Politik
Pendapat Bibik mengenai kempen Sweeping Malaysian (Sapu Malaysia)
Aug 28th

Polis Indonesia perketat kawalan gerakan usir rakyat Malaysia
borhan.samah@utusan.com.my
JAKARTA 25 Ogos – Semua lokasi berkepentingan Malaysia di Jakarta dikawal polis berikutan terdapat maklumat Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atau Sweeping Malaysian hari ini.
Antara langkah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ialah menempatkan sebanyak 200 anggota polis mengawal kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di sini, sejak pukul 9.30 pagi.
Selain itu, polis juga ditempatkan bagi mengawal keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Petronas dan Bank CIMB Niaga.
Petronas turut mengarahkan kakitangannya supaya pulang awal iaitu pada pukul 1 petang setelah menerima ancaman tersebut.
Polis memberitahu demonstrasi itu akan dilakukan oleh Gerakan Pemuda Pemudi Anti Malaysia iaitu salah satu cabang di dalam Bendera.
Seorang pegawai polis yang berkawal di kediaman duta besar turut mengingatkan wartawan supaya berhati-hati kerana ada maklumat menyebut kumpulan itu nekad untuk menahan rakyat Malaysia.
Berikutan itu, semua pelajar Malaysia di Jakarta telah dinasihatkan tidak melalui kawasan Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta Pusat untuk mengelakkan daripada tindakan ‘sweeping’ oleh anggota Bendera.
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar mengingatkan pelajar supaya keluar rumah dalam berkumpulan dan segera menghubungi beliau atau pemimpin pelajar jika diancam oleh mana-mana pihak.
“Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari kawasan Menteng, khususnya Jalan Diponegoro. ia dikenal pasti antara kawasan yang akan dilakukan ‘sweeping’ rakyat Malaysia oleh kumpulan Bendera,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bagaimanapun sehingga pukul 6 petang ini, iaitu had waktu dibenarkan oleh polis untuk mengadakan demonstrasi, hanya satu demonstrasi kecil dilakukan kira-kira 15 minit di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.
Daripada maklumat polis, dijangka satu demonstrasi besar-besaran membabitkan pelbagai badan bukan kerajaan akan diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia esok yang disertai kira-kira 1,000 orang.
Utusan Malaysia difahamkan demonstrasi itu akan disertai ramai penunjuk perasaan kerana mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan ‘duit raya’ kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Petang Isnin lalu, 37 anggota Bendera berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan membawa bersama lima bungkus najis manusia kerana membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada 13 Ogos lalu.
Salah seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis itu masuk ke dalam pintu pagar kedutaan besar, manakala yang lainnya meletakkan kotoran itu ke atas bendera Malaysia di jalan dan memijaknya. – UTUSAN
.
Sumber: – http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0826&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm&arc=hive & http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0826&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive
Lim Guan Eng: Competency, Accountability & Transparency (CAT)
Aug 21st
YAB Lim Guan Eng merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang ke-4. Beliau juga adalah Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokrtik (DAP). Beliau juga adalah anak kepada Lim Kit Siang (bekas Ketua Pembangkang di Parlimen). Beliau berkahwin dengan YB Betty Chew dan mendapat 4 orang anak.
Lim Guan Eng pernah mendapat pendidikan di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, Montfort Primary English School, Batu Pahat, Batu Pahat High School dan Melaka High School. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Monash, Australia dalam pengajian Ijazah Ekonomi. Kemudian menjadi Akauntan bertauliah pada tahun 1983.
.
“…Amar Makhruf Nahi Mungkar…“
- Lim Guan Eng @ 10 Ogos 2010
.
Sumber: – http://limguaneng.com/index.php/2010/08/10/perutusan-ramadhan-al-mubarak/ & http://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Eng
Karikatur: Al Gore & Paul Wolfowitz sokong Anwar Ibrahim
Aug 6th
AL-GORE: Naib Presiden Amerika Syarikat yang ke-45
.
PAUL WOLFOWITZ: Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat 2001 – 2005
.
“We come from opposite sides of the political spectrum and disagree about a great many things. However, one issue that brings us together is the case of Anwar Ibrahim, the former deputy prime minister of Malaysia who is now leader of the political opposition in that country.”
