Gerhana : Kemunculan Pakatan Webkomik?

Posted by meo188 on 22. Jul, 2009 | 5 Comments

Saya cuma sekadar seorang peminat setia kartun / komik online / webkomik. Saya amat berminat untuk melukis kartun / komik biarpun banyak kali karya-karya saya telah direjek. Tidak mahu putus asa. Kemunculan saya di arena kartun / komik online dan adalah untuk memenuhi impian dan kekosongan hidup. Cewah… sgt gediks. huhuhu…

Mcm gempak je gile ah ding dong. Just nak habaq mai kat korang, Meozeq Webcomic sudah kembali selepas berbulan-bulan terkubur & bersawang. Maaf kerana menghampakan banyak pihak. Kini, kembali pada format asal… diupdate sekerap mungkin. Projek update setiap hari tidak berjaya kerana masalah teknikal.

Jom kita layan MEOZEQ WEBCOMIC: Webkomik Indie Malaysia. FREE ONLINE COMIC /CARTOON. Himpunan karya-karya indie online yang terbaru!



KALI INI MENAMPILKAN :-

Cartoonria – Brader Joe
Brader Joe merupakan seorang kartunis online yang tidak asing lagi. Bro ini menghasilkan banyak karya-karya webkomik yang mempertaruhkan stroke kartun/komik tempatan. Karya-karya beliau banyak dipengaruhi oleh Gila-Gila, Ujang, Xpdc, Rock Kapak, dan sebagainya. Kelakar tahap gabanlah! Huhuhu.

Demi Cinta (Part 1) – Hanri
Zik, ketua pelajar Kolej Elementari Medan Baru telah mendapati bahawa seorang pelajar baru mempunyai kaitan dengan kisah silamnya. Apakah? Karya hebat dari komikus yang giat melukis secara online dan media cetak independent. Beliau yang sedang menuntut di negara Timur tengah ini kerap muncul dalam Forum IluvIslam dan Alwan Comics.

Alamgir (Part2) : Kelahiran Alamgir – Tenfaz
Kemunculan tikus kecil masih misteri. Tikus kecil itu mempunyai rahsia kuasa misteri yang bakal didedahkan dalam episod ini. Apakah kuasa yang bakal disalurkan oleh tikus kecil itu? Pastikan anda membaca karya Sci-Fi hebat ini. Lukisan & cerita oleh komikus online yang juga low-profile bergelar Tenfaz.

Lagenda Tendong (Part 2) – Kanben
Amriz cuba menyelamatkan Sakina daripada serang makhluk yang aneh. Adakah Amriz akan berjaya menyelamatkan Sakina? Ini merupakan sambungan daripada Bahagian 1. Kanben merupakan komikus independent yang amat popular di Alwan Comics. Kini, beliau masih giat melakukan kerja-kerja seni disamping sedang menuntut di negara matahari terbit.

Tuturkatun – Ijoi
Yipie, Brader Ijoi kembali lagi di Meozeq Webcomic. Kali ini Brader Ijoi akan memberi Tutorial melukis kartun yang sempoi. Tutorialnya pun dalam bentuk kartun! Pastinya Tutorial ini tidak membosankan seperti buku teks kat sekolah tue. Brader Ijoi merupakan kartunis freelance yang melukis secara online & juga dalam media cetak seperti akhbar & majalah-majalah.

Sinetron 5a : Kisah Citi, Myum dan Ayam – Zil-el-Saif
Karakter yang cute & comel. Crossover antara Meozeq Webcomic dan IbrahZine. Lukisan mantap dari Ustaz Zil-el-Saif kite. Light & easy. Pastinya, hiburan yang positif untuk santapan minda dan rohani.

Alien – Faarihin
Alien-alien comel yang menceriakan hari anda! Kartun indie yang diluahkan oleh seorang blogger berpengalaman dan popular, Faarihin.

Conteng conteng – Haxe Doku
Koleksi skecthes yang eksklusif dari seorang blogger yang menghasilkan karya-karya ketika masa lapangnya. Blog Haxe Doku ini mempunyai mempunyai ramai pengunjung setiap hari ini.

Artwork@Karbon – Buckethead
Bosan dengan karya kontemporari? Artwork@karbon merupakan koleksi hasil karya unik yang menyentuh emosi, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Dihasilkan oleh senior member pergh.com, Buckethead (a.k.a Fandi). Beliau juga seorang blogger yang aktif.

Layan – Lubok
Anda bosan dengan cerita yang kompleks, skema dan panjang. Jom kita rileks kepala dengan karya-karya unik & pelik dari kartunis amatur, Lubok. Kemunculan pertama dalam website ini.

