Website
PeKOMIK: Persatuan Penggiat Komik Malaysia
Jul 17th
PeKOMIK merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 2007. Objektif utama kemunculan Pekomik adalah untuk merapatkan hubungan dan rangkaian pelukis komik, penulis komik, penerbit dan pembaca di Malaysia. Penubuhan persatuan ini bermula daripada buah fikiran pelukis komik, Azhar Abdullah (a.k.a Azharmaa) serta beberapa rakan bekas pelukis komik Urban Militia. Kemudian, idea tersebut telah dipanjangkan ke komuniti artist online paling aktif, Pergh.com. Sehinggalah impian tersebut menjadi kenyataan.
.
Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh PeKOMIK adalah seperti Anugerah Pekomik, PeKOMIK Mini-kon, 24 Hours Comic Day, bengkel2 melukis dan banyak lagi. PeKOMIK telah memberi nafas baru kepada arena komik tempatan yang kian berkembang dan semakin subur.
.
sumber: http://www.facebook.com/group.php?gid=34849494194, http://pekomik.blogspot.com/ & http://pekomik.com/berkaitan-pekomik
OneManga: Baca manga percuma secara online
Jul 13th
Manga merupakan perkataan Jepun bermaksud ‘komik’. Manga telah menjadi satu genre komik & kartun yang kuat secara global sejak saye kecik lagi. Masa dulu, saye duk kumpul duit nak beli manga2 yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu. Kini, dalam era limpahan teknologi maklumat ni, manga kini boleh dibaca secara ‘FREE‘.
Salah satu website yang mesra pengguna adalah OneManga. Di sini, korang boleh baca manga2 terkenal seperti Naruto, One Piece, Bleach, Doraemon, Dragon Ball, Shin Chan dan sebagainya. Membaca komik bertambah mudah dengan komik online.
.
Onemanga.com: FREE MANGA ONLINE
.
Selain itu, korang leh juga try layan website2 manga lain nie.
- MangaShare.com
- AnyManga.com
- MangaVolume.com
- MangaFox.com
Senarai laman web mencari jawatan kosong
Jul 10th
Salam.
Baru2 nie jumpe member lame. Dia menganggur. Dia berhenti kerja sebab stress keje lama. Sampai sekarang tak dapat keje. Kesian kat beliau. Saye faham perasaan dia sebab saye pernah mengalami situasi yang sama. Harap2 beliau akan terus tabah dan cekal berusaha. Kerana dia masih belum jumpe rezekinya. Beliau mesti yakin bahawa ada rezeki untuk dia, cuma belum jumpe je lagi. Beliau kena usaha lagi dan lagi. Insya-Allah.
.
Justeru itu, saye ingin membantu rakan2 lain yang masih menganggur, supaya mereka terus berusaha sungguh2 mencari kerja. Hantar resume banyak2 sampai termuntah. Tambah lagi, sila lah ke laman web yang tertera di bawah untuk mencari kerja kosong.
.
LAMAN WEB MENCARI KERJA / JAWATAN KOSONG
JAWATAN KOSONG DI SEKTOR KERAJAAN (GOMEN)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
.
JAWATAN KOSONG DI SEKTOR KERAJAAN, AGENSI KERAJAAN & SWASTA
.
JAWATAN KOSONG DI SEKTOR SWASTA
.
Nanti kalau dah berjaya, jangan lupa banyakkan bersyukur kepada Allah S.W.T dan bantulah orang dalam kesusahan. Kerana rezeki datang daripada Allah S.W.T.
Ijoi’s Gelak.com.my : Gerbang Lawak, Animasi & Kartun
Apr 25th
Sila lawati penampilan terbaru blog webkomik Brader Ijoi. Fresh & lain dari lain. Kartunis online bawah tanah yang komitmen dan konsisten dengan perjuangan webkomik. (Klik pada gambar untuk ke blog tersebut)
Terdapat pelbagai komik2 dan kartun2 menarik. Antaranya;
- Sangap
- Bob N Boy
- Letih Show
- Mat Lanchut
- Dunia Mergastua
- Sang Arjuna Tapa
- Hikayat Pendekar vs Samurai
dan banyak lagi!!!!
Apa itu komik indie online? (Bukan hindi yer kengkawan… hahahaha)
Jan 14th
Sekarang nie memang trend muda mudi duk nak semuanye letak brand ‘indie’. Semua benda yang cool nak dikatakan ‘indie’. Begitulah juga kami yang jiwa remaja ni pun nak letak slogan blog/site ni dengan label ‘indie’ juga. Hahahaha… takdelah…. weh… statement atas ni tak betul.
Sebenarnya, kami bukan saja-saja nak letak brand ‘indie’ ni. Maksud indie yang kami ingin ketengahkan adalah lebih mendalam. Indie yang kite nak ketengahkan adalah kebebasan. Lukis ikut suke ati. Tak payah fikir ttg mata org lain. Asalkan mata kite rs best. Melukis dgn bebas. Biarpun lukisan tak berapa cantik… tapi lukisan itu bermakna.
Seperti band2 indie yang kita lihat, suara sengau2… tp muziknya sedap juga. Begitulah juga komik indie, lukisan nampak pelik2… tapi ceritanya sedap juga. Yup… sebab itulah ini FreeWEBcomic : Sawang Komik Indie Malaysia.
.

Contoh komik mainstream. Artwork yang berkualiti tinggi. Cantik. Tapi selalunya temanya sama saja dan komersil.
.
.

Ini contoh komik indie. Ntahapapantah lukisan dan ceritanya. Bengkang bengkok. Kadang-kadang langsung tak paham. Hahaha. Tapi lukisan ini bermakna pada hati pelukis dan pembaca yg memahami. Cerita ttg kehidupan.
.
.
Kebanyakkan yang melukis di sini adalah golongan-golongan yang pekerjaan utamanya bukan melukis/seni. Ada yang keje kerajaan, IT, kewangan, bank, student, dan sebagainya. Mereka berkarya untuk kepuasan dan release tensyen. Mereka takde mase nk buat karya2 hebat seperti artist2 yang hebat di pasaran. Tanpa di edit. Tanpa ganggu editor2 kapitalis yang sgt cerewet. Inilah komik indie… gerakan komik indie online yang telah bermula sejak tahun 2007 lagi.
.
.
Komitmen & konsisten.
Teruskan support kami.
Hantarkan karya2 sempoi anda kepada kami…. encikmeor(a)yahoo.com.
Jangan lupe juga klik nuff nang untuk membantu kami bayar hosting. huhuhu…










Komentar Terbaru