Sebuah karya daripada Encik Ijoi

Mengisahkan tentang Sang Arjuna menjalani proses meditasi melalui pertapaan. Mampukah Sang Arjuna terus bertahan dengan segala dugaan dan cubaan yang hadir. Berjayakah beliau menghadapinya dengan tenang dan tabah? Atau berputus asakah beliau?

Dapatkan lagi karya2 Encik Ijoi di blog GELAK

.

.

Arjuna – Tomok

Filed under: Komik | Tags: arjuna, , , , , , sang arjuna tapa, tomok, | July 14th, 2010

FIFA World Cup kali ke 20 akan diadakan di Brazil pada bulan June dan Julai 2014. Apakah maskot yang bakal digunakan nanti? Adakah Cipan akan dinobatkan di temasya sukan berprestij tersebut? Apakah? Go Cipan! Go Cipan!

.

Cipan is the next World Cup’s mascot?


Filed under: Cipan | Tags: , , , , | July 13th, 2010

Manga merupakan perkataan Jepun bermaksud ‘komik’. Manga telah menjadi satu genre komik & kartun yang kuat secara global sejak saye kecik lagi. Masa dulu, saye duk kumpul duit nak beli manga2 yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu. Kini, dalam era limpahan teknologi maklumat ni, manga kini boleh dibaca secara ‘FREE‘.

Salah satu website yang mesra pengguna adalah OneManga. Di sini, korang boleh baca manga2 terkenal seperti Naruto, One Piece, Bleach, Doraemon, Dragon Ball, Shin Chan dan sebagainya. Membaca komik bertambah mudah dengan komik online.

.

Onemanga.com: FREE MANGA ONLINE

.

Selain itu, korang leh juga try layan website2 manga lain nie.

 - MangaShare.com
- AnyManga.com
- MangaVolume.com
- MangaFox.com

Filed under: Webcomic, Website | Tags: bleach, doraemon, , naruto, one piece, , | July 13th, 2010

.

Spain Wins!

La Roja!

Ok, its over.

Now, can we talk about other things?

Huhuhuhu

 

:p

 

 

Filed under: Graphic | Tags: argentina, , , , holland, , netherland, south africa, spain, | July 12th, 2010

Salam.

Baru2 nie jumpe member lame. Dia menganggur. Dia berhenti kerja sebab stress keje lama. Sampai sekarang tak dapat keje. Kesian kat beliau. Saye faham perasaan dia sebab saye pernah mengalami situasi yang sama. Harap2 beliau akan terus tabah dan cekal berusaha. Kerana dia masih belum jumpe rezekinya. Beliau mesti yakin bahawa ada rezeki untuk dia, cuma belum jumpe je lagi. Beliau kena usaha lagi dan lagi. Insya-Allah.

.

.

Justeru itu, saye ingin membantu rakan2 lain yang masih menganggur, supaya mereka terus berusaha sungguh2 mencari kerja. Hantar resume banyak2 sampai termuntah. Tambah lagi, sila lah ke laman web yang tertera di bawah untuk mencari kerja kosong.

.

LAMAN WEB MENCARI KERJA / JAWATAN KOSONG

JAWATAN KOSONG DI SEKTOR KERAJAAN (GOMEN)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

.

JAWATAN KOSONG DI SEKTOR KERAJAAN, AGENSI KERAJAAN & SWASTA

JobsMalaysia.gov.my

Achemm

.

JAWATAN KOSONG DI SEKTOR SWASTA

Jobstreet

Jobdbs

Jenjobs

Monster

.

Nanti kalau dah berjaya, jangan lupa banyakkan bersyukur kepada Allah S.W.T dan bantulah orang dalam kesusahan. Kerana rezeki datang daripada Allah S.W.T.

Filed under: Kerja, Website | Tags: , jobstreet, kerja kerajaan, menganggur | July 10th, 2010

Entri ini adalah untuk meluahkan perasaan kurang senang terhadap suara-suara perkauman yang berlegar-legar di media kini. Ada pihak menyatakan bahawa anak2 mereka cemerlang tetapi tidak dapat biasiswa kerajaan. Padahal, pendapatan golongan tersebut sudah mampu untuk menampung kos pembiayaan anak2 mereka. Mereka sudah kaya dan buat apa nak duit biasiswa lagi? Bagilah peluang kepada yang betul2 memerlukan. Anak-anak orang kampung dan miskin. Mungkin mereka tidaklah cemerlang seperti anak-anak orang berada, kaya dan tinggal di bandar, tetapi mereka berpotensi untuk cemerlang.

Keadilan bukan bererti sama rata. Tetapi keadilan adalah apabila bantuan diberi pada yang hak dan memerlukan. Agar tidak berlakunya keadaan di mana orang kaya makin kaya dan orang susah makin susah. Meritokrasi tanpa mengambilkira keadaan ekonomi sesebuah keluarga akan menindas golongan yang susah. Hentikanlah sikap pentingkan diri dan berilah peluang bagi pelajar2 yang berpontensi  tetapi dalam kesusahan ini.

4 kriteria utama pemberian biasiswa JPA

1. Pencapaian akademik.

2. Penglibatan aktiviti ko-kurikulum.

3. Sosio ekonomi keluarga.

4. Prestasi temuduga.

.

huhuhuhu…

.

Agih secara adil – Tun M

Oleh NURUL ANUAR KARI
pengarang@utusan.com.my
.

KUALA LUMPUR 8 Julai – Pembahagian kekayaan negara tidak boleh dibuat secara sama rata untuk semua tetapi perlu dilakukan secara adil mengikut tahap sosioekonomi sesuatu kaum. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika kekayaan negara dibahagikan secara sama rata tanpa mengikut latar belakang sosioekonomi, mereka yang ketinggalan tidak mungkin dapat mengejar golongan yang berada di hadapan.  Menurutnya, tujuan utama pembahagian secara adil adalah supaya pendapatan rakyat daripada setiap kaum disamakan dan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin tidak begitu ketara.

“Permintaan supaya tumpuan lebih diberikan kepada golongan bumiputera bukanlah satu perjuangan bersifat rasis tetapi bagi mencapai pembahagian kekayaan negara secara adil.

“Malangnya, kumpulan bumiputera paling ramai ketinggalan berbanding kaum lain, sebab itu tumpuan lebih perlu diberikan kepada mereka,” katanya pada Forum Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Kita, Siri Ketiga: Kepentingan Bumiputera Dalam RMK-10 yang disiarkan oleh RTM di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali serta kira-kira 500 penonton pelbagai kaum.

Pada penghujung forum tersebut, Dr. Mahathir turut dikejutkan dengan acara memotong pulut kuning sempena hari lahirnya ke-85.

Dr. Mahathir menegaskan, tidak elok jika permintaan bumiputera untuk mendapatkan cuma 30 peratus kekayaan negara dipersoalkan oleh mana-mana pihak memandangkan kaum tersebut mewakili kira-kira 60 peratus populasi rakyat Malaysia.

sumber:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2010&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Filed under: Politik | Tags: biasiswa, , JPA, pelajaran | July 9th, 2010