Umum
Entri memohon maaf terbuka kepada Encik Remedy
Jul 1st
Atas nama persahabatan dan hobi blogging nie, saya memohon maaf ke atas kesalahan mengguna bahasa kasar terhadap kesalahtafsiran terhadap pelawaan beliau dalam shoutbox semalam. Adalah menjadi amalan di mana SPAM di shoutbox yang ada unsur2 tidak ingini di’ban’.
Saya tidak bermaksud menyerang peribadi cuma menapis perkara2 berikut sahaja. Tetapi kini, saya menyaku saya tersalah tafsir (salah sangka bro). Justeru itu, untuk menjernihkan keadaan, entri ini telah dibuat.
Harap perkara ini tidak dipanjangkan dan harap2 pihak Encik Remedy boleh membersihkan nama saya juga. Semoga berjaya dalam perniagaan saudara & dirahmati Allah S.W.T.
Nota: Saya tarik balik label ‘blog lucah’ dan perkataan ‘bodoh’. Kerana blog beliau bukanlah seperti yang disangka.
World Cup 2010: Kucing gemuk main judi bola sepak
Jun 7th
Believe it or not? Kemungkinan besar Si kucing gemuk boleh main judi bola sepak sempena world cup di Malaysia. Beliau tidak perlu lagi untuk pergi ke luar negara atau bertaruh dengan sindiket judi haram seperti tahun2 terdahulu untuk melepaskan ketagihan untuk berjudi. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah memberi lesen kepada kumpulan Syarikat Berjaya, Vincent Tan.
.
Walaubagaimanapun, majoriti rakyat Malaysia yang bencikan judi membantah pemberian lesen judi tersebut. Mengapakah negara majoriti penduduk Islam serta pemimpin tertingginya adalah muslim meluluskan lesen judi? Tidak malukah kita bila non-muslim turut berdemonstrasi membantah pemberian lesen judi? Harap2 Perdana Menteri membaca blog ini.
.
YB Bro Awang Adek mewakili kerajaan Malaysia menghalalkan judi bola sepak di TV3
.
Kesan-kesan judi bola sepak yang telah dihalalkan oleh kerajaan Malaysia.
- Keruntuhkan mutu sukan negara.
- Mendorong rakyat bergantung kepada nasib.
- Menurunkan produktiviti negara.
- Meruntuhkan institusi keluarga.
- Meningkatkan gejala sosial.
- Meningkatkan kadar jenayah.
- Meningkatkan beban hutang rakyat.
- Meruntuhkan ekonomi negara.
- Menyalahi dasar-dasar semua agama.
(sumber: http://bantahjudi.wordpress.com/2010/06/04/perlancaran-kempen-memansuhkan-judi-sukan/)
Horrorskop Bulan Ini
May 21st
Apa itu komik indie online? (Bukan hindi yer kengkawan… hahahaha)
Jan 14th
Sekarang nie memang trend muda mudi duk nak semuanye letak brand ‘indie’. Semua benda yang cool nak dikatakan ‘indie’. Begitulah juga kami yang jiwa remaja ni pun nak letak slogan blog/site ni dengan label ‘indie’ juga. Hahahaha… takdelah…. weh… statement atas ni tak betul.
Sebenarnya, kami bukan saja-saja nak letak brand ‘indie’ ni. Maksud indie yang kami ingin ketengahkan adalah lebih mendalam. Indie yang kite nak ketengahkan adalah kebebasan. Lukis ikut suke ati. Tak payah fikir ttg mata org lain. Asalkan mata kite rs best. Melukis dgn bebas. Biarpun lukisan tak berapa cantik… tapi lukisan itu bermakna.
Seperti band2 indie yang kita lihat, suara sengau2… tp muziknya sedap juga. Begitulah juga komik indie, lukisan nampak pelik2… tapi ceritanya sedap juga. Yup… sebab itulah ini FreeWEBcomic : Sawang Komik Indie Malaysia.
.

Contoh komik mainstream. Artwork yang berkualiti tinggi. Cantik. Tapi selalunya temanya sama saja dan komersil.
.
.

Ini contoh komik indie. Ntahapapantah lukisan dan ceritanya. Bengkang bengkok. Kadang-kadang langsung tak paham. Hahaha. Tapi lukisan ini bermakna pada hati pelukis dan pembaca yg memahami. Cerita ttg kehidupan.
.
.
Kebanyakkan yang melukis di sini adalah golongan-golongan yang pekerjaan utamanya bukan melukis/seni. Ada yang keje kerajaan, IT, kewangan, bank, student, dan sebagainya. Mereka berkarya untuk kepuasan dan release tensyen. Mereka takde mase nk buat karya2 hebat seperti artist2 yang hebat di pasaran. Tanpa di edit. Tanpa ganggu editor2 kapitalis yang sgt cerewet. Inilah komik indie… gerakan komik indie online yang telah bermula sejak tahun 2007 lagi.
.
.
Komitmen & konsisten.
Teruskan support kami.
Hantarkan karya2 sempoi anda kepada kami…. encikmeor(a)yahoo.com.
Jangan lupe juga klik nuff nang untuk membantu kami bayar hosting. huhuhu…











Komentar Terbaru