Yup, Wuuhuu e-comic#17 bulan Februari 2012 telah online. Antara yang best dalam keluaran terbaru ini adalah kartun loose comel Hitam Putih Cinta. Lukisan cute ala manga. Menurut kartunis Reja mengenai konsep karyanya ini;

“Konsepnya biasa sahaja. Romance komedi. Kisah percintaan dua insan yang sangat berbeza. Berbeza dari segi perwatakan, minat, perangai. Seperti warna hitam dan putih. Walaunpun zahirnya nampak tidak serasi walhal secara rohani mereka sangat menyayangi satu sama lain. Heheeee…”

-dipetik dari blog kartunis Reja

Jom layan keluaran terbaru Wuuhuu #17

Cover oleh kartunis Kromosom

Di hari minggu yang ceria ini, saye nak tulis sikit artikel tentang kegiatan meng’upload‘ komik keluaran tempatan (samada 100% buatan tempatan atau terjemahan komik luar negara) ke blog. Saye terpanggil untuk menulis tentang ini apabila ramai pengunjung yang bertanya samaada mereka boleh dapat komik2 tempatan yang discanned di blog ini.

Maaf, blog ini tidak berbuat begitu. Kerana bagi kami, adalah menjadi kesalahan untuk menjaja hasil seni atau titik peluh orang lain tanpa meminta izin untuk mendapat trafik yang banyak. Bukan senang untuk menghasilkan satu komik. Bukan saja dari segi kos kewangan untuk menghasilkan komik, tetapi penat jerih, titik peluh & perahan otak pengkarya tersebut untuk menghasilkan komik tersebut. Penat siot lukis komik. Korang lak senang2 je edarkan secara online. Diorang duk ternganga tak dapat apa2.

Malang sekali, scene komik online malaysia kini masih dicemari dgn kegiatan meng’upload’ komik2 bercetak tanpa keizinan pengkarya atau penerbit. Malah, website tersebut tanpa segan silu mengelarkan mereka sebagai komik online malaysia. Tak perlulah saya namakan blog2 tersebut di sini sebab korang leh cari blog2 yang melakukan cetak rompak komik secara online ini di search engine. Biarpun mereka dapat keuntungan besar berbuat sedemikian, tetapi menyalahi etika dan boleh sedikit sebanyak menjuruskan ke arah kejatuhan scene komik Malaysia. Yalah, apa tidaknya, boleh baca komik dipasaran secara percuma di online.

Insya-Allah, FreeWEBcomic akan terus memaparkan komik2 online indie dengan keizinan pengkarya untuk mewarnai scene komik online Malaysia. Biarpun blog ini tidak meng’upload’ komik2 popular secara haram, tetapi blog low-profile ini masih mencapai trafik dalam linkungan 8,000-10,000 pengunjung setiap bulan. Terima kasih kepada para penyumbang dan pengunjung kerana sokongan anda.

FreeWEBcomic tidak menguntungkan sejak ia ditubuhkan, tetapi inilah tribute kami kepada scene komik online Malaysia. This is for the love of webcomic.

Oh… pedihnya terpanah arjunamu
Terbelenggu aku di dalam menunggu
Bergelora rintihan asmaramu
Di pelantar rindu yang menghempas

(p/s – long distances love sucks)

Filed under: Frust | Tags: , | January 14th, 2012

Ihsan dari Kapio

Page |1|2

Lukisan ihsan Tembakau

Tulisan oleh Meo188

1998

Gelombang perubahan

Anjakan peradigma

Hak rakyat

Kebangkitan

Perjuangan

Reformasi

.

.

Perpecahan?

-sigh-

Tahun lepas, bertempat di Restoran Mamak Kembar, Putrajaya. Saye mengeteh bersama dgn seorang pelukis komik amatur yang mempunyai cita-cita besar untuk menghasilkan komik sendiri. Orangnya simple tetapi bertenaga. Antara kata-kata beliau pada saye pada hari itu yang bermakna ialah;

“…Mior, aku berhenti keje jual kereta yang boleh dapat gaji lumayan semata-mata nak fokus lukis komik. Aku nak kejar impian aku. Kalau tidak, sampai bila2 impian cuma menjadi mimpi. Aku nak fokus untuk hasilkan komik yang terbaik…”.

Beberapa bulan selepas itu, beliau telah membuktikan kata-kata beliau. Komik beliau Nur Sirna aka Super Awek yang bermula daripada webkomik (komik online) kini sudah dicetak menjadi sebuah grafik novel. Dapatkan “Super Nur #1” karya Harisz (Haris Norman Harizan) dipasaran segera.

 

Sipnosis: Sebuah organisasi rahsia memiliki teknologi yang mendahului zaman sedang membangunkan teknologi penciptaan adiwira. Melalui pelbagai kaedah sains kejuruteraan elektronik, mesin dan biologi, mereka mencipta pelbagai bentuk ‘kuasa’ yang menggabungkan manusia biasa untuk menghasilkan manusia luar biasa. Semua itu berada di luar pengetahuan Azra Nazirah yang hanya bekerja sambilan di situ sementara menunggu keputusan SPMnya.Walau apa pun agenda sebenar organisasi misteri itu, mereka tidak pernah merancang untuk mencipta Super-Nur…

 

Filed under: Artikel | Tags: buku prima, , harisz, karangkraf, , , , super nur, , | January 9th, 2012