Posts tagged Gadis
Rindu terhenti: Kisah Samdol, Awek Blogger dan Lukisan
May 27th
Pada tahun 2008, samdol masih ingat lagi, mase tue samdol masih mentah dalam aktiviti bloggin’ ini. Ketika itu, samdol berkenalan dengan seorang awek blogger. Gadis itu banyak bagi tunjuk ajar dan kata2 semangat kepada samdol.Sedar tak sedar terdetik perasaan suka pada beliau. Tetapi, just a friend. Mesti professional dan xmau cintan2…..
.
Malangnya, sesungguhnya amat sukar untuk menipu hati. Tanpa disedari tangan samdol bergerak dan melakarkan luahan perasaan kasih sayang cinta jiwang karat kepada awek blogger tersebut. Samdol melukis lakaran gadis tersebut bersama seekor kucing. Begitulah terciptanya lukisan ini….
.
.
.
Lukisan ini telah disiarkan di blog samdol. Gadis tersebut tahu ttg lukisan ini. Tetapi tidak memberi apa2 respon. Tak pelah, tak de niat nak memikat beliau. Sekadar luahan perasaan di atas kertas. Sehingga kini, gadis itu tidak mengetahui perihal gambar ini. Gambar ini sebenarnya didedikasikan untuk beliau. Malangnya, kemungkinan besar gadis itu tidak lagi melawat blog samdol kerana satu peristiwa yang telah membuat hubungan samdol dan gadis itu terputus. Putus segala-galanya.
.
Tambah lagi di sini, kini gadis sudah tersebut telah bertemu jodoh dengan seorang jejaka. Semoga beliau bahagia selalu. Maaf kalau ada salah silap. Entah kenapa malam nie layan blues teringatkan beliau, awek blogger.
.
Rindu Terhenti – Tomok
.
.
Lukisan ini pernah tersiar di Ibrahzine.com, pergh.com dan meo188 blogspot. Kemudian, ada hamba Allah telah plagiat lukisan ini dan mengaku miliknya dalam iluvuislam.com. Terima kasih kepada Encik Zil-el-saif kerana membantu untuk membongkarkan penipuan plagiat tersebut.
Mizzamy : Gadis Pantai Timur
Nov 29th
Yes, akhirnya dah tibe masenye untuk membuat entri khas kepada blogger yang special nie. Gewe comel, Mizzamy. Beliau merupakan seorang designer dan blogger yg berpengalaman (serta famous gitu2). Beliau agak special bg blog nie (meo188.blogspot), di mana beliaulah follower yang pertama dan kini, secara pengiraan manual, jumlah komen beliau sudah mencecah 100 komen. Maksudnye, dah hampir 2 tahun duk layan blog yang xseberapa nie. Huhuhuhu… Tq2…
Sebagai penghargaan serta mengenangkan beliau tidak dapat pulang ke kampung beliau di Pantai Timur, sy lukiskan karikatur untuk Mizzamy nie. Dah lukis lame dah, cuma mlm nie baru buat inking.
.
.
.
.
.
.
Tak lupe jg nak buat tribute kepada Titot… mobil kesayangan beliau. Huhuhuhu …. (pinjam gambar ekkk) :p
.
Harap2 beliau mencapai impian2 nya.
Keep on blogging!
Karikatur : Awek cun pakai tudung
Nov 10th
Biarpun sy xterer inking, tp sy rase sgt2 bersemangat nak perbaiki teknik ingking yang sgt lemah & daif. Jadi, bulan Ogos dan September lepas, ade 2 gadis blogger yang sudi untuk jadi model sy berlatih inking. Macam x jadi j. Tapi mereka puas ati. Oklah kot… Nak kena praktis lagi nie…. huhuhuhu.
Sy dah jadi follower blog die sejak 2007. Mase mula2 layan blog die dulu, saya mati2 sangka die lelaki. Lps setahun dua baru sy die nie pompuan. Kuang2… Korang leh la layan blognye kat http://faarihin.blogspot.com. Best penulisan Cik Faarihin nie. Cute2 gitu2. Ditambah lagi dengan lukisan2 nya yang jg cute. Lukisan paling popular die, Alien. Huhuhu.
*
*
Ni pula si gadis dari Klang. Mungkin sekarang nie die tengah sibuk buat exam. Hehehehe. Senyap2 sy letak gambar nie kat blog nie. Blognye penuh dgn posing2 maut dari Cik Lionteen. Blehlah gi layan cite2 die kat http://lionteen-me.blogspot.com. Tapi xleh ngorat dielah, die dah ade boypren. Harharharharharharharunsalimbachik.
*
*
*
*
*
*
Stroke sy lemah lagi. Jadi nak kena cari model lagi untuk praktis.
Ok, so who’s the next www.freewebcomic.com top model? Huhuhuhu :p
Aksi gadis urban seksi – Berusa VS Zeq
Nov 8th
BERUSA (formerly known as cerberusa)
Geseran objek tumpul ke atas tablet Berusa menghasilkan keindahan tubuh badan gadis dlm sebuah karya digital. Renjisan-renjisan warna digital dari perisian adobe photoshop menyerikan dan memaniskan lagi lukisan. Jelingan manja diharapkan dapat mengusik hati kepada pengunjung sebagai tanda penghargaan kerana menatap karya digital Berusa. Oh yeah!


cerberusa(a)gmail.com
*
*
*
*
ZEQ (a.k.a Ahmad Zayanni)
Zeq yang sudah lama menyepi ini pula masih menggunakan pensil dalam menghasilkan karya digital. Bagi Zeq, kesan penggunaan pensil memberi sentuhan yang kepuasan dalam lukisan. Hasil lakaran di-pixel-kan dan diwarna menggunakan paint shop pro. Latar belakang yang lembut menambah seri si gadis itu. Piiiiweett…. huhuhuhu.

zeards(a)hotmail.com

















Komentar Terbaru