Posts tagged Karikatur
Lim Guan Eng: Competency, Accountability & Transparency (CAT)
Aug 21st
YAB Lim Guan Eng merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang ke-4. Beliau juga adalah Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokrtik (DAP). Beliau juga adalah anak kepada Lim Kit Siang (bekas Ketua Pembangkang di Parlimen). Beliau berkahwin dengan YB Betty Chew dan mendapat 4 orang anak.
Lim Guan Eng pernah mendapat pendidikan di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, Montfort Primary English School, Batu Pahat, Batu Pahat High School dan Melaka High School. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Monash, Australia dalam pengajian Ijazah Ekonomi. Kemudian menjadi Akauntan bertauliah pada tahun 1983.
.
“…Amar Makhruf Nahi Mungkar…“
- Lim Guan Eng @ 10 Ogos 2010
.
Sumber: – http://limguaneng.com/index.php/2010/08/10/perutusan-ramadhan-al-mubarak/ & http://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Eng
Karikatur: Al Gore & Paul Wolfowitz sokong Anwar Ibrahim
Aug 6th
AL-GORE: Naib Presiden Amerika Syarikat yang ke-45
.
PAUL WOLFOWITZ: Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat 2001 – 2005
.
“We come from opposite sides of the political spectrum and disagree about a great many things. However, one issue that brings us together is the case of Anwar Ibrahim, the former deputy prime minister of Malaysia who is now leader of the political opposition in that country.”
.
“Anwar Ibrahim could be headed to prison again on trumped up charges. We urge the U.S government to speak out on his behalf”
.
.
Petikan daripada WALL STREET JOURNAL & BLOG ANWAR IBRAHIM: HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA
Mufti Perak: Tan Sri Dr Harussani Bin Hj Zakaria
Jul 26th
Harussani Zakaria adalah merupakan Mufti Perak sejak tahun 1992. Beliau di lahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kampung Kedah Parit Buntar, Anglo Chinese School (ACS) Parit Buntar, Sekolah Idrisiah Kuala Kangsar, Kuliah Al-Attas Johor Bahru dan Kolej Islam Malaya Klang. Kemudian, beliau telah mengikuti kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom pada tahun 1989.
Beliau hidup dalam serba sederhana. Isteri beliau bernama Ainon binti Abdul Ghani dan mereka telah dikurniakan 4 orang anak. Kini, mereka menetap di No 109, Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, Ipoh, Perak.
“Saya seorang mufti, takkanlah saya nak membohong”
-Harussani Zakaria 20 Julai 2010
.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Harussani_Zakaria
Malaysia Today: Raja Petra Kamarudin (a.k.a RPK)
Jul 7th
Raja Petra Kamaruddin merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau adalah seorang penulis blog yang berjaya. Blog beliau, Malaysia Today mendapat sambutan yang super duper hebat daripada dalam dan luar. Blog tersebut di tulis dalam bahasa Inggeris, diisi dengan komentar tentang hal ehwal politik Malaysia.
.
Raja Petra (juga kenali sebagai Peter & RPK) dilahirkan pada 1950. Beliau telah mendapat pendidikan di Sekolah Alice Smith. Pada umur 13 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan kemudian menyambung pendidikannya di Victoria Institution. Raja Petra Kamarudin pernah menjadi penjual motosikal dan pengedar beras. Beliau meminati motosikal semenjak kecil lagi.
.
Isteri beliau bernama Marina Lee binti Abdullah yang merupakan seorang penerbit buku. Raja Petra dan Marina mempunyai lima orang anak (Suraya, Raja Azman, Raja Shahril, Raja Azmir dan Raja Sara) dan dua orang cucu. Raja Petra merupakan seorang ahli kerabat DiRaja Selangor. Beliau merupakan sepupu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesebelas, dan Sultan Selangor yang ketujuh. Ibunya merupakan seorang berketurunan Wales.
.
Nota: Korang leh tempah karikatur atau kartun di encikmeor(a)yahoo.com. Harga leh dirunding. Tq
.
sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Raja_Petra_Kamarudin
Karikatur: Samy Vellu Presiden MIC
May 23rd
Dato’ Seri Samy Vellu Sangalimuthu merupakan presiden MIC sejak tahun 1979. Beliau dilahirkan pada 8 Mac 1936. Kedua ibu bapanya merupakan seorang penoreh getah di Kluang, Johor, bersama-sama imigran India yang lain yang dibawa oleh penjajah British untuk bekerja di ladang-ladang getah. Semasa remajanya, beliau pernah menjadi konduktor bas di GTC Bus Company, syarikat pengangkutan tempatan pada 1950. Kemudian, beliau menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek. Terbukti beliau seorang yang berwawasan dan rajin apabila beliau belajar sambilan sehingga berjaya menjadi seorang arkitek yang bertauliah. Ini bukanlah satu pencapaian yang mudah terutama sekali kepada anak keluarga India Malaysia yang bukan sahaja miskin malah dari keluarga estet.
Favorite Quote from Samy Velu;
- Samy Velu on pos laju: “BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI”
- The one on TV when in trying to say he was ashamed, he said:`Kemaluan saya besar`
- On drugs, “Jangan hisap dada”
- Samy said in a ceramah: “Kita akan bina satu jambatan untuk orong-orong kampong disini”, one pakcik asked, “Datuk, sini takde sungai,buat apa bina jambatan?” and Samy glorious Replied,”Kalau takde sungai, Kita bina sungai!”
- Samy’s favorite quote on national television “Toll naik sikit, Manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah?”
- During the water shortage crisis : “Semua orang diminta jgn membuang aiyerr..!”
- During blood donation campaign in Sg Siput: “…marilah Kita semua menderma dara..”
- During the opening speech of various function: “…selamat datang Saudara-mara semua..” (actually is “saudara-saudari”)
- At an opening ceremony: “Mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas utk membuka kain”
- Commenting about his modesty: “Sebenarnya, kemaluan saya Sangat-sangat besar”
.
.
Lukisan kartun ini tribute untuk Dato’ Seri Samy Vellu. Kartun atau karikatur ini dibuat dalam masa 10 minit menggunakan pen marker murahan di atas lantai yang tidak sekata. Kemudian, diwarnakan menggunakan perisian ‘paintshop pro’. Sekadar mengisi masa lapang dan tiada niat untuk membuat provokasi politik.
.
p/s – Anda boleh menempah karikatur pada harga promosi RM10 sahaja. Bank-in atau top-up celcom. Hubungi saya di encikmeor(a)yahoo.com.
.
(sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Samy_Vellu & http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=9907&page=2)











Komentar Terbaru