Rejected again: Pergi, kamu tak tau melukis!
Jul 5th
Suatu hari, untuk kali ke-4 Brader Luv pergi ke sebuah studio majalah kartun tersohor. Brader Luv berjumpe dengan editor syarikat tersebut.
Editor: Kalau dulu memang ada ruang, tapi sekarang kami dah dapat kartun2 dari kartunis terkenal. Kamu baru lagi. Cukup untuk 3, 4 bulan. Sanggup tunggu?
.
Brader Luv: Saye sanggup tunggu. Boleh. Ni saye dah buat balik lukisan ikut nasihat encik baru2 nie.
.
Editor: Herm, tapi kamu ni baru. Lukisan kamu pun lemah ni. Cuba lagilah lain kali. Tapi aku tak jaminlah nk publish.
.
Brader Luv: Erm, yakah? Tapi dulu ckp ok? Apakah?
.
Editor: Kamu tak pandai melukis lagi nie. Kamu pergi sana jumpe kartunis2 tue minta tunjuk ajar. (kemudian, editor tu menjerit kepada staff2nya)…. Korang tolong budak nie, dia tak tau melukis!
.
Zine Cipan dalam pembikinan
.
Usah putus asa – Akbar (feat. Mirwana)
Anwar Ibrahim Vs Khairy Jamaluddin: Flirting With Zealotry In Malaysia
Jul 3rd
Negara telah digegarkan dengan pendedahan yang dibuat oleh kolumnis berbangsa Yahudi di Amerika Syarikat, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post mengenai kunjungan mesra Yahudi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Washington, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Kantoi bro? Apakah?
.
Khairy Jamaluddin menghentam Anwar Ibrahim
.
Anwar Ibrahim menyelar Khairy Jamaluddin
.
Anda boleh baca artikel Flirting With Zealotry In Malaysia (bermain dengan kefanatikan di Malaysia) di Washington Post atau di Blog Anwar Ibrahim.
PJJ: Pendidikan Jarak Jauh (18SJ)
Jul 2nd
.
Awak: Awak, nanti saya nak sambung belajar. Nak buat PJJ.
Saye: Kat ne?
Awak: Kat UUM
Saye: Wah, bagus2…
.
.
Hidup menjadi gelap jika tanpa cita-cita. Tetapi cita-cita menjadi buta jika tidak disertai dengan ilmu pengetahuan . Manakala, ilmu pengetahuan menjadi hampa jika tidak diikuti dengan usaha. Serta, setiap usaha akan sia-sia jika tidak disertai dengan doa & tawakal.
.
Entri memohon maaf terbuka kepada Encik Remedy
Jul 1st
Atas nama persahabatan dan hobi blogging nie, saya memohon maaf ke atas kesalahan mengguna bahasa kasar terhadap kesalahtafsiran terhadap pelawaan beliau dalam shoutbox semalam. Adalah menjadi amalan di mana SPAM di shoutbox yang ada unsur2 tidak ingini di’ban’.
Saya tidak bermaksud menyerang peribadi cuma menapis perkara2 berikut sahaja. Tetapi kini, saya menyaku saya tersalah tafsir (salah sangka bro). Justeru itu, untuk menjernihkan keadaan, entri ini telah dibuat.
Harap perkara ini tidak dipanjangkan dan harap2 pihak Encik Remedy boleh membersihkan nama saya juga. Semoga berjaya dalam perniagaan saudara & dirahmati Allah S.W.T.
Nota: Saya tarik balik label ‘blog lucah’ dan perkataan ‘bodoh’. Kerana blog beliau bukanlah seperti yang disangka.
Kanben TV: Utamakan Keselamatan
Jul 1st
Rancangan TV komik ini tidak ada di mana-mana saluran yang ada dipasaran. Sebuah rancangan yang ceria, rileks dan sinis, Kanben TV. Keudara untuk pertama kalinya di freeWEBcomic – saluran komik indie online. Ikutilah rancangan TV komik ini dengan hati yang tenang dan minda yang terbuka. huhuhu…
IHSAN DARIPADA ENCIK KANBEN
SILA LAWATI KANBEN STUDIO

















Komentar Terbaru