Meo188's freeWEBcomic: SAWANG KOMIK INDIE MALAYSIA
9
KUALA LUMPUR: Perangkaan rasmi polis menyatakan seramai 1,667 orang ditangkap dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 hari ini- rekod paling besar pernah dicatatkan dalam sejarah negara.
Jumlah yang ditangkap termasuk wanita dan kanak-kanak.
Dalam perhimpunan hari ini, polis bertindak ganas dengan menahan, menghalang, menangkap dan mencederakan peserta himpunan dan pimpinan Pakatan Rakyat di beberapa lokasi di ibu negara.
Malah orang ramai termasuk pimpinan Pakatan Rakyat sendiri turut mengalami kecederaan akibat kekasaran polis.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera akibat terkena tembakan gas pemedih mata oleh pasukan polis ketika beliau berada di sekitar Kl Sentral.
Turut cedera, pengawal peribadi Anwar yang cuba melindungi Ketua Pembangkang itu.
Antara yang ditangkap termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ditahan di KL Sentral.
Selain itu Pengerusi Bersih, S Ambiga turut ditahan polis.
Antara pimpinan Pakatan yang ditahan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad cedera di kepala selepas terkena tembakan balang (Canister) gas pemedih mata FRU.
Meskipun berdepan tindakan ganas dan keras oleh pihak berkuasa, ribuan peserta tidak berganjak untuk terus berhimpun di ibu negara.
Sebahagian peserta himpunan, berjaya mengiringi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menuju ke Stadium Merdeka.
Meskipun yang lain berpecah kepada beberapa kumpulan akibat halangan polis, mereka berjaya bergabung di beberapa lokasi, misalnya di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank.
Sebahagian kira-kira lebih 10,000 peserta pula berhimpun di KLCC.
Tangkapan dilapor dilakukan di sekitar Jalan Tun Sambanthan, Kampung Baru, KL Sentral, Bank Negara, LRT Taman Melati, Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka.
Polis menjadikan Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak dan Balai Polis Jinjang sebagai tempat tahanan.
Bersih dalam kenyataannya menyatakan himpunan ini berjaya mencapai matlamat dengan mengganggarkan sekurang-kurangnya 50,000 orang hadir dalam himpunan ini.
Dalam himpunan hari ini, polis juga bertindak biadap apabila menutup pintu pagar Masjid Kampung Baru, manakala Masjid Negara pula diarahkan kosong termasuk mereka yang mahu menunaikan solat.
Polis sejak malam semalam menutup jalan- jalan masuk menuju ke Kuala Lumpur dan menggeledah dari bilik ke bilik hotel di sekitar pusat bandar bagi mencari aktivis Bersih.
Beberapa stesen LRT dan monorail juga ditutup bagi menghalang ribuan lagi yang cuba menyertai perhimpunan itu.
TRANSFORM!
REFORM!
sumber:http://keadilandaily.wordpress.com/2011/07/09/hampir-seribu-ditangkap-termasuk-pimpinan-pakatan/
Filed under: Politik | Tags: bersih 2.0 (4), Bumble Bee (8), Dap (24), Pakatan Rakyat (44), PAS (29), PKR (32), transformer (3), UMNO (28) | July 9th, 2011
8
Panduan utk 9/7 (sebarkan!) -
- Datang ke KL seawal mungkin – cuba elak dari memandu ke KL.
- Sementara menunggu 2pm, anda boleh bersarapan atau makan angin di tempat awam berdekatan Stadium Merdeka (sokong peniaga tempatan).
- Rakan2 Muslimin/Muslimat boleh tunaikan solat Zohor di mana-mana masjid sesuai.
- Sebelum 2pm, sila menuju ke Stadium Merdeka.
- Terpulang kepada anda jika ingin memakai kuning atau tidak. Rakyat memakai kuning mungkin akan menghadapi sekatan yang lebih kuat untuk masuk KL.