.
“Anwar Ibrahim could be headed to prison again on trumped up charges. We urge the U.S government to speak out on his behalf”
.
.
Petikan daripada WALL STREET JOURNAL & BLOG ANWAR IBRAHIM: HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA
Reformasi versi kartun: Zunar & Konco-konco fail saman terhadap KDN
Jul 27th
Pada 26 Julai 2010, kartunis Zunar (Zulkiflee Anwar Ulhaq) dengan bantu pihak MalaysiaKini, telah memfailkan saman terhadap Kementrian Dalam Negeri kerana mengharamkan buku/majalah kartun terbitan Zunar dan konco-konconya. Alasan KDN untuk mengharamkan penerbitan buku/majalah adalah tidak konkrit. Zunar & konco-konco mempersoalkan bagaimana kartun-kartun politik yang secara satira memberi komen mengenai politik serta ahli-ahli politik Malaysia boleh mengancam ketenteraman awam.
Bolehkah kartun2 politik mengancam ketenteraman awam? Apakah? KDN tiada bukti untuk menunjukkan bahawa penerbitan buku/majalah tersebut mengancam ketenteraman awam. Malah, mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan sebelum pengharaman tersebut dibuat.
.
Malaysiakini, Zunar saman KDN Jul 26, 10 7:17pm
Malaysiakini dan kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.
Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - kedua-duanya karya Zunar – didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Pengharaman buku tersebut juga didakwa melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana Zunar ataupun Malaysiakini tidak diberi alasan terhadap tindakan tersebut.
Kedua-dua pihak menuntut mahkamah mengeluarkan arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku itu dan bayaran kos kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.
Zunar berkata, pengharaman itu merupakan cubaan untuk menekan ekspresi politik dan membataskan pertukaran idea dan pendapat di kalangan rakyat Malaysia.
“Pada pandangan kami pengharaman seperti ini tidak perlu dalam sebuah negara demokrasi seperti ini,” katanya dalam sidang media selepas memfailkan saman itu di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.
Ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran (bawah) pula berkata, pengharaman itu atas alasan “boleh mengancam ketenteraman awam” merupakan tidak adil sedangkan tiada penjelasan yang jelas diberikan oleh kerajaan.
Kementerian itu juga didakwa tidak memberikan peluang kepada Zunar dan Malaysiakini untuk memberikan respons.
“Selepas buku-buku itu dirampas, Malaysiakini menulis bagi berdialog dengan kementerian tetapi mereka tidak menjawabnya,” katanya.
Buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Datul Kartun - diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd – dilarang daripada dipamerkan bermula 24 Jun lalu.
Zunar berkata sebelum diharamkan sebanyak 20,000 naskhah Perak Darul Kartun dijual manakala 1Funny Malaysia yang baru memasuki cetakan kedua hanya sempat beredar sebanyak 5,000 naskhah.
Zunar dan Malaysiakini diwakili peguam Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga dan Aston Paiva.
.
.
sumber: http://www.malaysiakini.com/news/138391, http://www.facebook.com/profile.php?id=1144402756&ref=search#!/photo.php?pid=1550410&id=1144402756 & http://www.facebook.com/profile.php?id=1144402756&ref=search#!/zunar.kartunis?ref=ts
Mufti Perak: Tan Sri Dr Harussani Bin Hj Zakaria
Jul 26th
Harussani Zakaria adalah merupakan Mufti Perak sejak tahun 1992. Beliau di lahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kampung Kedah Parit Buntar, Anglo Chinese School (ACS) Parit Buntar, Sekolah Idrisiah Kuala Kangsar, Kuliah Al-Attas Johor Bahru dan Kolej Islam Malaya Klang. Kemudian, beliau telah mengikuti kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom pada tahun 1989.
Beliau hidup dalam serba sederhana. Isteri beliau bernama Ainon binti Abdul Ghani dan mereka telah dikurniakan 4 orang anak. Kini, mereka menetap di No 109, Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, Ipoh, Perak.
“Saya seorang mufti, takkanlah saya nak membohong”
-Harussani Zakaria 20 Julai 2010
.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Harussani_Zakaria










Komentar Terbaru