SEJARAH MEOZEQ

KELAHIRAN MEOZEQ WEBCOMIC BERMULA APABILA DUA SAHABAT LAMA, MEO DAN ZEQ BERTEMU SEMULA PADA AKHIR TAHUN 2006. WEBSITE INI BERMULA SEBAGAI SEBUAH PLATFORM UNTUK 2 SAHABAT MEO & ZEQ MELUAHKAN HASIL KARYA MEREKA DEMI KEPUASAN SENI MEREKA. JUSTERU ITU, WEBKOMIK INI TELAH DINAMAKAN SEBAGAI MEOZEQ, HASIL GABUNGAN DUA NAMA SAMARAN TERSEBUT.

MEOZEQ WEBCOMIC BUKAN SEBUAH SYARIKAT, PERSATUAN DAN PERNIAGAAN UNTUK MENDAPATKAN KEUNTUNGAN. IA ADALAH EKSPRESI SENI YANG BERTUNASKAN KECINTAAN DAN MINAT MENDALAM TERHADAP KOMIK/ KARTUN DIGITAL ONLINE DARI NUSANTARA.

SETELAH LEBIH DARIPADA 2 TAHUN, KINI, MEOZEQ WEBCOMIC TELAH MENJADI SEBUAH PLATFORM YANG MENGUMPUL HASIL KARYA-KARYA INDIE ONLINE KHUSUSNYA KOMIK, KARTUN, LUKISAN DIGITAL, SKETCH, KARIKATUR, CERITA DAN SEBAGAINYA. KINI, KAMI MENGELARKAN IA ‘WEBKOMIK INDIE MALAYSIA’.



USAHA INI MASIH DITERUSKAN SELAGI MASIH MENDAPAT SOKONGAN DARI ANDA.

THIS IS NOT THE BEST WEBCOMIC IN MALAYSIA….

THIS IS JUST A TRIBUTE


Kirimkan karya-karya anda segera kepada e-mail di bawah…

meozeq(a)yahoo.com.my



Filed in: Webcomic, Website

Dark Knight VS Joker : Why so GEDIKs?

Posted by meo188 on 20. Jul, 2009 | 23 Comments

Dark Knight : Bro, kenapa aku tgk blog nko makin lama makin poyo dan GEDIKs?

Joker : Sebab ape gedik? Aku nak jadikan blog tue macho dan maskulin.

Dark Knight : Macho ape? Macam bapok je aku tengok!

Joker : Ok2, aku akan machokan…

GEDIKs?

HAHAHAHA!!

WHY SO SERIOUS? HEHEHE…

Filed in: Blogger

Aien~s corner : Friendship Best Award

Posted by meo188 on 18. Jul, 2009 | 8 Comments

Yipie, dapat award dari seorang gadis, AieN. Nak kena jawab tag juga. Adeh….

  • letakkan logo award ini ke blog anda..SUDAH!
  • anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra. ADE TU ADE, TAPI TAK MAU BAGI KAT ORANG LAIN. AIEN BG KAT SAYE SORANG JE. HUHUHU
  • pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda…N/A
  • informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka…N/A
  • berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini…THANK-Q…. erm, malulah gilalah ah ding dong nk tulis… :p

Filed in: Award

Cybernatic Mind: Lirik lagu cite kartun Wonderpet

Posted by meo188 on 16. Jul, 2009 | 17 Comments

Apa yg penting…..? kerja sama!
Apa yg penting…..? kerja sama!

Wonderpets, wonderpets, kami datanggg,
Membantu binatang dalam kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat,
Bile bekerjasama kami jadi kuat
Yea.. wonderpets.. Yea!!!!

Filed in: Blogger, Kartun

Kartun : Princess Liyana & Incik J.K

Posted by meo188 on 15. Jul, 2009 | 17 Comments

Beliau merupakan blogger yang 1st buat 100 komen kat blog nie. Komen ke-100 beliau berbunyi cenggini;

BloggerPrincess Liyana berkata…

Alaahai..Encik JK extra special..ehehe;)tkpe..adala jgak nama special tu kan ;P

2009 Julai 14 11:35

So, ini untuk beliau dan Incik J.K. Sori kalau xberape comel. Moga korang berdua bahagia selalu… huhuhu.

Smile smile smile


(p/s – saye tengah tesyen duk pikir masalah2 nie, tp bila dapat melukis untuk kengkawan… i feel hepi. Syok sendiri. Harap semua urusan tersebut akan dipermudahkan.)

Related Posts with Thumbnails
Filed in: Blogger, Kartun

© 2009 Meo188's freewebcomic.com. All Rights Reserved. Developed by Firdesign.