Ihsan daripada Tuan Guru Zil-el-Saif

Ok, yang pertama sekali.  Untuk mencuba teknik Vertical Supplex ini, anda perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan tenaga yang mencukupi.  Tidak menjadi masalah jika sasaran (orang yang hendak dikejutkan) lebih besar daripada anda, tetapi harus diingat bahawa anda harus mencuba dengan teknik yang betul supaya tidak memudaratkan tubuh anda.

Jika ada tulang yang retak atau sel tubuh yang fragmented, sila buat disk defragmentation dahulu sebelum melakukannya.  Perkara pertama yang harus dibuat ialah mengepit kepala sasaran dengan ketiak.  Jangan terlalu kemas, sekara astikan ia takkan terlepas lagi.  Jangan bimbang, sasaran tidak akan meronta kerana beliau sedang berpura-pura tidur.

Tidak kisah jika anda meletakkan sasaran tersebut di sebelah kanan atau sebelah kiri kerana yang penting di sini ialah anda selesa semasa melakukannya.  Tangan yang sebelah lagi bersedia untuk mengangkat mangsa.. Ops! sasaran.  Lagi satu, pastikan di belakang anda adalah ruang kosong.  Sebarang peralatan yang terdapat di belakang boleh mengakibatkan kecederaan kepada anda dan sasaran.

Dengan menumpukna tenaga ke tangan yang sebelah lagi, angkat sasaran tersebut setinggi mungkin.  Tinggalkan sedikit tenaga untuk digunakan pada tangan yang mengepit kepala sasaran.  Setelah diangkat tinggi, pastikan yang kedudukan anda dan sasaran adalah 180° menegak.  Biarkan keadaan ini beberapa saat sehingga anda merasa selesa.

Jangan terburu-buru…

Setelah dipastikan bahawa anda benar-benar bersedia untuk melakukan penyudahnya, longgarkan cengakaman anda pada kepada sasaran.  Akan tetapi pastikan ia tidak terlalu longgar sehingga kepala sasaran boleh terlucut.

Akhirnya sampailah ke penamatnya.  Rebahkan badan anda ke belakang.  Jangan gerakkan tapak kaki anda!  Cuma rebahkan bahagian atas badan anda dengan kelajuan maksimum.  Ini adalah penting supaya anda tidak akan tersalah langkah dan membawa padah yang bukan kepalang terhadap diri sendiri.

Hasil daripada hentakan yang keras dan kelajuan yang melampau tadi pasti membuatkan sasaran anda terjaga.  Pastikan beliau segera bersiap untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh.

.

Selamat mencuba!!

crossover antara freewebcomic.com dan ibrahZine.com

Ihsan daripada Afa Nil (a.k.a Fandi)

Kotak Mutan

Filed under: Conteng | Tags: , , , , Kotan Mutan | September 23rd, 2010

Perang Cola: Coca-Cola dan Pepsi Cola

Perang Cola atau ‘Cola Wars’ merupakan satu kempen yang tertumpu kepada iklan dan kempen promosi antara pengusaha Coca-Cola dan Pepsi Cola. pada tahun 1980 an dan 1990 an.

Perang Cola bermula apabila Pepsi memperkenalkan kempen Cabaran Pepsi (Pepsi Challenge) pada tahun 1975. Cabaran tersebut menguji peserta untuk mencuba 2 minuman ringan dengan tidak mengetahui jenama. Majoriti peserta telah memilih Pepsi Cola sebagai minuman yang paling sedap daripada minuman persaingannya, Coca-cola. Pepsi Cola mendapat faedah besar daripada kempen tersebut.

Coca-cola pernah melancarkan satu langkah drastik iaitu satu formula rasa baru Cola untuk memberi saingan kepada Pepsi Cola yang dinamakan ‘Coke2’ pada 23 April 1985. Ia merupakan satu kesilapan, apabila penggemar-penggemar tidak dapat menerima rasa baru tersebut. Akhirnya, Coca-cola telah mengumumkan  mengeluarkan kembali Coca-Cola Classic pada tahun 11 Julai 1985.

Perang untuk mempromosi Coca Cola dan Pepsi ini termasuk memaparkan artis-artis antarabangsa terkenal menjadi duta.  Coca-Cola telah melantik Whitney Houston, Paula Abdul, Weird Al Yankovic, George Micheal dan Elton John sebagai duta cola. Manakala, Pepsi Cola telah melantik duta kumpulan rock KISS, Tina Turner, Rod Steward, Micheal Jackson, Madonna dan Ray Charles.

