Meo188's freeWEBcomic: SAWANG KOMIK INDIE MALAYSIA
27
Selamat tinggal koleksi komik
Posted by meo188
Suatu hari yang ceria di sebuah kampung di Ipoh, tiba-tiba Samdol disapa oleh Papa Travolta.
Papa Travolta: Samdol, nanti kalau ada masa masukkan semua komik-komik kamu tu dalam kotak ye. Senang nak simpan dalam stor.
Samdol: Uiks, letak dalam kotak?
Akan datang
JUALAN KOMIK
SECOND HAND
freeWEBcomic!
Filed under: Peribadi | Tags: comic addicted, ketagih komik, Komik (12) | September 27th, 2011
26
Tak mau tulis panjang2. Tapi korang leh nilai sendiri. Kartun editorial karya kartunis Miki. Petikan daripada Utusan Malaysia hari ini 26 September 2011.
Filed under: Politik | Tags: BN (30), hina Islam (3), hudud (2), kartun editorial (4), Kartunis (28), miki (3), nik aziz, Pakatan Rakyat (44), PAS (29), Politik (22), UMNO (28), Utusan Malaysia (5) | September 26th, 2011
26
Tadaa… ini merupakan sketch karikatur yang saye buat mase 2 tahun lepas. Ntah macamana terjumpe terselit kat dlm PC nie. Sketch karikatur seorang blogger pantai timur yang comel, Mizzamy. Beliau merupakan sorang member blogger yang sporting dan best.
Sketch guna pensil murah

Inking guna pen murah juga. huhuhu
Comel kan? Selain beliau ade blog personal The Pink Dress Diary, beliau ade blog jual kasut. Yes, Mizzamy nie merupakan part-time internet entrepreneur. Korang leh tengok design2 kasut yang best di AbsolutelyGorgeous. Bukan sekadar kasut biasa, malah korang leh pilih design, warna dan saiz ikut selera korang. Serius kreatif.
Disamping menjual/design kasut secara online, Mizzamy nie juga melibatkan diri dalam bidang make-up. Korang leh tgk blog make-up gadis comel nie, Beauty Touch of Amy Zalini. Korang leh dapatkan pakej2 make up pada harga berpatutan kat sini. Bagi yang ada plan nak kahwin, leh lah survey.
Ok, that’s all about Mizzamy, blogger gadis pantai timur.
Filed under: Blogger | Tags: absolutely gorgeous by amy, beauty touch, Blogger (8), kahwin (13), Karikatur (48), karikatur malaysia (32), karikatur online malaysia (32), Kartun (41), kasut, make-up, mizzamy | September 26th, 2011
25
Pemenang MSC’s IPCC 2011
Posted by meo188
Berikut adalah senarai pemenang di majlis Intellectual Property Creators Challenge (IPPC) 2011 yang diadakan baru2 nie. Tahniah kepada para pemenang!
Komik Interaktif Digital Terbaik
- Flying Amah (MFX Pictures)
- Pusaka 5 (RejaKram)
- Bong (Obexstudio)
- Andani Andano (Purbawara)
- Fables of Gak and Muk (Strawberry Mozarella)
- Evening Rumours : The Legend of Selat Tebrau (AlterEgo)
- Autorun – First Task (Autorun)
- Kombo – Budak Kombinasi Terbaik (Froggypapa)
- Masak Masak Kampung Puteh (Clazroom)
- Symphony (Fouskart)
- Kersani (Red Lorry Yellow Lorry)
- Malaysia Joke (Loosecartoon)
- Pawang Rimau (Kromosom Komik)
- Wild Kick (Kickers)
- Jazz : Secrets and the Seal (Perspex Studio)
- Timeless (Digital Coo)
- Jimi Germ (Lefty Gilamon)
Games Terbaik
- Myth Tide: Malaya (Pocket Ride)
- Capper (Budak Kampung)
- Durian Rush (VSG)
- Bunny Escape (T-Rab)
- Tinkerer’s Box (The Tinkers)
- Golden Voyage (GamingPunch)
- Golden Guli ~ Hit The Marble Out (iReka Games)
- Mulu Warrior (Mulu Warrior)
- Hidden Relic (Common Extract)
- Diggonaut (Kurechii Studio)
Animasi Terbaik
- Zibiru (Animagis)
- Takraw Showdown (Open Echo Communications)
- Sunsastera (Purple Flame)
- Rimba Racer (Glue Studios)
- Down Below – Anna & Jo (Rinato Animation Studio)
- Zaid’s Zoo (Synergy Lab)
- Pendekar Luncai (Sifumedia)
- “Tok” 3D Animation Feature Film (Knowmad Productions)
- Adventures of Cubit (Hiccup)
- DreamVenture (Dream Cat)
- Sahabat Alam (PurFX!)
