Meo188's freeWEBcomic: SAWANG KOMIK INDIE MALAYSIA
22
Belajar melukis kartun secara online
Posted by meo188
WuuhuuOnline edisi ke 9 kali ini memaparkan sebuah segmen baru tentang teknik melukis kartun. Ia dikelola oleh kartunis kreatif, Maus (bukan seekor tikus). Episod pengenalan nie, bro Maus memperkenalkan dulu alat2 untuk melukis. Bolehlah kepada yang berminat nak melukis kartun layan segmen nie. Ni baru episod pertama.
Selain itu, bro Maus seperti biasa akan melukis kartun eksperimentasi. Pada isu WuuhuuOnline edisi ke 9 ni, bro Maus menyumbangkan sebuah kartun gaya ‘stand up comedy‘. Ntah ape ntah aku merepek ni. Kisahnya bertajuk ‘Cerita seekor ayam comel’. Sila ke WuuhuuOnline untuk layan cite nie.
Grafik ihsan daripada WuuhuuOnline
Filed under: Webcomic | Tags: Ayam, maus (16), Melukis, Tutorial (5), wuuhuu (35) | June 22nd, 2011
21
Godam! Godam! Godam!
Posted by lifutushi
Iklan: Vote ye, jangan tak vote. senang je nak vote.
1) Bukak page ni: http://www.facebook.com/eccouncilacademy dan klik ‘Like’
2) Bukak gambar ni: http://www.facebook.com/photo.php?
fbid=10150301145730359&set=a.10150282564620359.378373.68692085358&type=1&theater dan klik ‘Like’
Filed under: Kartun, Umum, Webcomic | Tags: hacking, lifutushi (5) | June 21st, 2011
21
Antara kebaikan kemunculan komik online adalah mengurangkan penggunaan kertas. Penggunaan kertas akan menyebabkan lebih banyak pokok ditebang untuk menghasilkan pokok. Bayangkan jika 1 penerbitan komik yang dijual sebanyak 100,000 sebulan. Berapa banyak pokok telah ditebang? Komik online merupakan media alternatif yang tidak menggunakan kertas atau ‘paperless media‘.
Oleh itu sejak penubuhan WuuhuuOnline, ia sering mempromosikan kepentingan memelihara alam sekitar. ‘Go green’ atau ke arah hijau menjadi tema yang digunakan oleh WuuhuuOnline.
Kini WuuhuuOnline telah muncul dengan edisi ke 9. Kali ini WuuhuuOnline menampilkan dengan cover yang mempromosi kepentingan pemeliharaan alam sekitar.
Grafik ihsan daripada WuuhuuOnline
Filed under: Webcomic | Tags: coi (8), duku (11), e-comic (27), e-Zine (30), go green, hatdis (12), kilobait (11), maderbot (14), maus (16), Najib (11), Netexpert (15), pendraif (8), Perdana Menteri (6), sipiyu (9), U-Jang (9), UMNO (28), wuuhuu (35) | June 21st, 2011
21
Malaysia baru-baru nie kecoh dengan sebuah kartun editorial yang diterbitkan dalam surat khabar perdana, Utusan Malaysia. Kartun editorial yang bertajuk Kekeliruan Kes Rogol karya kartunis Miki. tersebut dikatakan telah menghina hukum Islam.
Entri ni bukanlah nak berdebat tentang kes ini. Tetapi ingin berkongsi pendapat tentang perbezaan ‘karikatur’ dan ‘kartun editorial’. Dalam kes ini, kartun Kekeliruan Kes Rogol adalah kartun editorial dan bukan karikatur seperti yang dimaklumkan di media massa.
Contoh, sila tengok berita2 di link ini;
- Pemuda PAS Serah Memo Bantah Karikatur Hina Islam Utusan Malaysia
- Karikatur: Perkasa kata Utusan tak hina Islam, menteri dakwa hanya persepsi
- Karikatur tidak hina Islam
.
Apa itu karikatur dan kartun editorial?
.
Karikatur adalah lukisan wajah seseorang dalam berbentuk kartun dengan cara melebih-lebihkan ciri khas wajah tersebut. Karikatur selalu digambarkan untuk menimbulkan kelucuan, walaupun kadang kala agak sinis. Karikatur dapat juga digunakan untuk menonjolkan watak orang yang digambarkannya. Golongan yang sering menjadi objek karikatur adalah orang-orang terkenal seperti tokoh politik dan artis.
Contoh karikatur Lim Guan Eng
Kartun editorial adalah kartun yang menyentuh hal ehwal semasa, politik dan isu sosial. Ia sering diletakkan bersebelahan ruangan berita atau lidah pengarang dan selalunya apa yang dilakarkan oleh kartunis editorial itu berkaitan dengan topik yang dikupaskan oleh ketua editor akhbar.
Contoh kartun editorial oleh Ahm Ahmad
Walaubagaimanapun, ada juga kes dimana adanya karikatur di dalam kartun editorial. Tetapi bukan untuk isu kartun Kekeliruan Kes Rogol ini. Ia jelas adalah sebuah kartun editorial.
Filed under: Artikel | Tags: Ahm Ahmad (20), BN (30), Dap (24), Karikatur (48), kartun editorial (4), Lim Guan Eng (2), Meo188 (37), Pakatan Rakyat (44), PAS (29), perkasa, PKR (32), Politik (22), rogol (3), UMNO (28), Utusan Malaysia (5) | June 21st, 2011
19
Selamat Hari Bapa
Posted by meo188
Selamat hari bapa. Hargailah pengorbanan ayah.
Layan persembahan daripada seorang brader indie yang sedang berada diperantauan. Dedikasi kepada ayahanda beliau yang berada di Malaysia.

















Komentar Terkini