Pada tahun 1985 juga, Coca-cola dan Pepsi Cola telah melancarkan Cabaran Pesawat Angkasa (Space Shuttle Challenger) dalam STS-51-F. Kedua-dua syarikat telah mencipta tin khas yang dinamakan sebagai CBDE (Carbonate Beverage Dispenser Evaluation) untuk diminum dalam keadaan tiada gravity. Walaubagaimanapun, eksperimen tersebut dikatakan gagal kerana kedua-duanya menghadapi masalah peti sejuk dan graviti.

Pada tahun 2005, bermulalah ‘perang Siber’ di antara Coca-cola dan Pepsi Cola. Pepsi Cola menjenamakan semula kempen ‘Pepsi Stuff’ dan Coca-cola memperkenalkan ‘Coke Rewards’. Kedua-dua kempen promosi tersebut memberi hadiah dan ganjaran kepada para pelanggan mereka. Ditambah pula dengan pemberian mata ganjaran yang membolehkan para pelanggan untuk menggunakan mata ganjaran daripada tudung botol atau kotak cola untuk menembus hadiah dan ganjaran secara online. Contohnya, barangan jualan di Amazon.com boleh dibeli dengan mata ganjaran (Pepsi Points) dari Pepsi Cola. Coca-cola dan Pepsi Cola telah mengadakan usahasama dengan iTunes Store untuk membolehkan para pelanggan memuat turun lagu-lagu dalam bentuk MP3.

Kesimpulannya, Perang Cola antara Coca-cola dan Pepsi Cola merupakan satu kempen promosi dan pengiklanan yang sengit dan menguntung para penggemar cola.

Filed under: Artikel | Tags: coca cola, coke, cola wars, pepsi | September 22nd, 2010

Saye dah duk layan blogging nie sejak tahun 2007. Maksudnya, dah hampir hampir 4 tahun layan blog ni bro. Walaupun, saye taklah sehebat blogger2 lain sehingga jadi blogger starz… tp amat bersyukur dengan follower2 & member2 blogger yang sedikit & berkualiti. Mereka telah menjadi semangat & iltizam untuk saye terus layan blog dan melukis secara online.

Oklah, sekadar nak menegur blogger2 lain dan diri sendiri. Biarpun kita berada di dunia maya yang tidak batas pergaulannnya, tetapi jgnlah sampai melupakan etika dan nilai sebagai orang Malaysia yang bersopan santun. Blog komik online ini sendiri kadang kala didatangi dgn komen2 kurang ajar dan perkataan-perkataan kesat. Pada awal dulu, saye agak terkilan jg. Tp dah lame mcm nie, apa yang saye buat ialah terus je buang komen2 kurang ajar tue dan kalau boleh, ban IP (internet protocol) aje si mangkuk ayun tue. Malas nak layan. Buang masa. Jumpa di akhirat saje.

Baru2 ni, seorang member blogger, Cik Lionteen telah menerima sebuah komen yang agak lucah dan tidak boleh diterima umum.

Berikut adalah komen tersebut;

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata…

apa kata kita muntah ramai rami bila rtm buat cerita

2010 September 17 19:09

Keh keh keh ke mana tumpahnya kuah kalau tak atas nasi. Emak borik anak rintik macam Lucius Makismus.

Bertuah puki emak ko melahirkan anak melayu biol macam ko.. keh keh keh..keep it up bro.

.

.

Kesian cik Lionteen yang innocent. Tetiba je kena maki cenggitu. Agak tidak beretika dan melampau. Biarpun niat bergurau tapi ni tak kena org. Bagi komen cenggini kat awek comel ? Apakah?

.

Saje nak menulis panjang cikit dalam entri kali ni. Nak buat luahan perasaan sikit. Hepi blogging everybody!

Filed under: Blogger | Tags: , , carut, , maki | September 21st, 2010

Siapa hebat?

Posted by

Kartun strip hasil karya Brader IJOI

.

SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK MEMBACA

Dapatkan banyak lagi karya-karya sempoi dari Brader Ijoi di blog webkomik melayu, GELAK

.

Berita best. Korang boleh dapatkan kompilasi kartun-kartun terbaru daripada kartunis satira politik popular tanahair, Zunar secara percuma dengan mengundi pada kartun-kartun beliau di Malaysiakini.

Ayuh, undilah segera. Undian akan berakhir pada 22 Sept 2010 ini. Sila ke Malaysikini. Mana tau ade rezeki dapat komik free. Huhuhu.