- Dugis (Durian)
- Dayang and the Daggers (Sea Adventures)
- Pengembaraan L. Jalak (Kelanaboy)
- Lagenda Melaka (Tick Tact Troll)
- Alam: Tales of A Wanderer (Young Folks Studio)
- Nicholas Mariston J (Aka Kame)
- Naga Kinabalu (Moonachi)
- Balong (Ethos Studio)
- The Amazing Awang Khenit (Black Hole Studio)
Filed under: News | Tags: comic competition (2), digital comic (7), Komik (12), mdec (2), msc ippc 2011 (2), Pertandingan (3) | September 25th, 2011
21
Mat Sabu: Kerana Pulut Santan Binasa
Posted by meo188
Akibat cuba meraih sokongan politik, kini Mat Sabu telah menjadi kebencian sebilangan rakyat Malaysia. Mat Sabu yang telah menghina bekas2 polis yang telah terkorban dalam tragedi Bukit Kepong dan beliau telah menyokong perjuangan komunis yang telah membunuh & membakar polis2 serta keluarga mereka.
Baru2 nie ada pihak tertentu yang telah cuba untuk membakar rumah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Seksyen 19 di Shah. Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mat Sabu terbakar, dipercayai akibat bom petrol.
(sumber:-http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5492-pas-kecam-cubaan-bakar-rumah-mohamad-sabu)
Terkini, Mat Sabu telah ditahan polis Pulau Pinang jam 10 malam tadi. Beliau telah dibebas dengan ikat jamin dan akan didakwa esok kerana statement mengenai Bukit Kepong. Itulah, kerana pulut, santan binasa.
Filed under: Politik | Tags: amn (2), harakah (3), mat sabu (3), Pakatan Rakyat (44), PAS (29) | September 21st, 2011
21
Kartunis terkenal, Zunar akan membuat sessi ‘special’ dengan peminat2 Sabtu nie kat PJ. Kalau korang free datanglah. Saye tak dapat nak g lak. Ade job outstation dengan krew tupaitv mase tue. Apa-apa pun tetap support bro!
Zunar terima anugerah Hellmann-Hammett
BANGKOK, 12 Sept: Selepas menerima anugerah di Amerika melalui CRNI, kini kartunis Zulkifli Anuar ul Haq atau Zunar akan menerima anugerah dari badan hak asasi antarabangsa pula.
Beliau akan menerima anugerah Hellmann-Hammett award di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT), Bangkok Rabu, 14 September ini.
Selain Zunar, dua lagi penulis akan menerima anugerah Hellmann-Hammett ini iaitu Chiranuch “Jiew” Premchaiporn (Thailand) dan Hang Chakra (Cambodia).
Turut berucap di di majlis ini nanti adalah Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di samping Shawn Crispin, Wakil Asia Tenggara Committee to Protect Journalists (CPJ).
Tahun ini, 48 penulis dari 24 negara seluruh dunia akan menerima geran Hellman/Hammett sebagai satu pengiktirafan kepada kesungguhan mereka dalam memperjuangkan hak asasi manusia termasuk menghadapi pendakwaan.
Zunar terkenal dengan buku-buku kartunnya bermula dengan Harakah pada tahun 1998 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dipenjarakan ketika itu.
Beliau telah menghasilkan kartun-kartun editorial yang sangat menarik dan telah menyumbang kemenangan besar PAS pada pilihan raya 1999.
Zunar selepas itu menjadi pengarang Warta Keadilan dan berjaya menaikkan edaran akhbar itu sehingga melebihi 100,000 naskah setiap keluaran.
Kini Zunar menerbitkan sendiri buku-buku kartunnya namun sentiasa sahaja mendapat sekatan dari pihak kerajaan di mana buku-buku terbitannya diharamkan oleh kerajan.
Petikan dari HarakahDaily











Komentar Terkini