*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan*
- Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
- Duit-maksimum RM100 sahaja.
- Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
- Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
- Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya SAHAJA boleh digunakan.
- Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
- Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
- Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
- Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
- Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
- Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
- Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
- Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
- Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0.
*Perkara yang tidak dibenarkan*
- Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
- Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
- Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
- Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
- Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
- Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
- Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
- Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
- Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
- Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
- Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
- Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
- Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
- Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
- Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
- Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
- Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
- Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
- Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
- Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
- Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
- Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan
- Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
- Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
- Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Stadium Merdeka
- Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.
*Semasa perhimpunan dan perarakan*
- Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
- Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
- Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
- Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
- Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
- Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
- Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
- Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
- Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
- Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
- Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
- Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
- Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
- Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
- Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 2.0.
- Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
*Selepas perhimpunan*
- Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
- Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 2.0.
- Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 2.0. - Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
- Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
- Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0.
*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*
- Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
- Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
- Jangan hampiri mereka.
- Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
- Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
- Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
- Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
- Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
- Duduk jika pimpinan arahkan.
- Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
- Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
- Ambil gambar mereka jika sempat.
- Buat laporan Polis jika anda dikasari.
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
APABILA DISOAL OLEH POLIS
- PengenaIan Anda
- Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
- Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? “
Bilakah anda ditahan
1. Anda ditahan apabila anggota polis itu
- menjawab “ya” pada soalan di atas
- beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari.
2. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
Bilakah anda tidak boleh ditahan
- Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).
*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
- Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
- Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
- Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
- Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
- Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
- Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
- Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
- Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
- Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
- Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
- Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
“Bahaya pakai baju kuning esok siot”
Filed under: Politik | Tags: amiga, bersih 2.0 (4), BN (30), Dap (24), hindraf (2), MCA (6), MIC (9), Pakatan Rakyat (44), Parti Cinta Malaysia (2), Parti Kita (5), PAS (29), PKR (32), UMNO (28) | July 8th, 2011
7
Filed under: Animasi | Tags: Animasi Malaysia (5), gila-gila (3), Hybrid Creative Evolution, Intelligent Blues Club, Kartun (41), sekolah (4), Ujang (4) | July 7th, 2011
6
Carta Top 10 Gadis Comel & Cute
Posted by meo188
Salam semua. Hari nie nak share kat korang siapa kah gadis yang berjaya menduduki carta 10 gadis comel & cute pujaan hati samdol. Berikut adalah senarai tersebut;
Tempat ke-10
Awak
Tempat ke-9
Awak
Tempat ke-8
Awak
Tempat ke-7
Awak
Tempat ke-6
Awak
Tempat ke-5
Awak
Tempat ke-4
Awak
Tempat ke-3
Awak
Tempat ke-2
Awak
Tempat PERTAMA
AWAK
Filed under: Awak | Tags: Awak (13), Comel (12), cute (9), Gadis (21), gadis bertudung (8), gadis melayu (7), jiwang (14), Karikatur (48), Kartun (41), Sayang (3) | July 6th, 2011
5
Bumble Bee Proton Gen2 Kuning Sportrim Satria Neo
Filed under: Peribadi | Tags: Bumble Bee (8), Gen2 (4), Lawak (11), Proton (7), transformer (3) | July 5th, 2011
3
Komik Kerajaan Pasir Panjang
Posted by meo188
Kisah komik bersiri ini berkisarkan tentang seorang raja bernama Prabu Tapa Agong mencari pewaris bagi takhta kerajaan beliau. Beliau mempunyai 7 orang anak dara. Setelah berbincang dgn pembesar istana, beliau telah bersetuju untuk memilih anak beliau Purbasari untuk mewarisi kuasa pemerintahan. Malangnya, ada pihak yang tidak berpuas hati dan telah berkonspirasi untuk menghancurkan rancangan tersebut. Mari kita ikuti kisah menarik ini di WuuhuuOnline e-comic.
Grafik ihsan daripada WuuhuuOnline













Komentar Terkini