton & bola sepak.
- Suke jenjalan tetapi bergantung pada duit di poket. Huhuhu.
- Sepatutnya kena pakai spek mata sejak di belajar kat Matrikulasi lg, tetapi cuma pakai masa nk bawak kete dan g seminar, training, dll.
- Tak selesa pakai spek mata, sebab bulu mata panjang melentik asyik terkena cermin spek tue. Pedih.
- Simple dan kadang2 stylo bile nak mengorat. Hahaha.
- Berpenampilan menarik dan ceria. Suke gelak2.
- Kadang-kala jadi emo dan menjauhkan diri dari orang.
- Senang bangun tidur bila di KL. Tetapi bila balik kampung, suke tidur lak.
- Ada kereta bernama ‘Bumble bee’ dan sebuah motosikal bernama ‘belalang tempur’.
- Bukan seorang kartunis tetapi sekadar peminat kartun je.
- Menjadi blogger dan melukis webkomik sejak tahun 2007.
- 1st love tinggal kenangan, 2nd love pula pengajaran dalam hidup dan 3rd love, still on-going. Kali ni adalah ‘keperluan’,
- Seorang yang JIWANG karat meleleh (org lain yang cakap… siot tul)
.
Langkah seterusnya, sesiapa yang sudi menjawab tag nie, dipersilakan…
.
.
Drift Jiwang: Madah Cinta Bumble Bee dan Cik Kelisa
Jun 16th
AMARAN : ENTRI INI BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM (18SJ)
*18SJ = Sangat Jiwang, cuma sesuai untuk usia 18 tahun ke atas yang sudah matang. Penuh dengan aksi2 gediks. Tiada kaitan dengan Subang Jaya serta kawasan2 yang sewaktu dengannya.
.
DULU
.
.
KINI
.
.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
.
.
sumber: – http://cute-chipmunks.blogspot.com/2010/01/kata-kata-mutiara-cinta.html
.
Misteri kehilangan baju merah
Apr 30th
Hampir 2 tahun baju merah itu tidak kelihatan. Di manakah hilangnya baju merah itu? Baju merah yang disebutkan itu adalah baju-T bandel berjenama adidas yang dibeli di kelantan. Biarpun ia agak murah, tetapi yang specialnya kerana ia pemberian kakak dan merupakan baju merah ceria pertama yang pernah dimiliki. Selalu suke pakai baju gelap-gelap.
.
Dari analisis komprehensif yang telah dijalankan, terdapat beberapa kemungkinan yang dikenalpasti. Antaranya;
- Tertinggal di kampung.
- Tertinggal di rumah member.
- Mungkin ada orang terambil.
- Hilang di kedai dobi.
Btw, gambar-gambar ini telah diambil oleh seorang member. Terima kasih kerana mengambil saya sebagai model. Harharharharta karun

























Komentar Terbaru