Tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

 

 

Maher Zain – Freedom

Ihsan daripada WuuhuuOnline

Ini merupakan kartun petikan daripada WuuhuuOnline edisi ke 10. Sekali pandang, ingatkan ini loose 1 muka. Rupanya ada 3 strip kartun kat dlm nie. Kartun strip gaya bebas tanpa menggunakan garisan panel antara adegan. Nampak santai gak takde panel antara 1 adegan kan. Mungkin ia lebih cantik kalau kartun strip tanpa panel dalam format ‘black & white’. Seperti yang sering dilukis oleh Dato’ Lat, Zunar dan kartunis2 editorial lain.

Korang leh layan lagi banyak karya menarik di WuuhuuOnline edisi ke-10 yang baru di’upload’ hari ini.

Filed under: Webcomic | Tags: , kartun strip, kopitiam, , , , oldtown, , | July 1st, 2011

Awak, semalam saye tak lena tidur

Kenapa?

Rindu

Keciannye, rindu kat awak gak

Tidur tak lena.

Mandi tak basah

Makan tak kenyang

Lemah siot

 

Filed under: Awak | Tags: , pencintaan jarak jauh, | June 29th, 2011

Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque akan menerima anugerah antarabangsa daripada Cartoonists Rights Network International (CRNI) di St. Petersburg Florida, Amerika Syarikat pada 7 Julai ini. CRNI adalah satu badan NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Badan itu mewakili ratusan editorial kartunis seluruh dunia yang berperanan melindungi kartunis yang ditekan kerana karya mereka.

Inilah perjuang kartun sejati. Di dalam negara, karya beliau dirampas, diharamkan, dikutuk sehinggakan beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa tanpa sebab yang konkrit. Tetapi di luar, beliau disanjung dan dihargai. Beliau adalah seorang kartunis ‘living legend’.

 

SAYA bersyukur kerana telah dipilih untuk memenangi sebuah award untuk kartunis editorial antarabangsa dari sebuah badan yang mewakili kartunis-kartunis editorial sedunia, Cartoonists Rights Network International (CRNI).

-Kartunis Zunar

 

Filed under: News | Tags: cartookafe, Cartoonists Rights Network International, , , , , , , | June 28th, 2011

Ihsan daripada Kartunis Ijoi

Dapatkan karya-karya kreatif Kartunis Ijoi di Sayembara Kartun